"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Adab-adab Berguru

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 5:34 AM 0 comments

Adab orang yang mempelajari ilmu atau murid terbahagi kepada dua:

Pertama:
Adab untuk dirinya sebagai murid


Adab untuk dirinya sebagai murid pula terdiri daripada tujuh perkara:
1. Membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan tercela seperti riya’, sombong, takabbur, hasad dengki dan sebagainya lagi yang termasuk didalam sifat-sifat yang dikeji dan memperelokkannya dengan sifat-sifat yang dipuji yang lain seperti ikhlas, benar, zuhud, tawadhuk dan sifat-sifat terpuji yang lain kerana ilmu itu adalah sebahagian daripada ibadat yang batin dan ibadat tidak dianggap sah kecuali apabila suci daripada najis. Umpamanya solat tidak sah kecuali apabila tempat solat didirikan, tubuh badan dan pakaian orang yang bersolat semuanya suci dan bersih daripada najis yang zahir.

Oleh kerana ilmu itu berupa ibadat yang batin maka dianggap tidak sah melainkan apabila batin, iaitu hati bersih dan suci daripada najis yang batin yakni yang didalam hati. Sifat yang keji dan jahat yang tersembunyi di dalam hati itu adalah najis sepertimana firman Allah:

Ertinya: “ Sesungguhnya orang-orang yang syirik itu najis” (At-Taubah:28)

Menurut Imam Al Ghazali bahawa najis itu tidak semestinya terdapat pada pakian dan tubuh badan secara zahir. Selagi hati masih tercemar dengan sifat-sifat yang keji maka cahaya ilmu yang bermanfaat kepada agama menjadi malap dan tidak dapat menerangi hati itu. Kerana inilah Ibnu Mas’ud r.a berkata: Ertinya: “Ilmu itu bukan diperolehi dengan banyak periwayatan dan kajian buku-buku tetapi ilmu itu adalah cahaya yang dilontarkan oleh allah kedalam hati.”

2. Mengosongkan hati daripada hal-hal keduniaan dan menjauhkan daripada memikirkan tentang anak dan isteri dan segala yang boleh membimbangkannya agar hati itu tertumpu sepenuhnya kea rah menuntut ilmu, kerana Allah telah berfirman:

Ertinya : “ Allah tidak menjadikan untuk seorang itu dua hati dalam perutnya iaitu tidak masuk ke dalam hati seorang Islam jika ia memikirkan selainnya. “ (Al-Ahzab : 4)

3. Orang yang belajar atau murid itu hendaklah merendah diri meletakkan diri di darjat paling bawah dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan kepadanya oleh guru. Umpamanya ia berkata di dalam hati : Ilmu ini remeh atau kitab ini kecil sedangkan aku telah banyak belajar, mengapakah guruku menyuruhku belajar menggunakan kitab sekecil ini? Sebaliknya murid hendaklah menerima apa yang di ajarkan oleh guru dan apa yang disuruhnya, tidak menyangkal gurunya dan tidak mengarahkan guru mengajarkannya sesuatu ilmu yang ia mahukan atau mengarahkannya menggunakan sebuah kitab tertentu, tetapi hendaklah menyerahkan kehendaknya itu bulat-bulat kepada gurunya dan menerima sahaja apa yang disuruh oleh guru supaya dipelajari

Murid juga hendaklah senantiasa berkhidmat kepada gurunya bagi mendapatkan berkat darinya. Saiyidina Abdullah bin Abbas sentiasa berkhidmat kepada gurunya Saiyidina Zaid bin Tsabit. Setiap kali gurunya itu memimpinnya kea rah yang mahu dituju oleh Saiyidina Zaid bin Tsabit sehingga Saiyidina Zaid pernah berkata kepadanya, “ Lepaskan tali kekang itu wahai sepupu Rasulullah s.a.w.?” Saiyidina Abdullah bin Abbas menjawab : “ Itulah yang disuruh kami lakukan kepada pembesar, guru dan ulama’ kami. “ Lalu Zaid bin Tsabit pun mengucup tangan Saiyidina Abdullah bin Abbas dengan berkata. “ Itulah yang disuruh kami lakukan kepada Ahlul Bait dan kerabat Penghulu kami s.a.w.”

Sabda Nabi:

Ertinya: “ Bukan daripada akhlak orang mukmin perbuatan menghina diri kerana meminta sesuatu melainkan di dalam menuntut ilmu. “

4. mengelak daripada mendengar ilmu yang menjadi perselisihan di kalangan ulama’ kerana ini boleh menimbulkan kebingungan yang tidak menghasilkan sebarang faedah dari ilmu itu di samping membuatkan hati gagal menentukan yang mana harus di pegang. Oleh itu orang yang baru mula mengikuti jalan Akhirat hendaklah menuntut ilmu yang menjuruskan hati kea rah ibadat dan tidak bermaksud menuntutnya untuk mengetahui aspek-aspek yang diperselisihkan oleh para ulama’

5. Tidak melepaskan peluang segala seni yang dipuji syara’ andainya mahukan kemahiran, tetapi hendaklah dibuat selepas menuntut Ilmu Fardhu Ain yang bermanfaat itu dan setelah mengamalkannya, dan juga mempunyai masa yang terluang setelahmengerjakan wirid. Ini ialah menuntut ilmu seni kemahiran itu merupakan Fardhu Kifayah, dan sebagaumana sedia maklum sesuatu yang berupa Fardhu Ain itu mesti mendahului sesuatu yang dianggap Fardhu Kifayah

6. Ia hendaklah bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang bermanfaat di Akhirat yang dinyatakan. Barangsiapa sibuk dengan menuntut seni ilmu tasawuff memadai baginya, sebab ia mengandungi ilmu usluddin iaitu I’tiqad, Ilmu Feqah iaitu ilmu Ibadat, Ilmu Muamalat dan Ilmu Suluk dan Tariqat yang membawa kepada Ilmu Mukasyafah dan ilmu Haqiqat. Kerana inilah Imam Al Ghazali pernah berkata:

“ Ilmu muamalat iaitu ilmu dan amalan itu membawa kepada ilmu mukasyafah. Dan mukasyafah ialah Penyingkapan hati seorang itu kea rah Ma’rifatullah Taala iaitu mengenal Allah. Ianya Nur atau cahaya yang dicampakkan Allah ke dalam hati hasil daripada amalan ibadat dan mujahadah iaitu perjuangan menentang hawa nafsu dan hasutan syaitan, dan dia itulah yang seterusnya membawa ke martabat keimanan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. yang jika ditimbangkan dengan keimanan seluruh isi bumi nescaya keimanan Abu Bakar lebih berat lagi disebabkan suatu rahsia yang terpahat di dalam hatinya tanpa perlu kepada bukti-bukti dan hujjah-hujjah. “

Imam Al-Ghazali berkata lagi

“Dan Ketahuilah bahawa semulia-mulia ilmu dan kemuncaknya ialah ma’rifatullah Ta’ala iaitu mengenal Allah melalui nur keimanan yang terdapat di dalam hati. Ianya merupakan lautan yang tidak diketahui penghujung dalamnya. Para Anbiya’ merupakan manusia yang paling jauh berada di dalamnya, diikuti oleh para Auliya’, kemudian orang-orang yang menyusuli mereka. “

7. Tujuan mereka menuntut ilmu itu hendaklah semata-mata kerana Allah Ta’ala iaitu menjunjung titah perintahNya kerana Akhirat dan kerana mahu memperelokkan dirinya yang zahir kelihatan dengan amalan ibadat kepada Allah Ta’ala dan memperbaiki batinya iaitu hatinya dengan segala sifat yang terpuji dan membersihkannya dari segala sifat yang cela dan keji di samping sentiasa hadir mengingati Allah Ta’ala. Ini akan menyampaikannya kepada ma’rifatullah Taala dan seterusnya kepada martabat yang tinggi dan kepada kedudukan Malaikat Al Muqarrabin.

Kedua:
Adab Murid Terhadap Guruya

Mengenai adab murid terhadap gurunya maka di sana terdapat juga beberapa perkara. Tetapi yang disebut oleh Imam Al-Ghazali di dalam bukunya Bidayatul-Hidayah ialah 11 Perkara

1. Apabila bertemu atau berdepan dengan guru, murid hendaklah mendahului salam

2. Murid hendaklah mengurangkan percakapan di depan guru

3. Murid tidak boleh berkata sesuatu yang tidak di izinkan gurunya

4. Murid tidak boleh menanyakan sesuatu kepada gurunya melainkan setelah meminta keizinandari gurunya terlebih dahulu

5. Murid tidak boleh menyangkal kata-kata gurunya seperti menyarankan bahawa kata-kata si polan itu bertentangan dengan kata-kata gurunya atau sebagainya


6. Murid tidak boleh memberi isyarat untuk menunjukkan kata-kata gurunya salah dan menganggap akan dirinya lebih betul atau lebih mengetahui daripada gurunya. Perbuatan seperti ini menunjukkan kekurangan adab murid kepada guru, di samping kurang berkatnya


7. Murid tidak boleh berbisik dengan orang-orang yang bersebelahannya ketika sama-sama berdepan dengan guru


8. Murid tidak boleh menoleh ke kiri atau ke kanan ketika berada di depan guru, sebaliknya ia hendaklah duduk dengan menunduk penuh adab sopan seolah-olah berada di dalam sembahyang


9. Murid tidak boleh bertanya kepada gurunya yang kelihatan kurang berminat untuk bercakap atau ketika ia keletihan


10. Apabila guru berdiri atau baru tiba, murid hendaklah berdiri menghormatinya. Ketika guru bangkit dari duduknya, murid tidak boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau sesuatu masalah. Begitu juga ketika guru sedang berjalan hinggalah tiba di tempat duduknya. Pertanyaan boleh dilakukan hanya ketika darurat.


11. Murid tidak boleh berprasangka buruk terhadap gurunya.

Read More..
Category : edit post

Apa Kata Ibn Taimiyya Ttg Talqin

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 3:43 AM 0 comments

Di dalam Majmu` Fatawa jilid 24 halaman 297 menyebut tentang talqin seperti berikut:-

Telah ditanyai orang akan Ibnu Taimiyyah berkaitan hukum talqin bagi mayyit di kuburan setelah selesai dikebumikan. Adakah shohih hadits padanya daripada Nabi s.a.w. atau daripada sahabat baginda? Dan adakah apabila tiada sesuatu riwayat mengenai amalan tersebut, ianya boleh diamalkan atau tidak? Maka dia menjawab:

هذا التلقين المذكور قد نقل عن طائفة من الصحابة‏ أنهم أمروا به، كأبي أمامة الباهلي، وغيره‏.‏ وروي فيه حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم، لكنه مما لا يحكم بصحته، ولم يكن كثير من الصحابة يفعل ذلك، فلهذا قال الإمام أحمد وغيره من العلماء‏:‏ إن هذا التلقين لا بأس به، فرخصوا فيه، ولم يأمروا به‏.‏ واستحبه طائفة من أصحاب الشافعي، وأحمد، وكرهه طائفة من العلماء من أصحاب مالك، وغيرهم‏........ وقد ثبت أن المقبور يسأل، ويمتحن، وأنه يؤمر بالدعاء له‏.‏ فلهذا قيل‏:‏ إن التلقين ينفعه، فإن الميت يسمع النداء‏.‏ كما ثبت في الصحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال‏:‏ ‏(‏إنه ليسمع قرع نعالهم‏)‏، وأنه قال‏:‏ ‏(‏ما أنتم بأسمع لما أقول منهم‏)‏، وأنه أمرنا بالسلام على الموتي‏.‏ فقال‏:‏ ‏(‏ما من رجل يمر بقبر الرجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا رد اللّه روحه حتى يرد عليه السلام‏)‏‏.‏ واللّه أعلم‏.‏

Adalah talqin yang tersebut, ianya telah dinukilkan daripada sekelompok sahabat di mana mereka menyuruh melakukannya, seperti Sayyidina Abu Umamah al-Bahili dan selainnya. Telah diriwayatkan padanya hadits daripada Nabi s.a.w. akan tetapi ianya tidaklah dihukumkan sebagai hadits yang shohih dan kebanyakan sahabat tidak melakukannya. Maka atas dasar inilah berkata Imam Ahmad dan ulama lainnya bahawa talqin itu adalah amalan yang tidak ada apa-apa kesalahan jika dilakukan (yakni ianya adalah perkara yang harus atau mubah untuk dilakukan menurut Imam Ahmad), maka mereka memberi kelonggaran pada amalan tersebut (yakni tidak bersikap keras menegahnya) dan tidaklah pula mereka menyuruhnya. Dan sekumpulan ulama mazhab Imam Syafi`i dan mazhab Imam Ahmad menghukum amalan talqin ini sebagai MUSTAHAB (disukai), manakala sekumpulan ulama daripada mazhab Imam Malik dan selain mereka menghukumkannya sebagai makruh. .............. Dan telah sabit bahawasanya ahli kubur itu ditanya dan diuji, dan bahawasanya disuruh kita mendoakan dia, oleh itu dikatakan orang bahawa talqin itu bermanfaat bagi mayyit kerana sesungguhnya mayyit itu mendengar dia akan seruan (percakapan) sebagaimana sabit dalam hadis yang shohih daripada Nabi s.a.w. di mana baginda bersabda: "Bahawasanya dia (yakni si mati) mendengar derapan kasut-kasut mereka (yakni orang - orang yang menghantarnya ke kubur)." Dan bahawasanya Nabi menyuruh kita untuk memberi salam kepada orang mati, di mana baginda bersabda: "Tidaklah seseorang yang melalui kubur seseorang yang dikenalinya sewaktu di dunia dahulu, lalu dia mengucapkan salam kepada si mati tersebut melainkan Allah akan mengembalikan rohnya sehingga dia boleh membalas salam tersebut."

Ibnu Taimiyyah juga menyatakan bahawa:-

تلقينه بعد موته ليس واجباً بالإجماع‏.‏ ولا كان من عمل المسلمين المشهور بينهم على عهد النبي صلى الله عليه وسلم وخلفائه‏.‏ بل ذلك مأثور عن طائفة من الصحابة، كأبي أمامة، وواثلة بن الأسقع‏. فمن الأئمة من رخص فيه كالإمـام أحمد‏.‏ وقد استحبه طائفة من أصحابه، وأصحاب الشافعي‏.‏ ومن العلماء من يكرهه لاعتقاده أنه بدعة‏.‏ فالأقـوال فيه ثلاثة‏:‏ الاستحباب، والكراهة، والإباحة، وهذا أعدل الأقوال

Talqin bagi si mati setelah kematiannya bukanlah satu kewajipan menurut ijma`, dan bukanlah amalan yang masyhur dilakukan oleh kaum Muslimin pada zaman Nabi s.a.w. dan para khalifah baginda. Tetapi amalan talqin yang sedemikian itu adalah sesuatu yang ma`tsur daripada sekumpulan sahabat seperti Sayyidina Abu Umamah dan Sayyidina Waatsilah bin al-Asqa' (yakni satu amalan yang ma`tsur diamalkan oleh sebahagian sahabat). Maka daripada kalangan para imam ada yang memberi kelonggaran bagi amalan tersebut seperti Imam Ahmad. Sekumpulan ulama mazhab Imam Ahmad dan ulama mazhab Imam Syafi`i menghukumkannya sebagai mustahab, dan sebahagian ulama lain pula menghukumkannya sebagai makruh kerana mereka memandangnya sebagai bid`ah. Maka hukum talqin itu ada 3 pendapat ulama, iaitu:- (i) mustahab, (ii) makruh dan (iii) mubah, dan inilah pendapat paling sederhana antara segala pendapat tersebut (yakni pendapat yang mengharuskan itu dipandang oleh Ibnu Taimiyyah sebagai pendapat yang paling sederhana).

Begitulah pandangan tokoh pujaan Wahhabi mengenai talqin. Apa yang jelas bahawa Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan bahawa terdapatnya khilaf mengenai amalan talqin ini. Ibnu Taimiyyah turut menyatakan bahawa walaupun tiada hadits shohih (menurut pandangannya) yang menyuruh bertalqin dan ianya tidak masyhur diamalkan oleh kebanyakan sahabat, tetapi tidak dinafikan bahawa ada sebahagian sahabat yang melakukannya dan menyuruhnya seperti Sayyidina Abu Umamah r.a. dan Sayyidina Waatsilah r.a. Oleh itu, adalah tidak tepat untuk menegah para pengikut mazhab Syafi`i menjalankan upacara talqin kerana ianya dihukumkan mustahab / sunnat untuk dilakukan menurut mazhab ini. Bahkan sebahagian ulama daripada kalangan mazhab yang lain tersebut turut bersependapat untuk memustahabkan amalan talqin atau setidak-tidaknya memubahkannya. Oleh itu, hentikanlah usaha untuk mencegah para pengikut Syafi`i untuk terus bertalqin di atas kubur.


Read More..
Category : edit post

Takwilan Salaf 1

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 2:19 AM 2 comments

Artikel ini akan memdedahkan pembohongan wahhabi yang mendakwa golongan salaf tidak melakukan ta'wil.Mereka menggunakan perkataan yang digunakan oleh Ibn al-Taimiyyah dan golongan-golongan yang mengikutnya seperti ungkapan"tidak ada di dalangan ulama salaf yg berbuat,...yg berkata....tidak ada di kalangan umat Islam yg berbuat...yg mendakwa..yg berkata..." begitulah ungkapan yang kononnya adalah "killer code" yang mereka andaikan hujjah mereka dengan menggunakan "killer code: tersebut tidak dapat diketahui oleh umat Islam serta dapat mematikan hujjah-hujjah musuh mereka. Begitulah wahhabi yang berselindung di sebalik tabir mengikut sunnah dan salaf.


Umat Islam yang paling thiqah ialah para salaf al-salih. Mereka adalah ulama yg hidup di kurun-kurun permualaan mengikut kalender Islam. Mereka ini di kenali dengan panggilan salaf yang diakui kebaikkan mereka, dan juga sesiapa yang mengikut metode mereka sampailah kepada kita pada hari ini. Mereka semua menerima dan melakukan ta'wil teks-teks syariah(al-Quran dan al-Hadith) yang memerlukan ta'wil kepada makna yang sebenar yang bersesuaian dengan zat Allah Yang Maha Agung. Mereka telah menta'wil banyak ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan keesaan Allah dan sifatNya. Mereka sepakat mengatakan bahawa zahir ayat-ayat mutasyabihat bukan mengikut makna zahirnya, bersesuaian dengan firman Allah Ta'ala ليس كمثله شئ. Apa yang mereka lakukan bukan sesuatu yang bid'ah, sebaliknya mereka mengikut kehendak Allah di dalam ayat-ayat berikut sebagai bukti;

1. Firman Allah "إنا نسيناكم"(Sesungguhnya kami telah lupakan mereka) dan juga "نسوا الله فنسيهم"(mereka telah lupakan Kami maka Kami pun melupai mereka.) Perkataan النسيان (lupa)di dalam dua ayat tadi secara zahirnya disandarkan kepada Allah Ta'ala. Sungguhpun begitu adakah kita harus kita mengatakan Allah Ta'ala bersifat dengan sifat lupa, atau pun kita berkata lupanya Allah tidak sama dengan lupa makhluk, ini dikiaskan dengan ungkapan "ada bagiNya pendengaran yang tidak sama dengan pendengaran kita, penglihatan yang tidak sama dengan penglihatan kita, sedangkan Allah dengan jelas berfirman وما كان ربك نسيا( dan tidaklah tuhan kamu itu lupa)

Apa yang dimaksudkan dengan kenyataan di atas?


Jawapannya;

Kesilapan ini tidak sewajarnya berlaku, kerana yang dimaksudkan dengan ungkapan "ada baginya pendengaran yang tidak sama dengan pendengaran kita" ialah kita menetapkan sifat mendengar kepada zat Allah dan dalam masa yang sama kita menafikan Allah mendengar dengan alat pendengaran iaitu telinga. Jadi, konsep bagaimana Allah mendengar, kita serahkan sepenuhnya kepada Allah. Dmikian juga dengan sifat melihat dan sifat-sifat Allah yang lain. Berlainan dengan lupa, lupa bukanlah sifat Allah kerana ia adalah sifat kekurangan, dan sifat kekurangan tidak selayaknya dinisbahkan kepada Allah sama sekali. Maka sifat lupa tidak boleh dikiaskan dengan sifat mendengar dan melihat.

2. Daripada Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman di dalam hadis al-Qudsi:"Wahai anak Adam, aku sakit engkau tidak ziarah,anak Adam bertanya:"Ya Rabb bagaimana hamba hendak menziarahiMu sedangkan Engkau adalah tuhan sekelian alam". Allah menjawab:" Adakah engkau tidak mengetahui, hambaku sifulan telah sakit tapi engkau tidak menziarahinya, adakah engakau tidak mengetahui, kalau engkau menziarahinya, sudah pasti engkau akan daptiKu di sisinya.(Muslim 2596, Bukhari 517, Ibn Hibban 269)

Al-Imam al-Nawawi berkata: "Para ulama berpendapat, dinisbahkan sakit di dalam hadis di atas kepada Allah, kerana kemuliaan dan kehampiran sihamba tersebut kepadaNya.Yang dimaksudkan dengan " engkau akan daptiKu di sisinya" ialah "engkau akan dapati pahala dan kemuliaanKu. Maka kkesimpulannya, tidak harus kita sandarkan sifat sakit kepada Allah sama sekali sekalipun zahir hadis menunjukkan perkara tersebut, kerana perkara tersebut menyalahi akidah.

Kita lihat lagi generasi salaf al-saleh yang hidup di kurun pertama seperti Saidina 'Abdullah bin 'Abbas yang mendapat doa Rasulullah s.a.w. اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل. Beliau sendiri telah melakukan ta'wil di dalam masalah sifat, di antaranya;

3. Ayat 51, surah al-"Araf, firman Allah فاليوم ننساهم كما نسوا لقاءيومهم هذا ’Maksudnya: "pada hari ini kami lupakan mereka sepertimana mereka lupa pada hari pertemuan ini" Mengikut Ibn 'Abbas perkataan lupa di dalam ayat ini bermakna meninggalkan. Jadi ertinya "pada hari kiamat kami tinggalkan mereka di dalam azab". Imam al-Tabari telah merekodkan fakta di atas di dalam tafsirnya dan mengatakan ta'wil seperti ini adalah daripada Ibn 'Abbas dan Mujahid.(Tafsir Tabari, j.5 8/201)

4. Firman Allah di dalam surah al-Qalam, ayat 41 يوم يكشف عن ساق. Yang dimaksudkan dengan kalimah ساق di sini bukanlah betis Allah. Kita dapati Ibn 'Abbas menta'wilkan perkataan ساق dengan peristiwa yang amat dasyat dan hebat, ta'wilan seperti ini dibuat juga oleh sahabat yang lain dan juga para tabi'in seperti Mujahid, Said bin Jubair, Qatadah dan lain-lain.(Fath al-Bari 13/428, Tafsir al-Tabari 29/38.

5. Di dalam surah al-Dhariyyat ayat 47 Allah berfirman والسماء بنيناها بأيد وإنا لموسعون Maksudnya: dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.Mengikut Ibn 'Abbas بأيد ialah القوة (kekuasaan atau kekuatan)(Tafsir al-Tabari 7/27). Lafaz أيد diertikan dengan berbagi pengertian di antaranya kekuasaan, limpahan anugeran dan anugerah nikmat.
6. Firman Allah di dalam surah al-Fajr ayat 22 وجاء ربك Maksudnya: Telah datang tuhan engkau"
Mengikut Imam Ahmad bin Hanbal maksud ayat ini ialah جاء ثوابه telah datang ganjaranNya
Ibn Kathir mengulas, Imam Ahmad dengan pandangannya ini telah menafikan tasybih dan meninggalkan perbahasan mendalam di dalam masalah ini, sebaliknya beliau berpegang dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta apa yang beliau dapatinya daripada para sahabat.(al-Bidayah wa al-Nihayah 10/327)

7. Imam Bukhari telah menta'wilkan الضحك(ketawa) dengan makna الرحمة (rahmat)di dalam hadis: يضحك الله من الرجلين يقتل أحدهما الآخر يدخلان الجنة.

Cukuplah dengan tujuh bukti di atas sebagai hujah mengatakan para salaf al-soleh melakukan ta'wil terhadap ayat-ayat mutasyabihat. Imam Ibn Kathir membuat ulasan:" mazhab salaf al-soleh di dalam situasi begini menerima ayat mutasyabihat tanpa meletakkan sebarang تكييف , تشبيه dan تعطيل serta sebarang bentuk yang terlintas di pemikiran golongan mutasyabbhin. ليس كمثله شئ وهو السميع البصير Maksudnya: tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Read More..
Category : edit post

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari