"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Takwilan Salaf 1

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 2:19 AM 2 comments

Artikel ini akan memdedahkan pembohongan wahhabi yang mendakwa golongan salaf tidak melakukan ta'wil.Mereka menggunakan perkataan yang digunakan oleh Ibn al-Taimiyyah dan golongan-golongan yang mengikutnya seperti ungkapan"tidak ada di dalangan ulama salaf yg berbuat,...yg berkata....tidak ada di kalangan umat Islam yg berbuat...yg mendakwa..yg berkata..." begitulah ungkapan yang kononnya adalah "killer code" yang mereka andaikan hujjah mereka dengan menggunakan "killer code: tersebut tidak dapat diketahui oleh umat Islam serta dapat mematikan hujjah-hujjah musuh mereka. Begitulah wahhabi yang berselindung di sebalik tabir mengikut sunnah dan salaf.


Umat Islam yang paling thiqah ialah para salaf al-salih. Mereka adalah ulama yg hidup di kurun-kurun permualaan mengikut kalender Islam. Mereka ini di kenali dengan panggilan salaf yang diakui kebaikkan mereka, dan juga sesiapa yang mengikut metode mereka sampailah kepada kita pada hari ini. Mereka semua menerima dan melakukan ta'wil teks-teks syariah(al-Quran dan al-Hadith) yang memerlukan ta'wil kepada makna yang sebenar yang bersesuaian dengan zat Allah Yang Maha Agung. Mereka telah menta'wil banyak ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan keesaan Allah dan sifatNya. Mereka sepakat mengatakan bahawa zahir ayat-ayat mutasyabihat bukan mengikut makna zahirnya, bersesuaian dengan firman Allah Ta'ala ليس كمثله شئ. Apa yang mereka lakukan bukan sesuatu yang bid'ah, sebaliknya mereka mengikut kehendak Allah di dalam ayat-ayat berikut sebagai bukti;

1. Firman Allah "إنا نسيناكم"(Sesungguhnya kami telah lupakan mereka) dan juga "نسوا الله فنسيهم"(mereka telah lupakan Kami maka Kami pun melupai mereka.) Perkataan النسيان (lupa)di dalam dua ayat tadi secara zahirnya disandarkan kepada Allah Ta'ala. Sungguhpun begitu adakah kita harus kita mengatakan Allah Ta'ala bersifat dengan sifat lupa, atau pun kita berkata lupanya Allah tidak sama dengan lupa makhluk, ini dikiaskan dengan ungkapan "ada bagiNya pendengaran yang tidak sama dengan pendengaran kita, penglihatan yang tidak sama dengan penglihatan kita, sedangkan Allah dengan jelas berfirman وما كان ربك نسيا( dan tidaklah tuhan kamu itu lupa)

Apa yang dimaksudkan dengan kenyataan di atas?


Jawapannya;

Kesilapan ini tidak sewajarnya berlaku, kerana yang dimaksudkan dengan ungkapan "ada baginya pendengaran yang tidak sama dengan pendengaran kita" ialah kita menetapkan sifat mendengar kepada zat Allah dan dalam masa yang sama kita menafikan Allah mendengar dengan alat pendengaran iaitu telinga. Jadi, konsep bagaimana Allah mendengar, kita serahkan sepenuhnya kepada Allah. Dmikian juga dengan sifat melihat dan sifat-sifat Allah yang lain. Berlainan dengan lupa, lupa bukanlah sifat Allah kerana ia adalah sifat kekurangan, dan sifat kekurangan tidak selayaknya dinisbahkan kepada Allah sama sekali. Maka sifat lupa tidak boleh dikiaskan dengan sifat mendengar dan melihat.

2. Daripada Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman di dalam hadis al-Qudsi:"Wahai anak Adam, aku sakit engkau tidak ziarah,anak Adam bertanya:"Ya Rabb bagaimana hamba hendak menziarahiMu sedangkan Engkau adalah tuhan sekelian alam". Allah menjawab:" Adakah engkau tidak mengetahui, hambaku sifulan telah sakit tapi engkau tidak menziarahinya, adakah engakau tidak mengetahui, kalau engkau menziarahinya, sudah pasti engkau akan daptiKu di sisinya.(Muslim 2596, Bukhari 517, Ibn Hibban 269)

Al-Imam al-Nawawi berkata: "Para ulama berpendapat, dinisbahkan sakit di dalam hadis di atas kepada Allah, kerana kemuliaan dan kehampiran sihamba tersebut kepadaNya.Yang dimaksudkan dengan " engkau akan daptiKu di sisinya" ialah "engkau akan dapati pahala dan kemuliaanKu. Maka kkesimpulannya, tidak harus kita sandarkan sifat sakit kepada Allah sama sekali sekalipun zahir hadis menunjukkan perkara tersebut, kerana perkara tersebut menyalahi akidah.

Kita lihat lagi generasi salaf al-saleh yang hidup di kurun pertama seperti Saidina 'Abdullah bin 'Abbas yang mendapat doa Rasulullah s.a.w. اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل. Beliau sendiri telah melakukan ta'wil di dalam masalah sifat, di antaranya;

3. Ayat 51, surah al-"Araf, firman Allah فاليوم ننساهم كما نسوا لقاءيومهم هذا ’Maksudnya: "pada hari ini kami lupakan mereka sepertimana mereka lupa pada hari pertemuan ini" Mengikut Ibn 'Abbas perkataan lupa di dalam ayat ini bermakna meninggalkan. Jadi ertinya "pada hari kiamat kami tinggalkan mereka di dalam azab". Imam al-Tabari telah merekodkan fakta di atas di dalam tafsirnya dan mengatakan ta'wil seperti ini adalah daripada Ibn 'Abbas dan Mujahid.(Tafsir Tabari, j.5 8/201)

4. Firman Allah di dalam surah al-Qalam, ayat 41 يوم يكشف عن ساق. Yang dimaksudkan dengan kalimah ساق di sini bukanlah betis Allah. Kita dapati Ibn 'Abbas menta'wilkan perkataan ساق dengan peristiwa yang amat dasyat dan hebat, ta'wilan seperti ini dibuat juga oleh sahabat yang lain dan juga para tabi'in seperti Mujahid, Said bin Jubair, Qatadah dan lain-lain.(Fath al-Bari 13/428, Tafsir al-Tabari 29/38.

5. Di dalam surah al-Dhariyyat ayat 47 Allah berfirman والسماء بنيناها بأيد وإنا لموسعون Maksudnya: dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.Mengikut Ibn 'Abbas بأيد ialah القوة (kekuasaan atau kekuatan)(Tafsir al-Tabari 7/27). Lafaz أيد diertikan dengan berbagi pengertian di antaranya kekuasaan, limpahan anugeran dan anugerah nikmat.
6. Firman Allah di dalam surah al-Fajr ayat 22 وجاء ربك Maksudnya: Telah datang tuhan engkau"
Mengikut Imam Ahmad bin Hanbal maksud ayat ini ialah جاء ثوابه telah datang ganjaranNya
Ibn Kathir mengulas, Imam Ahmad dengan pandangannya ini telah menafikan tasybih dan meninggalkan perbahasan mendalam di dalam masalah ini, sebaliknya beliau berpegang dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta apa yang beliau dapatinya daripada para sahabat.(al-Bidayah wa al-Nihayah 10/327)

7. Imam Bukhari telah menta'wilkan الضحك(ketawa) dengan makna الرحمة (rahmat)di dalam hadis: يضحك الله من الرجلين يقتل أحدهما الآخر يدخلان الجنة.

Cukuplah dengan tujuh bukti di atas sebagai hujah mengatakan para salaf al-soleh melakukan ta'wil terhadap ayat-ayat mutasyabihat. Imam Ibn Kathir membuat ulasan:" mazhab salaf al-soleh di dalam situasi begini menerima ayat mutasyabihat tanpa meletakkan sebarang تكييف , تشبيه dan تعطيل serta sebarang bentuk yang terlintas di pemikiran golongan mutasyabbhin. ليس كمثله شئ وهو السميع البصير Maksudnya: tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Read More..
Category : edit post

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari