"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Tawassul (Bahagian 2)

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 6:36 AM

Dalil-dalil darpada ayat-ayat al-Quran tentang keharusan bertawassul.

1. Firman Allah Ta'ala:
يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة
Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kamu mencari wasilah menuju kepadanya.
surah al-Maidah:35

Perkataan wasilah di dalam ayat di atas adalah umum. Jadi wasilah di dalam ayat ini merangkumi tawassul dengan sesuatu yang mulia daripada nabi-nabi dan orang-orang soleh, samada mereka hidup ataupun telah meninggal. Termasuk juga di dalam ayat ini tawassul dengan amalan soleh.

2. Firman Allah:
أولئك الذين يدعون يبتغون إلى ربهم الوسيلة أيهم أقرب
Maksudnya: orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari waasilah kepada tuhan mereka, siapa di antara mereka yang lebih hampir kepada Allah damn mengharapkan rahmatNya dan takut azabNya.
surah al_isra':57

Mengikut pandangan Ibnu 'Abbas dan Mujahid, wasilah di dlam ayat di atas adalah nabi Isa a.s.,mak baginda, nabi 'Uzair, malaikat, bulan, matahari dan bintang. Mereka inginkan wasilah atau qurbah(kedudukan hampir kepada Allah). Ada juga yang mengatakan wasilah adalah darjat, iaitu mereka memohon kepada Allah darjat yang tinggi di sisiNya. Ada pendapat yang mengatakan wasilah ialah sesuatu yang dapat menghampirkan kita kepada Allah. Di dalam Firman Allah أيهم أفرب, ertinya mereka melihat sesiapa yang lebih hampir kepada Allah mereka akan bertawassul dengannya.
Mengikut al-Zujaj, maksud ayat tadi ialah sesiapa yang lebih hampir diambil sebagai wasilah dan bertawassul kepada Allah dengan amalan solehnya, dan sebagainya di dalam tafsir al-Khazin.

3.Firman Allah:
فاستغاثه الذين من شيعته على الذي من عدوه
Maksudnya: ...maka memohon pertolongan kepadanya oleh kaumnya untuk mengalahkan mushnya.
surah al-Qasas:15

Di dalam ayat di atas Allah memberitahu kita bahawa seorang lelaki daripada kalangan kaum Qibti memohon pertolongan daripada nabi Musa a.s dan dia pula daripada pengikut nabi Musa a.s. Semua nabi dan rasul membawa agama tauhid dan melarang syirik, kalau sekiranya perbuatan lelaki Qibti ini tidak diharuskan, sudah tentulah nabi Musa a.s. melarangnya beristighathah.

4. Firman Allah:
فتلقى آدم من ربه كلمات
maksudnya: ..kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat.
surah al-Baqah: 37

Mengikut Ibn 'Abbas, kalimah tersebut aialah;
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنلونن من الخاسرين.
Maksudnya: wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami, kalau sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, sudah tentu kami akan jadi orang-orang yang rugi.
surah al-a'raf: 23

Al-imam al-Alusi menyebut di dlam tafsirnya daripada Ibn Mas'ud r.a. kalimat tersebut ialah"سبحانك اللهم وبحمدك وتبارك اسمك وتعالى وجدك ولا إله إلا أنت ظلمت نفسي فاغفرلى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت" Ada juga pandangan yang mengatakan nabi Adam melihat di tiang 'arasy tertulis محمد رسول الله maka baginda pon memohon syafaat dengannya.

5. Firman Allah Ta'ala:
وقال لهم نبيهم إن آية ملكه أن يأتيكم التابوت فيه سكينة من ريكم وبقية مما ترك آل موسى وآل هارون تحمله الملاءكة إن فيه ذلك لآية لكم إن كنتم مؤمنين
Maksudnya:..dan nabi mereka telah berkata kepada mereka "sesungguhnya tanda ia menjadi raja ialah kembalinya tabut kepada kamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhan kamu dan peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa oleh malaikat.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagi kamu jika kamu orang yang beriman.
surah al-Baqarah:248

Al-Imam Ibn Kathir menyebut di dalam tarikhnya: Ibn Hajar menceritakan tentang perihal tabut; Kalau mereka memerangi sesaorang musuh, tabut ini mesti bersama-sama mereka yang ia adalah lambang zaman.Mereka menang adalah dengan sebab berkat tabut ini. Allah jadikan padanya ketengan dan juga adalah peninggalan keluarga nabi Musa a.s. dan nabi Harun a.s. Pernah berlaku pada sebahagian peperangan mereka dengan puak Ghazzah dan 'Asqalan, di dalam peperangan tersebut tabut telah dirampas dan mereka telah dikalahkan.

6. Firman Allah Ta'ala:
ولما جاءهم كتاب من عند الله مصدق لمل معهم وكانوا من قبل يستفتحون على الذين كفروا فلما جائهم ما عرفوا كفروا به فلعنة الله على الكافرين

Maksudnya:..dan setelah datang kepadaa mereka al-Quran dari Allah Ta'ala yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal mereka sebelum ini pernah memohon agar agar didatangkan nabi untuk mendapat kemenangan di atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, lalu mereka ingkar kepadanyua. Maka laknat Allah lah ke atas orang-orang yang ingkar.
surah al-Baqarah:89

Telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam kitab Dala'il al-Nubuwwah dari jalan 'Ata' dan al-Dahhak daripada Ibn 'Abbas r.a.: adalah kaum yahudi Bani Qraizah dan ah-Nudair sebelum bi'thah nabi kita Muhammad s.a.w. berdoa kepada Allah terhadap oranr-orang kafir dengan lafaz' Ya Allah sesungguhnya kami memohon kemenangan daripada Engkau dengan haq nabi yg Ummiyy, berilah kemengan kepada kami, dan mereka pun menang.Tetapi setelah baginda Rasulullah s.a.w diutuskan mereka tidak lagi berdoa malah mereka kufur terhadap Rasulullah s.a.w.

Di dalam tafsir al-Nisaburiyy ada disebutkan yang dimaksudkan dengan firman Allah يستفتحون على الذين كفروا adalah orang-orang yahidi sebelum diutuskan Rasulullah s.a.w. dan diturunkan al-Quran, mereka memohon kemenangan terhadap kaum musyrikin dengan menyebut" Ya Allah tolonglah kami dengan berkat nabi yang akan diutuskan di akhir zamany6ang kami dapati sifat-sifat dan ciri-cirinya di dalam kitab al-Taurah". Dan mereka jugfa pernah berkata kepada musuh-musuh mereka di kalangan orang-orang musyrikin;" dan sesungguhnya telah sampai masa zaman nabi akhir zaman yang keluar dengan membenarkan apa yang telah kami sebut, maka kami akan memerangi kamu seperti serangan kaum 'Ad dan Iram.

Di dalam tafsir al-Kasyaf dan tafsir al-Khazin dijelaskan bahawa orang-orang yahudi sebelum ini, iaitu sebelum Rasulullah s.a.w diutuskan mereka memohon bantuan kemenangan ke atas orang kafir dengan bertawassulkan Rasulullah s.a.w.kapada Allah dengan ungkapan " Ya Allah tolonglah kami dengan kebenaran nabi yang akan diutuskan di akhir zaman yang kami dapati sifat-sifatnya di dalam kitab taurat" maka mereka mendapat kemenangan. Mereka berkata kepada musuh-musuh mereka sesungguhnya telah tiba masa nabi akhir zaman akan muncul dan akan membenarkan kami, kami akan sama-sama berperang dengannya menentang kamu seperti peperangan 'Ad dan Iram.Dan apabila baginda muncul sepertimana yang mereka ketahui tengtang sifat-sifatnya mereka kufur dan menentang baginda kerana baginda bukan dari kalangan Bani Israil. Fakta ini juga terdapat di dalam tafsir al-Baghawi dan al-Nasafi

Di dalam kitab Ruh al-Ma'ani: ayat يستفتحون على الذين كفروا diturunkan kepada Bani Quraizah dan Bani al-Nudhair, mereka memohon kemenangan dengan menyebut nabi akhir zaman ketika memerangi al-Aus dan al-Khazraj. Al-Suda meriwayatkan bahawa kalau sekiranya peperangan begitu sengit, mereka mengeluarkan taurat dan meletakkan tangan mereka pada tempat disebutkan nabi Muhammad s.a.w.sambil berkata " Ya Allah sesungguhnya kami memohon dengan kebenaran nabi yang engkau janjikan kepada kami di akhir zaman, tolonglah kami mengalahkan musuh kami pada hari ini" dan mereka pun mendapat kemenangan. Apabila Rasulullah s.a.w muncul mereka kufur. Di dalam ayat ini jelas, mereka memohon bantuan dengan bertawassulkan nabi Muhammad s.a.w.

7. Firman Allah:
إذ تستغيثون ربكم أني ممدكم بألف من الملائكة مردفين
Maksudnya: ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu diperkenankanNya kepada bagimu:"sesungguhnya aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut"
surah al-Anfal:9

Ayat di atas menerangkan bahawa para sahabat memohon pertolongan kepada Allah Ta'ala. Allah tunaikan hajat mereka dengan mengutuskan seribu malaikat untuk membantu mereka.Allah membantu sesiapa yang Dia kehendaki di kalangan hamba-hambanya kerana semua makhluk bergantung kepada Allah. Sesiapa yang mewajibkan bantuan dengan malaikat dan tidak dengan nai-nabi dan orang=orang soleh adalah silap.

8.Firman Allah:
ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جائوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما
Maksudnya: dan kalau mereka menzalimi diri mereka, kemudian mereka datang kepadamu, lalu mereka memohon ampun dan Rasul pun memohon ampun, sudah tentu mereka akan dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

Mengikut Imam al-Zamakhsyari,ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم ialah mereka yang mengikut golongan taghut sebelum ini, mereka datang kepada kamu untuk bertaubat daripada kemunafikan mereka dan menyesal terhadap apa yang telah mereka lakukan, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dengan ikhlas. Dan mereka bersungguh-sungguh memohom maaf kepada engkau terhadap perbuatan mereka menyakiti engkau sebelum ini dengan mengharapkan syafaat engkau agar engkau memohon keampunan daripada Allah untuk mereka, sudah pasti mereka akan dapati Allah itu Maha penerima taubat.

Ayat ini, sungguhpun diturunkan kepada orang-orang munafik, tetapi ia juga adalah umun, merangkumi ahli maksiat dan orang yang berlebih kurang dalam agama.Kerana zalim pada diri di dalam ayat ini merangkumi semua maksiat.Kemudian ayat ini juga menyebut memohon syafaat daripada nabi Muhammad s.a.w. di dalam dua keadaan iaitu semasa hidup dan mati kerana datang dan memohon ampun dalam ayat ini menunjukkan ia adalah umum, memohon syafaat di masa hidup di dalam ayat ini adalah jelas.

Di dalam tafsir Ibn Kathir ada disebutkan tentang ayat ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم bahawa ramai ulamak telah menjelaskan tentang kedudukan ayat ini di antaranya al-Syeikh Abu Mansur al-Sibagh di dalam kitabnya al-Syamil satu cerita yang masyhur daripada al-Atabi, dia berkata:"aku duduk di sisi kubur Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang lelaki al-A'rabiseraya berkata: " Assalamu 'alaika Ya Rasulullah, aku dengar firman Allah ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جائوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما sesungguhnya aku datang memohon keampunan dosaku dengan memohon syafaatmu sambil bersyair dengan syair yang cukup sayu.Kemudian dia pun beredar. Tak semena-mena aku rasa mengantuk dan terus tertidur di situ dan aku bermimpi melihat Rasulullah bersabda: " Memang lelaki al-A'rabi itu benar, berilah berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.

Al-Imam al-Qutubi menyebut di dalam tafsirnya tentang ayat ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جائوك , bahawa Abu Soleh telah meriwayatkan daripada 'Ali, dia berkata:" telah datang kepada kami seorang A'rabi setelah tiga hari Rasulullah s.a.w. dikafankan. Dia melemparkan badannya ke atas kubur Rasulullah s.a.w. dan menyapu kepalanya dengan tanah kubur Rasulullah s.a.w sambil berkata: " Ya Rasulullah, kami mendengar sabdamu, engkau dapat dari Allah, kami dapat darimu,di antara apa yang telah diturunkan ialahولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جائوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما dan sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dan aku datang kepadamu untuk engkau memohon keampunan untukku" Maka pada ketika itu terdengar seruan dari kubur Rasulullah s.a.w "sesungguhnya engkau telah diampunkan"

Ayat di atas adalah dalil keharusan bertawassul dan memohon syafaat daripada Rasulullah s.a.w. dalam semua keadaan, kerana baginda Rasulullah s.a.w. hidup di dalam kuburnya dan mendapat rezeki dari Allah Ta'ala. Malah amalan umatnya juga turut ditunjukkan kepadanya. Baginda berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.

Ekoran dari keharusanhukum bertawassul, bertawassul dengan orang-orang syahid, ulama al-amilin dan wali-wali Allah juga diharuskan.

Cerita di atas tadi turut disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dlam kitab al-Idhah bab enam m.s. 498, Ibn al-Quddamah di dalam al-Mughni j.3,m.s.556, Abu al-Farj bin Qudamah di dalam al-Syrh al-Kabir j.3,m.s.495 dan al-Mansur al-Bahuti di dalam kitabnya yang bernama Kasyaf al-Qina'. Ini adalah kita mazhab Hanbali yang masyhur. Seorang pon di antara ulama di atas tadi tidak menghukum syirik terhadap perbuatan tawassul, mereka semua mengakui keharusan bertawassul.


Category : edit post

0 Response to "Tawassul (Bahagian 2)"

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari