1. Temple Mount Rabbinical Court
lanya merupakan sebuah pertubuhan pengganas Yahudi yang bermotifkan agama. Mereka bergerak di kalangan rabbi-rabbi Yahudi yang beriman dengan kewajipan menegakkan Haykal sebelum kedatangan Messiah dan bukan selepas kemunculannya.
Mereka mempunyai pengaruh yang amat signifikan ke atas golongan terpelajar agama Yahudi. Ianya dianggotai oleh para rabbi yang begitu obsessed untuk mendirikan semula Haykal seperti Dov Lior, Nahman Kahane dan Israel Ariel. Pada bulan Ogos 2000, pertubuhan ini telah mengeluarkan fatwa mereka kepada orang-orang Yahudi untuk merempuh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai tapak Haykal yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk bangsa Yahudi.
2. Ateret Cohanim
Merupakan sebuah “non-profit” NGO (Amutot) yang bertugas untuk membeli tanah-tanah dan segala hartanah di al-Quds dan juga kawasan sekitar “Mountof Temple” (Masjid al-Aqsa). Mereka berpusat di al-Quds dan aktif membeli hartanah dari kalangan warga Arab yang materialistik. Ditubuhkan oleh anggota kumpulan Yeshivat HaGolan pada tahun 1978 sebagai Yeshiva (pusat pengajian agama Yahudi) untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan kohanim dan upacara penyembelihan.
Dua kali dalam setahun, iaitu ketika perayaan”Passover” dan juga perayaan “Sukkoth’. Pertubuhan ini dan kementerian agama rejim Yahudi akan bersama mempelajari dan mengulang kaji semula hukum-hakam berkaitan dengan Haykal dan upacara ritual di dalamnya. Rabbi Shlomo Aviner iaitu rabbi di dalam pertubuhan ini mengatakan bahawa pengajian mengenai Haykal adalah untuk menjadikan Haykal itu sentiasa bersama dengan orang-orang Yahudi di dalam jiwa, spiritual dan intelektual mereka sebelum ianya dibina.
3. Shofar Benim
Sebuah kumpulan pengganas radikal yang mempunyai persenjataan dan mengambil pendekatan yang radikal untuk membina semula Haykal. Kumpulan ini mempunyai rangkaian kerjasamanya dengan kumpulan-kumpulan radikal sepertinya, antaranya ialah kumpulan YESHA (singkatan dari perkataan Yehuda, Samaria dan Gaza), kumpulan Zo Artzenu, Mateh MAAMATZ dan juga beberapa kumpulan-kumpulan lain yang dianggotai oleh individu-individu dan juga para hakham Yahudi.
4. Shocharey HaMikdash (Temple Lovers Group)
Ianya merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan beberapa pertubuhan Yahudi yang mempunyai aspirasi untuk membina kembali Haykal. Ianya juga dianggap sebagai pertubuhan yang paling berpengaruh dalam kalangan kumpulan-kumpulan radikal dan pengganas Yahudi yang bergerak dalam negara haram Israel. Pertubuhan ini diketuai oleh Profesor Hillel Weiss.
Menurut Yehuda Etzion, seorang aktivis radikal Yahudi, cita-cita pertubuhan ini adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan pengganas Yahudi yang bercita-cita untuk membina Haykal di bawah satu payung front yang besar agar semua usaha mereka dapat diselaraskan. Antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi ini ialah Hakham Baruch Kahane, anak kepada Hakham Meir Kahane, pengasas kumpulan radikal dan pengganas yang paling agresif di dalam negara rejim Zionis, iaitu kumpulan “Kach”.
Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama kerajaan rejim Zionis. Pada asal penubuhannya pertubuhan ini kurang mendapat sambutan, sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan dari ramai rakyat rejim.
5. TheTemple Establishment Movement
Di awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum, Kini ianya diketuai oleh Rabbi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajarkan kepada para penjaga Haykal tatacara ibadat di dalam Haykal. Para penjaga Haykal dipilih berdasarkan keturunan mereka.
Mereka juga pada asal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai “Haykal” (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para kohanem (paderi) dan rabbi yang akan berkhidmat di dalam Haykal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan di dalam Haykal dan juga menyusun jadual kerja para kohanem.
6. Machon HaMikdash (Temple Institute)
Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi dalam kota Baitul Maqdis. Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua dalam gerakan Kach pada tahun 70-an, namun pada 1980 beliau telah dikeluarkan dari pertubuhan tersebut kerana mengeluarkan idea yang radikal berkenaan pembinaan semula Haykal.
Dalam Persidangan Haykal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center, Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai persidangan itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya, “Saya bersedia untuk membinanya sekarang!”. Tindakan beliau ini didorong oleh ideanya bahawa Haykal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah.
Manakala Neiman dan Ben Horin merupakan bekas ahli pertubuhan Kach yang aktif, mereka turut mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 commandments), namun ia hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haykal.
Pertubuhan ini mendapatkan dana dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan rejim Zionis dan pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita beragama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan dari Amerika dan Eropah yang bercita-cita untuk menubuhkan Haykal.
7. Hai Ve Kayam (Enduring)
Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah. Di antara penggerak mereka ialah Yehuda Etzion dan sekumpulan ekstremis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin, Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan “Negara Israel” dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adat istiadat “Haykal ketiqa”.
Di antara aktivis mereka yang terkenal ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal mempunyai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara “agama” Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan Masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan “haram” yang didirikan di atas tanah Haykal.
Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan Masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70 an sehingga tahun 90-an. Di antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal adalah dari kalangan tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel dan Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal iaitu “Joseph’s Tomb Yeshiva” di Hebron.

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Terdapat golongan yang menolak tasawwuf secara total bahkan ada yang menghukum ahli sufi secara umum sebagai zindiq, sesat dan sebagainya. Dan ada pula yang menggunakan kalam Imam Syafie sebagai modal untuk menolak tasawwuf tanpa melihat kepada penilaian yang adil (iaitu pujian Imam Syafie kepada tasawwuf). Maka di sini kita bawakan pujian para ulamak salafussoleh terhadap tasawwuf.
1) Imam Abu Hanifah radiyaLlahu 'anhu (wafat 150 H) :
Seorang ahli fikir Hanafi, Al Hasfaki radiyaLlahu 'anhu penulis kitab al Durr al Mukhtar telah mengutip; Bahawa Abu Ali ad Daqqaq radiyaLlahu 'anhu berkata : Saya telah mengambil thariqat ini dari Abu al Qasim an Nasr Abadi radiyaLLahu 'anhu , beliau berkata ; saya mengambilnya dari as Syibili dari as Saqathi dari Ma'ruf al Kharkhi, dari Daud ath Tho'i dan beliau mengambil ilmu sekaligus thariqat dari Imam Abu Hanifah radiyaLlahu 'anhu. Setiap dari mereka memuji dan mengakui keutamaan Imam Abu Hanifah radiyaLlahu 'anhu. Kemudian Imam al Hasfaki berpendapat :
"Sungguh aneh sekali..! Bukankah para pembesar ulama itu sebagai teladanmu? Apakah mereka diragukan pengakuan kebanggaannya ? Sedang mereka adalah para imam Thariqat ini sekaligus tokoh syari'ah (feqah) dan thariqat (tasawwuf), dan tokoh yang datang setelahnya dalam perkara ini adalah para pengikutnya, dan setiap orang yang bertolak belakang dengan apa yang mereka pegang itu ditolak dan dianggap bid'ah.
AbduLlah bin al Mubarak radiyaLlahu 'anhu berkata :
"Tidak seorangpun yang lebih patut menjadi ikutan selain Imam Abu Hanifah kerana beliau sebagai seorang imam yang bertaqwa, bersih, wara', 'alim dan faqih, beliau telah dibukakan kasyaf, faham, kecerdasan dan ketaqwaan yang tidak ada pada orang lain.
Imam nawawi mengatakan kepada seorang yang bercerita kepadanya ;
Aku telah datang dari Imam Abu Hanifah, beliau mengatakan : "Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahawa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah orang-orang sufi"
(Hasyiyah Ibn Abidin m/s 395-396)
2) Imam Malik radiyaLlahu 'anhu (wafat 179H)
Imam Malik berkata :
"Barangsiapa yang memahami feqah tanpa bertasawwuf maka fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami feqah maka zindiq, dan barangsiapa yang telah menghimpun antara keduanya bererti ia telah merealisasikan kebenaran (
Hasyiyah Allamah al Adawi, Sheikh Ali al Adawi jilid 3 m/s 195)
3) Imam Asy Syafie (wafat 204H)
Imam Asy Syafie berkata
" Saya telah suhbah dengan kaum Shufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :
i. Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu.
ii. Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah).
iii. Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran ALlah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.
(Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15)
Berkata Imam Syafi'e lagi :
Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :
a) Tidak berlebih-lebihan (sederhana)
b) Bergaul kepada orang dengan lemah lembut.
c) Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.
(Kasyful Khafa', Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341)
4) Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241H)
Pada awalnya sebelum Imam Ahmad bersuhbah (bersahabat) kepada orang shufi berkata kepada puteranya :
"Wahai puteraku berpeganglah kepada Hadith, jauhilah mereka yang menamakan dirinya sufi, kerana boleh salah satu daripada mereka itu seorang yang bodoh terhadap hukum-hukum agama." Namun ketika beliau terlah bersuhbah dengan Abu Hamzah al Baghdadi as Sufi dan mengetahui keadaan mereka, beliau berkata kepada puteranya : "Wahai puteraku, engkau harus bermujalasah (duduk bersama-sama) dengan kaum sufi, kerana mereka telah menambahkan ilmu, muraqqabah, takut kepada Allah, zuhud dan ketinggian semangat kita"
(Kasyful Khafa', Imam al Ajluni, jld 1, m/s 341)
Telah berkata Imam Muhammad as Safaraini al Hanbali daripada Ibrahim bin AbduLlah al Qalansi ; Bahawa Imam Ahmad telah berkata tentang kaum Sufi ;
"Aku tidak mengetahui orang yang lebih utama daripada mereka (sufi). Lalu ditanyakan; Mereka itu melantunkan nasyid, kemudian saling hanyut diri. Beliau menjawab : "Biarkan mereka bergembira sesaat bersama ALlah subahanahu wa ta'ala".
(Manzumatul Adab, jilid 1 m/s 120)
5) Imam Abu AbduLlah al Harits al Muhasibi (wafat 243H)
Dalam kitab al Wasaya merupakan salah satu kitab induk ahli tasawwuf yang diakui, beliau berkata tentang pengalaman mujahadahnya yang pahit untuk mendapat hak (ALLah) sehingga mendapat petunjuk ke jalan Tasawwuf dan pada tokohnya , :
... Maka ALlah menghubungkanku kepada satu golongan hamba-Nya yang aku dapatkan pada mereka tanda-tanda ketaqwaan, wara' dan pengutamaan kehidupan akhirat atas dunia, seta aku mendapatkan bimbingan dan pesan-pesan mereka yang bersesuaian dengan pendapat para Imam umat...
(Kitab al Wasoya, Imam al Muhasibi, m/s 27-32)
6) Imam al Izz bin Abdus Salam (wafat 660H)
Sultan ulama 'Izzuddin bin Abdus salam berkata :
"Orang-orang sufi itu telah membangun landasan di atas kaedah syariah yang tidak menghancurkan dunia dan akhirat. Sedangkan selain mereka berdiri di atas rusum (zahir sahaja). Peristiwa karomah serta khwariqul adat yang terjadi di tangan mereka dapat dijadikan sebagai dalil kebenarannya. Hal itu, bahagian dari kedekatan ALlah serta redhaNya kepada mereka.
7) Imam an Nawawi (wafat 676H)
Imam an Nawawi berkata dalam kitabnya al Maqasid :
Prinsip asas Thariqat Tasawwuf itu ada lima :
Taqwa kepada Allah di saat sendiri dan bersama orang ramai. Untuk merealisasikan ketaqwaan ini adalah dengan menanamkan sifat wara' dan istiqamah.
Mengikuti sunnah dalam perkataan dan perbuatan. Untuk merealisasikannya dengan menjaga (sunnah) dan berakhlaq mulia.
Berpaling dari makhluk di saat bersama dan berpisah (maksudnya hatinya hanya bergantung kepada Allah dalam susah dan senang). Untuk merealisasikannya dengan menanamkan sabar dan tawakkal.
Redha kepada Allah kepada yang sedikit dan banyak. Untuk merealisasikan redha kepada Allah dengan menanamkan akhlaq qana'ah dan menyerah diri (tafwidh)
Kembali kepada Allah dalam susah dan senang. Dan merealisasikannnya dengan memanjatkan puja dan puji dan syukur kepada Allah apabila mengalami kesenangan dan sabar serta mengadu kepada Allah apabila dalam kesulitan.
(Maqasid al Imam an Nawawi fi at Tauhid wa al Ibadah wa Usul at Tasawwuf m/s 20)
Jangan pelik Ibnu Taimiyyah juga memuji tasawwuf lihat perkataannya (tetapi adakah golongan yang taksub dan taqlid pada Ibnu Taimiyyah menukilkan kalamnya ini?) :
"Orang-orang berselisih mengenai tareqat mereka, ada yang mencela kaum sufi dan tasawwuf, lalu mereka berkata : mereka (kaum sufi) adalah ahli bid'ah dan keluar dari sunnah. Ada juga pandangan yang baik dalam hal ini yang dikutip daripada segolongan Imam atau ulama dan diikuti oleh beberapa ahli feqah dan ilmu kalam. Ada juga sebahagian orang yang berlebihan dalam menganggap mereka sebagai makhluk yang paling mulia setelah para nabi. Dua pihak pertama dan terakhir itu tercela" Beliau menambahkan : Yang benar, "mereka adalah orang yang berjuang atau berijtihad untuk mentaati ALlah sebagaimana orang-orang yang berijtihad dalam mentaati ALlah." Di antara mereka ada yang termasuk dalam sabiqin dan muqorrobin, Ada juga yang hemat (ashabul yamin) dan ada juga yang menzalimi dirinya serta melanggar perintah (berbuat maksiat kepada) Tuhannya. Ia juga berkata : Adapun para salikin (kaum sufi) yang lurus seperti halnya Fudhail bin Iyadh, Ibrahim bin Adham, Abu Sulaiman ad Darani, Ma'ruf bin al Karkhi, Sir As Saqathi, Junaid bin MUhammad al Baghdadi dan para pendahulu (mutaqaddimin) lainnnya dan seumpama Syeikh Abdul Qadir al Jailani, Syeikh Hammad dan Sheikh Bayan daripada Ulama kebelakangan (mutaakhirin).
(Majmu' al Fataawa Ahmad ibn Taimiyah m/s : 516-517)
artikel ini adalah sumbangan http://al-ghari.blogspot.com/2010/03/pujian-ulamak-terhadap-tasawwuf.html