"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Pengenalan Tarikat

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 6:48 AM 0 comments

Pepatah Melayu ada mengatakan : “Tak kenal maka tak cinta”. Begitulah perihalnya pengenalan kita terhadap sesuatu yang ingin dibuat pertimbangan minda. Maka selayaknya dapatlah dikatakan di sini bahawa pengenalan merupakan sepenting-penting perkara dalam mencari keputusan atau mendapatkan hasil kajian. Antara pengenalan yang dirasakan mampu memberi jawapan dalam bab ini ialah pengenalan tarekat dari sudut penggunaan bahasa, istilah serta pandangan Al-Qur’an dan al-Sunnah itu sendiri tentang lafaz dan makna tarekat.




Tarekat Menurut Bahasa

Secara umumnya, tarekat menurut bahasa Arab bermaksud “jalan”, “cara”, “garis”, “kepimpinan”, “keyakinan” dan “agama” . Menurut Kamus Dewan, tarekat diertikan dengan jalan untuk mencapai kebenaran dalam ilmu tasawuf atau ilmu sufi. Tarekat juga diertikan dengan tatatertib hidup yang mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan atau dikenali juga dengan perkumpulan penuntut ilmu tasawuf.


Imam Ibn Manzur di dalam Lisan al-cArab mengertikan tarekat dengan makna الرجال الأشراف iaitu “tokoh-tokoh terkemuka.” Tafsiran ini dijelaskan oleh beliau secara khusus ketika membahaskan makna طريقة yang terdapat pada ayat 63 surah Taha. Beliau juga mengertikan kata dasar tarekat ini sebagai السيرة iaitu “jalan”. Katanya lagi : “Jikalau dikatakan طريقة الرجل ia membawa maksud mazhabnya. Jika dikatakan seseorang itu berada di dalam tarekat yang satu, ia bermaksud “keadaan yang satu.” Dan dikatakan juga طريقة yang lafaz jamaknya طرائق itu bermaksud tasbih yang diperbuat daripada bulu suf atau bulu biasa yang mana panjangnya dalam empat atau lapan jengkal mengikut kadar tertentu.”


Manakala menurut Muhammad bin Abu Bakr al-Raziy, lafaz طريقة القوم bermaksud أماثلهم وجيادهم . Iaitu golongan pembesar dan yang terbaik di kalangan mereka.”


Berdasarkan kepada pengertian tarekat dari kedua-dua tokoh bahasa ini dapatlah disimpulkan bahawa tarekat menjurus kepada suatu tatacara yang berkepimpinan. Dan kepimpinan dalam ilmu tasawuf itu merujuk kepada tokoh-tokoh sufi yang memimpin tarekat. Mereka yang memimpin inilah yang disifatkan sebagai tokoh-tokoh terkemuka dan terbaik dikalangan mereka. Maknanya, hanya yang terbaik sahaja diangkat menjadi pemimpin. Justeru, dalam konteks ilmu tasawuf ianya merupakan satu nilai yang dipandang tinggi dan diutamakan. Manakala, pengertian yang bermaksud jalan dan tasbih itu merupakan simbolik dan bahan yang amat sinonim dengan ilmu tarekat atau tasawuf.


Kesimpulannya, walaupun tarekat mempunyai satu lafaz tetapi ia mempunyai tafsiran yang banyak bergantung kepada struktur ayat yang dipergunakan. Paling tuntas, bagi mencari erti kata ataupun konotasi yang jelas dan bersifat khusus terhadap tarekat maka ia perlu dirujuk dalam konteksnya sebagai istilah teknikal yang muncul dan berkembang, diguna pakai dalam lingkungan disiplin ilmu tasawuf atau kerohanian Islam.

Read More..
Category : edit post

Khilaf Mentakfir Mujassimah

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 4:40 AM 0 comments

Pendapat yg tidak menghukum Mujassimah kafir mutlaq.

Merujuk para ulama’ Al-Ahnaf dan Malikiyyah membezakan hukum antara mujassimah yang berkata “Allah itu jisim sama seperti jisim yang lain” dengan mujassimah yang berkata: “Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim makhluk”.Mereka menegaskan bahawasanya mujassimah yg berkata Allah itu jisim seperti jisim2 yg lain adalah kafir, sedangkan mereka yg berkata: Allah itu jisim tidak seperti jisim yang lain sebagai ahli bid’ah sahaja.

Antara ulama’ Ahnaf yang berpegang dengan pendapat tersebut adalah Imam Ibn Najim (Al-Bahr Ar-Ra’iq 5/151), Imam Al-Khadimi (Bariqah Mahmudiyah 1/95), Imam Ibn Abidin (hasyiyah Ibn Abidin 1/562), Imam Al-Mulla Ali Al-Qari (Syarh Al-Fiqh Al-Akbar 271) dan sebagainya.Antara ulama’ Malikiyyah yang berpegang dengan pendapat trsebut adalah Imam Al-Qadhi Ibn Al-Arabi (Ahkam Al-Qur’an 2/475), Imam Al-Adawi (hasyiyah Al-Adawi ala Khalil 8/62, kifayah At-Tholib 1/102), Imam As-Showi (hasyiyah As-Showi ‘ala Syarh As-Soghir 4/432) dan sebagainya.Adapun dalam mazhab As-Syafi’e, ada tiga pendapat: Pertama: Golongan yg mengkafirkan tajsim secara mutlak, Kedua: golongan yg tidak mngkafirkan tajsim secara mutlak, dan ketiga, golongn yg mmbezakan antra tajsim yg jelas dgn tajsim yg tidak jelas, lalu mengkafirkan tajsim yg jelas dan sekadr bid’ahkan tajsim yg tidak jelas.Antara yg tidak mentakfirkan tajsim ialah Imam Sulton Al-Ulama’ Al-Izz bin Abdis Salam. Beliau brkata tntng Imam Al-Asy’ari bhwasanya, Imam Al-Asy’ari merujuk balik takfir ahli qiblat (seseorang muslim) (rujuk Qawa’id Al-Izz 1/202)Sheikhul Islam, Imam Zakaria Al-Anshori pula berkata bahawa qaul yg mashyur dlm mazhab As-Syafi’e ialah tidak mengkafirkan mujassimah. (Asna Al-Matholib 4/117). Imam Al-Ramli dalam hasyiyah Al-Ramli ‘ala Asna Al-Matholib juga menyatakan bahawasanya, yg rajih dlm mazhab As-Syafi’e ialah tidak mengkafirkan mujassimah. Imam Al-Ramli mnsyarah prkataan An-Nawawi dlm Al-Majmu’ yg mengkafirkan mujassimah yg jelas menjisimkan Allah, dgn berkata: Ini menunjukkan yg menetapkn tempat bg Allah s.w.t. tidak dikafirkan (krn tidak jelas menjisimkan Allah s.w.t.). Beliau menukilkn bahwa ia juga adalah pendapat Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dlm buku At-Tafarruqah. Beliau jg menukilkan prktaan Imam Ibn Abdis Salam yg tak kafirkan mujassimah. Bliau jg menukilkn prkataan Imam Ibn Al-Qusyairi dari kitab Al-Mursyid yg menguatkan pendapat bhwa golongan mujassimah, qadariyyah dsbgnya adalah ahli bid’ah yg sesat tp tak dikafirkan (Hasyiyah Al-Ramli 1/220). Dlm fatwa Imam Al-Ramli, ktika ditanya tntang sseorang yg menetapkan sudut bg Allah s.w.t., maka dia berkata, org itu tetap muslim tetapi pembid’ah (sesat) (4/20) Imam Az-Zarkasyi juga menguatkan pendapat yg tak mengkafirkan mujassimah. Bagi beliau, sepakat para ulama’ bhwa mereka sesat, fasiq dn berdosa, tetapi ulama’ khilaf tntang mentakfirkan mrk. Beliau lalu menukilkan perkataan2 ulama’ yg tidak mengkafirkan mrk. Imam As-Syirbini jg menukilkan khilaf antra ulama’ tntang mentakfirkan mujassimah. Menurut beliau, jika mujassimah itu menetapkan sifat keanggotaan, maka dikafirkan. Jika tidak, maka khilaf ulama’ tentangnya. Menurut beliau, qaul yg zahir ialah, tidak mengkafirkan mujassimah secara mutlak, dgn menukilkn prkataan Imam Al-Azra’ie yg tidak mengkafirkan mujassimah (Mughni Al-Muhtaj 4/133)Namun, Imam Al-Hisni dalam kifayah Al-Akhyar menguatkan pendapat yang mentakfirkan golongan mujassimah, kerana menurut beliau, golongan tersebut telah bercanggah dgn dalil Al-Qur’an yang shorih (647)
Imam As-Suyuti juga menukilkan kta Imam As-Syafi’e dlm Al-Asybah wa An-Nazhoir bhwa Al-Imam mengkafirkan mujassimah. Ibn Hajar Al-Haithami juga meriwayatkn dr Imam Al-Qarafi dr Imam-Imam mazhab yg empat (Al-Manhaj Al-Qawim 224)Dlm hasyiyah Al-Jamal juga, telah menukilkan bhwa mujassimah dikafirkan, tetapi setelah itu ditambah dgn komentar: “sedangkan Al-Mu’tamad, tidak mengkafirkan mujassimah, kecuali yg menjisimkan Tuhan dengan kejisiman yg shorih. (1/531)Dalam hasyiyah Al-‘Abadi pun menyebut bhwa yg dikafirkan ialah yg berkata: Allah itu jisim seperti jisim-jisim yang lain (sprti pendapat sbhagian ahnaf dn malikiyah td). (1/450)Imam Al-Bujrimi (atau Al-Bujairimi) berkata dlam hasyiyah Al-Bujrimi ‘ala Al-Khatib bahwasanya golongan bid’ah sprti mujassimah dan rafidhah tidak dikafirkan (2/138)Imam Al-Bujrimi (atau Al-Bujairimi) menta’wilkan prkataan Imam As-Syafi’e yg diriwayatkan sbg berkata bahwa mujassimah adalah kafir dgn ta’wilan: ia bermaksud, kufur nikmat (ibid) Diriwayatkn juga bhwa Imam Al-Izz juga menta’wilkan sedemikian. Jelaslah bahwa kebanyakkan ulama’ tidak mengkafirkan mujassimah melainkan mereka berkata bahwa jisim Allah seprti jisim makhluk. Mereka menyesatkan dan menghukum fasiq lagi bid’ah bagi mujassimah yg tidak shorih sprti menetapkan tmpat dll, demikian yg dijelaskan oleh Al-Izz dan lain-lain.Kalaulah seseorang itu mengkafirkan mujassimah, maka banyak hukum-hukum terjadi dlm masyarakat Islam, hatta telah mendakwa bhwa sejak wahhabi menguasai Mekkah dn Madinah, jika para imam di Masjidil Haram dn Masjidin Nabawi yg berfahaman hasyawiyah dn tajsim adalah kafir, maka bererti berjuta-juta umat Islam tidak sah mengerjakan solat di belakang mereka. Maka, adakah org yg mengkafirkan mujassimah secara mutlak, berani mendkwa bahawa telah byk solat-solat kaum muslimin di belakang mujassimah akhir zaman ini sebagai tidak sah?Sebab itu, kita melihat, para ulama’ muktabar zaman ini khususnya, tidak mengkafirkan mujassimah, tetapi menuduh sesat fahaman tajsim dan membid’ahkan mereka, tanpa mengkafirkan mereka. Kebanyakkan Para ulama’ haba’ib dari Hadramaut, kebanyakkan para ulama’ agung dari bumi Syam, kebanyakkan para ulama’ Al-Azhar dan sebagainya tidak mengkafirkan mereka.

Masih byk lagi nas-nas dari pelbagai ulama' yg mengatakan bahawasanya "para ulama' berselisih pendapat mengenai hukum mujassimah". Imam Al-Iji (rujuk buku Al-Mawaqif), Imam Al-Amidi (Abkar Al-Afkar) dn Imam Al-Razi (rujuk buku Asas At-Taqdis).Antara nas lain adalah sprti prkataan Imam Al-Zarkasyi dalam Al-Bahr Al-Muhith,nasnya yang bermaksud:(Sesungguhnya orang yang salah dalam masalah usul, dan golongan mujassimah: maka tidak syak bahawa dia (yg salah dlm usul sprti mujassimah) berdosa, dihukum fasiq dan dihukum sesat. Dan berbeza pendpat pada mengkafirkan mereka.)Sebahagian ulama' As-Syafi'iyyah pula ada membezakan antara tajsim shorih dengan tajsim ghair shorih. Mereka kafirkan mujassimah yg tajsim shorih tetapi sekadar membid'ahkan (tak mngkafirkan) mujassimah yg tajsim ghair shorih).

Dalam bab kafir mengkafirkan ni pun, ulama' ada bahas. Imam Abu Ishaq As-Syirazi berkata:"Sesungguhnya seorang muslim tidak boleh mengkafirkan seorang muslim yang lain dengan sekadar brtaqlid, tanpa mengetahui nas-nas (dalil) yng menunjukkan hal kekufurannya..." (Al-Isyarah ila Mazhab Ahl Al-Haq, perenggan kedua akhir).Masih rmai org awm yg tidak fhm tntng dalil2 kesesatan tajsim, krn ianya prlu kpd an-nazhor (penelitian, demikian menurut Imam Al-Izz, Imam At-Taftazani dll), mka mrk tidak boleh mengkafirkn mujassimah dgn brtaqlid kpd sbhgian ulama' yg mengkafirkn mujassimah dgn dalil. Takfir berbeza dgn beramal krn takfir itu menjatuhkan hukum ke ats seseorang. Hal ini smalah sprti Wahhabi yg menghukum bid'ah orng2 yg bercanggah dgn mrka, skdr bertaqlid kpd pra guru mereka smata2.Bahkan, dlm menjatuhkan hukum itu sndiri, ada hadith yg berbunyi:"Seseorang imam yg tersalah dlm memaafkan itu lebih baik drp tersalah dlm menjatuhkan hukum..." (HR At-Tirmizi)Imam Al-Ghazali r.a. pula berkata dlm Al-Iqtisod fi Al-I'tiqod, 157:"Kesalahan dlm meninggalkan takfir seribu org kafir itu lebih ringan lagi drp tersalah dalam mengalirkan drh seorang muslim (mngkafirkn sorng muslim lalu menghalalkan drhnya utk dibunuh)."Kalam ini turut dikatakan oleh Imam Mula Al-Qari dlm Syarh Al-Fiqh Al-Akbar: 162)Imam As-Syihab Al-Khoffaji brkata dlam syarah kpd buku As-Syifa'(4/472):"Imam Al-Asy'ari berpegang kepada tidak mengkafirkan golongan ahli-hawa dan golongan yg bermazhab dgn mazhab yang tertolak. Inilah pndapat majoriti ulama' Hanafiyah dan As-Syafi'iyyah".Bahkan, Imam Al-Himam Al-Hanafi menjelaskan berkenaan kufur:"Adapun hukum kufur golongan ahli bid'ah dan hawa yg kami sebutkan td, walaupun tlh thabit perkataan Imam Abu Hanifah dan Imam As-Syafi'e bahawa tidak boleh mengkafirkan ahli kiblat (termasuklah) dari kalangan semua ahli bid'ah: maka kemungkinan bahawasnya fhman bid'ah tersbut itu sendiri ialah suatu kekufuran. Maka, org yg berkata dgn perkataan trsebut telah berkata dgn perkataan kufur walaupun dia tidak dikafirkan". (dinukil oleh Imam Mula Al-Qari dlm Syarh Al-Fiqh Al-Akbar, 154)









Pendapat2 yg menghukum kafir..

1. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Asy-Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan : “ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”. Kenyataan Imam Asy-Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Asy-Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah. Imam Asy-Syafie rahimahullah turut mengkafirkan orang yang berakidah ' Allah Duduk'. Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi wa Rajmul Mu'tady menukilkan dari Al-Qodi al-Husain bahawa Imam Asy-Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk di atas arasy maka dia KAFIR ”.

2. Mari kita lihat pandangan ulama’ Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafiy menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah : “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

3. Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hanbal dan para ulama mazhab Hanbali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan : “ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hanbali yang masyhur. Manakala seorang ulama mazhab Hanbali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqiy Al-Hanbaliy dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan : “ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.

4. Begitu juga Imam al-Maliky dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah. Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

5. Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir : “ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” . Kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud : “ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya”.


HUKUM ORANG YANG BERI’TIKOD ALLAH MEMPUNYAI TEMPAT :

Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani rahimahullah

Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani (wafat 1265H/1297H) dalam kitab Al-Jawahir Al- Saniyah m/s 6 mengatakan: “ Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah Ta’ala pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.”

Syeikh Nur Al-Din Al-Rahiri rahimahullah

Syeikh Nir Al-Din Al-Rahiri berkata kitab Sabil Al Muhtadin jilid 1 m/s 203 : “ Tiada sah mengikut bid’ah yang jadi kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu tiada mengetahui akan juz’iyat dan ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan ba’ath dan hasyr dan demikian lagi kaum mujasimmah dan yang mengiktikad bahawa Allah Ta’ala berjihah”.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rahimahullah

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (wafat 1227H) dalam kitab Sabil Al Muhtadin jilid 2 m/s 37 berkata: “Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah Ta’ala tiada mengetahui akan segala juz’iyat dan yang ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan bangkit dari dalam kuburdan berhimpun di Mashyar dan demikian lagi kaum mujassimah dan yang berikitikad bahawa Allah Ta’ala berjihah maka tiada sah mengikut mungkin dia seperti sekalian kafir yang lain.”.

Perlu penulis ingatkan di sini, bagi muslim dan muslimah-muslimah yang budiman janganlah terpedaya dengan golongan wahhabi ini, kerana dibimbangi akidah setengah daripada mereka itu menjisimkan Allah dan mentashbihkanNya dengan makhluk-makhluk. Rentetan daripada itu, keluar mereka dari agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya. Begitu juga dengan perkahwinan dengan golongan ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan menyayatkan hati.

Read More..
Category : edit post

Allah Tidak Bertempat

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 4:28 AM 2 comments

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.



Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Read More..

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari