tag:blogger.com,1999:blog-3931753074720296734.post7783038444259439299..comments2023-04-01T20:26:44.190+08:00Comments on nabihaalkhalidiy: Allah Tidak BertempatNabiha Al-Khalidiyhttp://www.blogger.com/profile/16628600193859602816noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-3931753074720296734.post-43834322905535978602010-06-07T21:06:27.715+08:002010-06-07T21:06:27.715+08:00PENJELASAN AQIDAH ISLAM YANG TEPAT
BAHAWA ALLAH WU...PENJELASAN AQIDAH ISLAM YANG TEPAT
BAHAWA ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

Fasal 1

Penjelasan
Bahawa Allah Maha Suci Dari Sifat Duduk Dan Bertempat
Dengan Dalil-Dalil Al-Quran, Hadis, Ijmak Dan Akal

1. Dalil al-Quran

Sesungguhnya Allah taala tidak memerlukan segala makhluk-Nya. Demi mensucikan Allah dari sifat persamaan dengan makhluk-Nya dan dari sifat berhajat kepada suatu tempat atau dari sifat berhajat kepada masa cukuplah dengan firman Allah taala:mafhumnya:
“Tiada suatupun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Shura, ayat 11]

Al-Imam al-Qurtubi berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[1]:maksudnya:
“Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahlul-Haqq was-Sunnah wal-Jama^ah radiyaLlahu ^anhum”. Intaha.

Allah taala berfirman:mafhumnya:
“…apakah engkau mengetahui ada suatu yang sama dengan Dia?” [Surah Maryam, ayat 65]

Al-Imam al-Qurtubi mentafsirkan ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[2]:maksudnya:
“Ibn ^Abbas berkata: “Firman Allah taala itu bermaksud: “Adakah engkau mengetahui Dia ada anak yakni sebanding atau semisal dengan-Nya?”.

Allah taala berfirman:mafhumnya:
“…dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya”. [Surah al-Ikhlas, ayat 4]

Antara sifat ketidaksamaan Allah dengan sesuatu selain-Nya ialah sifat kewujudan-Nya yang tidak pernah didahului dengan ketiadaan dan tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya. Dengan kata lain, tiada suatupun yang wujud tanpa didahului oleh ketiadaan melainkan Allah taala! Oleh itu, Allah telah wujud sebelum selain-Nya wujud. Inilah yang disebut sebagai azali atau keazalian. Ini berdasarkan firman Allah taala:mafhumnya:
“Dia-lah Yang Maha Awal”. [Surah al-Hadid, ayat 3]

Ayat 3 surah al-Hadid di atas ditafsirkan dengan dalil hadis yang menyusul di bawah.

2. Dalil Hadis

Rasulullah sallahu ^alayhi wa-sallam bersabda:mafhumnya:
“Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani (w. 852 H) menghuraikan hadis di atas dalam kitabnya Fathul-Bari dengan katanya[3]:maksudnya:
“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”. Intaha.

Justeru, Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya.

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda: mafhumnya:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]

Al-Hafiz Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma' wa al-Sifat[4]: maksudnya:
"Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiadapun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun". Intaha.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3931753074720296734.post-28118134286399437382010-06-07T20:57:44.195+08:002010-06-07T20:57:44.195+08:00Lihat bahasan lanjut berkenaan ALLAH ADA TANPA TEM...Lihat bahasan lanjut berkenaan ALLAH ADA TANPA TEMPAT dalam http://al-masabihul-munawwirah.blogspot.com di bawah judul Permata Yang Bersinar..]Anonymousnoreply@blogger.com