"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Pandangan Al-Subki Tentang Ibn Taimiyyah

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 10:57 PM

Berikut adalah artikel karangan Al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyy al-Din 'Ali bin 'Abd al-Kafi al-Subki tentang Ibn Taimiyyah di dalam al-Durrah al-Mudiyyah Fi al-Radd 'ala Ibn al-Taimiyyah.

Segala puji hanya untuk Allah yang telah mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar demi untuk menzahirkan islam di atas agama-agama lain sekalipun dibenci oleh orang-orang musyrik yang hendak memadamkan nur agama Allah dengan mulut-mulut mereka, pun begitu Allah tidak izinkan mereka berbuat demikian, sebaliknya Allah sempurnakan nur agamanya walaupun dibnci oleh orang-orang kafir. Selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad s.a.w.yang menjadi penolong agamaNya dengan kesungguhan yang amat sangat dan dengan dialog yang baik.Baginda menjamin umatnya akan sentiasa berada di atas jalan yang benar dan sentiasa menzahirkannya sehingga umatnya yang terakhir akan bertemu dengan dajjal dan memeranginya. Selawat dan salam juga kepada keluarga baginda s.a.w yang mulia dan para sahabat baginda yang disifatkan mereka sebagai orang yang keras terhadap orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka, dan juga kepada para tabi'in yang meredai dengan orang-orang yang terdahulu di kalangan muhajirin dan ansar.Salam sejahtera yang tidak terhingga kepada mereka semua

Selanjutnya,
Melihat kepada apa yang telah dilakukan oleh Ibn Taimiyyah di dalam usul akidah dengan memalsukan asas-asas Islam dan rukun-rukunnya dengan berselindung di sebalik tabir "mengikut al-Quran dan al-Sunnah", menonjolkan diri sebagai orang yang menyeru kepada kebenaran, memberi petunjuk kepada syurga, sebenarnya dia telah keluar daripada skop mengikut al-Quran dan al-Sunnah kepada bid'ah, beliau juga telah tersasar daripada jamaah umat Islam dengan menyalahi ijma'. Beliau telah mengungkap dengan ungkapan fizikal dan rangkuman struktur kewijudan (tarkib)pada zat Allah Yang Maha Agong dan juga berkata keberhajatan Allah kepada juzuk-juzuk kecil bukanlah sesuatu yang mustahi, beliau juga berkata makhluk(hawadith) boleh menempatkan diri di dalam zat Allah Ta'ala, al-quran adalah hadith(baharu bukan qadim) kerana Allah berfirma dengannya seblum adanya. Allah berkata-kata dan diam dan berlaku pada zatnya kehendak(iradah)mengikut keadaan makhluk, perkara ini membawa kepada iktikad keqidaman alamdan seterusnya membawa kepada pegangan alam ini tidak ada permulaan. Beliau berkata lagi bahawa alam ini tidak ada permulaan baginya, maka dia telah menetapkan sifat qadim Allah dengan (hadithah) dan sifat makhluk yg hadith sebagai qadim. Ungkapan yang sebegini tidak pernah di sebut oleh sesiapa pun di kalangan ulama Islam dan umat Islam sekalipun daripada puak 73 yang telah disebutkan oleh Nabi s.a.w.Ini adalah ungkapan kufur yang teruk, dan terdapat banyak lagi bid'ah di dalam masalah furu' yang dicipta oleh Ibn Taimiyyah. Tidak ramai yang memahami ungkapannya ini, dan pengikutnya juga terdiri di kalangan orang-orang yang tidak baik. Apabila didedahkan kepada mereka hakikat akidah Ibn Taimiyyah mereka akan mengingkarinya dan lari daripada menerima hakikat ini sepertimana mereka lari daripada sesuatu yang di benci. Para pendakwah dan pengikutnya belakon mengikut al-Quran dan al-Sunnah.

Adapun bid'ah yg dicipta oleh Ibn Taimiyyah di dalam masalah furu' sudah diketahui umum iaitu beliau menfatwakan ta'liq talak dengan sumpah,kalau berlaku talak dengan jalan ini memadai dengan membayar kifarah.Beliau dapat menarik ramai orang awam kepada manhajnya, maka perkara talak menjadi ringan di kalangan mereka. Talaq tiga dengan sekali ucapan tidak berlaku kalau sekiranya melalui surat. Beliau menulis dengan panjang lebar di dalam dua masalah ini, kadang-kadang dalam bentuk yang diringkaskan, setiap bab petuh dengan pembohongan. Pendustaanya dapat dihidu oleh ulama muktabar dan ulama-ulama fekah. Kemudian telah sampai berita kepadaku tentang tersebarnya fahaman ini keseluruh negara demi untuk menyesatkan orang awam di kalangan petani, berlakulah keraguan kepada mereka di dalam masalah talaq, ini adalah disebabkan dalil yang dipakai oleh Ibn Taimiyyah adalah ayat2 al-Quran yang beliau tidak memahami kehendaknya iaitu firman Allah "لا يؤاخذكم الله باللغو في أيمانكم" dan firman Allah "قد فرض الله لكم تحل أيمانكم" maka sukar bagi orang awam untuk menilai, dan mereka berkata" ini adalah kitab Allah" maka timbullah di dalam hati mereka keraguan. Aku telah disedari oleh sebahagian ulama yang tinggi taqwa mereka dan mendalam ilmu mereka dengan penuh harapan agar masalah yg ditimbulkan oleh Ibn Taimiyyah diperjelaskan kedudukan sebenarnya dengan bentuk yang mudah dan senang difahami oleh orang yang tidak biasa dengan perbahasan fekah. Maka aku pun menulis artikel ini untuk dimanfaati oleh mereka yang diterangi hatinya oleh Allah, dan mereka yang cintakan jamaah serta bencikan sikap mengikut sesaorang yang telah diselewengkan oleh syaitan وبالله أستعين وعليه توكلت وهو حسبي ونعم الوكيل

Itulah mukaddimah Taqiyyuddin al-Subki, untuk mengetahu dengan lebih lanjut sila rujuk kitab "al-Taufiq al-Rabbani fi Radd 'ala Ibn Taimiyyah al-Harani" oleh Jama'ah Min al-Ulama, disusun oleh Nasih Syafuq.

Category : edit post

2 Response to "Pandangan Al-Subki Tentang Ibn Taimiyyah"

  1. Anonymous Said,

    hantar la artikel ni dkt dr MAZA.

     


Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari