"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Taubat Tanda Kasih Sayang Allah

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 7:31 PM

Di antara kemuliaan umat Muhammad s.a.w ialah taubat. Allah sentiasa membuka pintu taubat dan menerimanya daripada hamba-hambanya yang melakukan dosa. Tak kira samada dosa besar atau dosa kecil, asalkan mahu bertaubat dan bersungguh-sungguh sudah pasti Allah akan menerimanya.Bagida Rasullah s.a.w bersabda:

إن الله عز وجل يبسط يده بالليل ليتوب مسىء النهار ويبسط يده يده بالنهار ليتوب مسيء الليل
حتى تطلع الشمس من مغربها
Maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t menghulurkan tanganNya pada waktu malam demi untuk menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang melakukan dosa di waktu siang, dan menghulurkan tanganNya pada waktu siang untuk menerima taubat dari[ada hamba-hambaNya yang melakukan dosa di waktu malam.
(Riwayat Muslim dan Nasa'i)

Baginda s.a.w bersabda lagi:
إن من قبل المغرب لبابا مسيرة عرضه سنة فتحه الله عز وجل للتوبة يوم خلق السماوات والأرض فلا يغلقه حتى تطلع الشمس منه
Maksudnya: Sesungguhnya di sebelah barat ada satu pintu yang lebarnya empat puluh tahun perjalanan (atau tujuh puluh tahun). Allah membukanya untuk taubat pada hari dijadikan langit dan bumi, Allah tidak akan menutupnya sehingga matahari terbit daripadanya.(Riwayat Timizidan Baihaqi)

Baginda Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah telah membuka ruang harapan untuk bertaubat dan baik sangka kita kepada Allah di dalam sabdanya:
لو أخطأتم حتى تبلغ السماء ثم تبتم لتاب الله عليكم

Maksudnya: Kalau sekiranya kamu melakukan kesilapan sehingga sampai ke langit sekalipun, kemudian kamu bertaubat, maka Allah sudah pasti akan menerima taubat kamu.
(Riwayat Ibn Majah)

Di dalam hadis yang lain baginda s.a.w terus memberi harapan kepada umat-umatnya yang melakukan kesilapan dan dosa. Di dalam hadis ini nampak jelas kasih baginda s.a.w kepada umat-umatnya:
إن عبدا أصاب ذنبا فقال:يا رب إني أذنبت ذنبا فاغفره، فقال له ربه: علم عبدي أن له ربا يغفر الذنب ويأخذ به فغفر له. ثم مكث ما شاء الله ثم أصاب ذنبا آخر-وربما قال- ثم أذنب ذنبا آخر فقال يا رب إني أذنبت ذنبا آخر فاغفره لي. قال ربه علم عبدي أن له ربا يغفر الذنب ويأخذ به فغفر له ثم مكث ما شاء الله ثم أصاب ذنبا آخر- ربما قال ثم أذنب ذنبا آخر فقال: يا رب إني أذنبت ذنبا فاغفره لي فقال ربه: علم عبدي أن له ربا يغفر الذنب يأخذه به فقال ربه: غفرت لعبدي فليعمل ما شاء
Mafhumnya:Seorang hamba telah melakukan dosa, dia berkata: wahai tuhanku, aku telah melakukan dosa ampunkanlah daku, maka Allah pun mengampunkannya. Maka Allah berfirman: Hambaku ini mengetahui dia mempunyai tuhan yang mengampunkan dosa, maka Allah pun mengampunkan dosanya.Selepas bertaubat, tidak berapa lama selepas daripada itu dia kembali melakukan dosa, dia kembali sedar dan bertaubat seperti sebelum ini dan Allah mengampunkan dosanya...setelah tiga kali hamba tadi melakukan perkara yang sama dan akhir sekali Allah berfirman: Aku telah ampunkan hamba ku itu, maka buatlah apa yang dia hendak.
(Riwayat Bukhari)

Kalau kita perhatikan di dalam hadis di atas kita akan dapati perkataan فليعمل ما شاء (Maka buatlah apa yg dia hendak). Maksudnya selepas pengampunan berulang kali daripada Allah, si hamba akan merasa malu dengan dosa-dosanya. Perasaan inilah yang akan menyekatnya daripada terus melakukan dosa. Inilah kelebihan istighfar dan taubat.Sesiapa yang membiasakan dirinya dengan istighfar dan taubat sudah pasti dia akan mendapat kebaikan dan keberkatan yang tidak terhingga dan di antaranya ialah rasa malu untuk terus menerus melakukan maksiat.

Di antara keistimewaan umat nabi Muhammad s.a.w., taubat yang benar mengankat darjat hamba pada kedudukan kesempurnaan yang tertinggi, selagi mana si hamba terus bertaubat, maka darjatnya akan terus meningkat, bahkan lebih tinggi daripada darjat ahli ibadah dan orang-orang yang kuat bermujahadah.(Syed 'Alawi al-Malikiy: Syaraf al Ummah al-Muhammadiyyah, h.213.)

Daripada 'Umran bin Hushain r.a:
أن امرأة من جهينة أتت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهى حبلى من الزنا فقالت يا رسول الله أصبت حدا فأقمه علي فدعا نبي الله صلى الله عليه وسلم وليها فقال: احسن إليها فإذا وضعت فأتني بها ففعل فأمر نبي الله صلى الله عليه وسلم فشدت عليها ثيابها ثم أمر بها فرجمت ثم صلى عليها فقال له عمر: أتصلي عليها يا رسول الله وقد زنت ؟ قال لقد تابت توبة لو قسمت بين سبعين من أهل المدينة لوسعتهم وهل وجدت أفضل من أن جادت بنفسها لله عز وجل
Maksudnya:Seorang perempuan dari Juhainah telah datang mengadap baginda Rasulullah s.a.w dalam keadaan mengandung anak zina, dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan dosa besar, laksanakanlah hukuman ke atas diriku.Maka baginda s.a.w. memanggil walinya dan berpesan: berbuat baiklah kepadanya, apabila dia melahirkan anaknya, bawalah dia kepadaku, maka walinya pun melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya. Maka dikemaskan kedudukan pakaiannya dan dilaksanakan rejam ke atasnya, kemudian baginda s.a.w menyembahyang jenazahnya. Berkata Umar r.a.: Adakah engkau bersembahyang ke atasnya sedangkan dia telah melakukan zina ya Rasulullah? Rasulullah menjawa: Sesungguhnya dia telah bertaubat, kalau sekiranya dibahagikan taubatnya dengan tujuh puluh pendduduk Madinah nescaya memadai.Adakah engkau dapati sesuatu yang lebih baik daripada sesaorang yang bersungguh-sungguh dengan dirinya kerana Allah.
(Riwayat Muslim)

Umat Muhammad s.a.w diberi keistimewaan di dalam taubat mereka. Kalau sekiranya mereka betul-betul bertaubat, para malaikat yang menghitung dan menulis kejahatan mereka akan lupa dengan kejahatan tersebut, begitu juga anggota tubuh badan mereka tidak akan menjadi saksi terhadap kejahatan mereka, dengan syarat mereka bertaubat dengan taubat yang benar sehinggalah mereka bertemu dengan Allah, tiada siapa yang akan mengetahui kejahatan mereka.Subhanallah....

Keterangan di atas dikukuhkan dengan sabda baginda Rasulullah s.a.w.:
التائب من الذنب كمن لا ذنب له
Maksudnya: Orang yang bertaubat daripada dosanya adalah seumpama org yang tidak berdosa.(Riwayat Ibn Majah dan al-Tabrani)

Allah Ta'ala telah memberi berita gembira kepada umat Islam dengan penerimaan taubat mereka, dan memberi saranan taubat tanpa sebarang perasaan putus asa. Firmannya:
قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعا إنه هو الغفور الرحيم
Maksudnya:Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(al-Zumar:53)

Di dalam hadis Muslim baginda s.a.w. bersabda:
والذي نفسي بيده لو لم تذنبوا وتستغفروا لذهب الله بكم ولجاء بقوم يذنبون فيستغفرون الله فيغفر له
Maksudnya: Dan demi jiwaku berada di tanganNya, kalau sekiranya kamu tidak berdosa dan tidak memohon ampun nescaua Allah akan lenyapkan kamu dan membawa datang kaum lain yang melakukan dosa dan bertaubat dari dosa-dosa mereka.(Riwayat Muslim)

Begitulah keistimewaan taubat dan orang-orang yang bertaubat di sisi Allah Ta'ala.Banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis yang menceritakan keistimewaan taubat ini. Di sini penulis hanya membawa sebahagianya sahaja sebagai dalil dan bukti keutamaan taubat. Apa yang penulis harapkan kita dapat berkongsi maklumat dan sama-sama mengambil faedah daripada imformasi yang diletakkan do dlam blog ini.

Category : edit post

2 Response to "Taubat Tanda Kasih Sayang Allah"

  1. Tak ada kata terlambat untuk bertaubat sebelum ajal tiba...

    Salam silaturahmi...

     

  2. terima kasih Lis Indra kerana sudi meninggalkan comment,

    Salam silaturahmi juga untuk kamu

     

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari