"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Kesan Dosa Dan Maksiat

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 1:27 AM

Di antara kesan-kesan dosa dan maksiat ialah:

1. Di tegah daripada menerima ilmu, kerana ilmu adalah cahaya, sedangkan maksiat
memadamkan cahaya iman di dalam diri manusia.

2. Di sempitkan rezeki.

3. Terhalang daripada melakukan ketaatan.

4. Melemahkan fizikal dan spritual.

5. Memendekkan umur.

6. Membuka ruang untuk melakukan maksiat yang lain.

7. Melemahkan keinginan hati yang suci. Selalu melengah-lengahkan taubat dan bersegera
melakuakan maksiat.


8. Hina pada pandangan Allah.

9. Dengan sebab dosa sesaorang, musibah yang datang bukan hanya sekadar menimpa dirinya
sahaja, bahkan orang soleh dan binatang turut tersiksa.

10. Ditimpa kehinaan.

11. Merusakkan akal.

12. Merasa senang dan tidak bersalah dengan maksiat yang dilakukan.

13. Ditutup pintu hati dengan sebab terlalu banyak titik-titik hitam di dalam hadi.

14. Hilang rasa malu.

15. Hilang rasa keagungan dan kebesaran Allah Ta'ala.

16. Menyebabkan Allah Ta'ala tidak memandang kepadanya.

17. Mengeluarkan orang yang melakukan dosa daripada merasai ihsan, kerana ihsan ini
menegah sesaorang daripada melakukan maksiat.

18. Menghilangkan nikmat dan mengundang petaka.

19. Menyebabkan kegelisahan yang tidak terhingga di dalam hati.

20. Memalingkan hati daripada berjinak-jinak dengan Allah Ta'ala.

21. Membutakan mata hati.

22. Hilang kemuliaan di sisi Allah Ta'ala.

23. Hilang daripadanya kemuliaan seorang mukmin.

24. Terputus hubungan dengan Allah.

25. Hilang berkat umur, berkat rezeki, berkat ilmu, berkat amal, berkat taat dan berkat
kehidupan beragama dan dunia.

26. Melalaikan diri sendiri.

29. Tertegah nikmat yang ada dan yang akan datang kalu tidak bertaubat.

30. Sentiasa rasa takut dan gerun tidak menentu. Takut hilang pangkat, hilang hartabenda dan
wang ringgit.

Category : edit post

0 Response to "Kesan Dosa Dan Maksiat"

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari