Pengaruh YAHUDI dalam Industri Hiburan
Penulis ingin menghuraikan berkenaan komposer terkenal iaitu Wes Penre dalam membongkar agenda gerakan sulit Yahudi iaitu ILLUMINATI dalam dunia hiburan di Amerika, Hollywood. Wes Penre pernah diberi liputan dalam beberapa akhbar utama tempatan dahulu kala tetapi tidak meluas, dan mungkin ada dikalangan anda yang sudah mengetahui hal ini.
Siapakah Wes Penre? Peminat-peminat muzik mungkin tidak mengenalinya tetapi dialah salah seorang individu penting dalam membangkitkan zaman Rock dan Heavy Metal tahun 1980-an dan 1990-an dahulu di Amerika Syarikat. Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya seperti Rolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.
Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.
Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.
Selepas berkahwin pada 1988, Wes Penre mula mendapatkan sebuah komputer dengan kelengkapan internet. Pada ketika itu, komputer agak mahal kemampuan pencapaian internet tidak sebaik zaman sekarang.
Hasil ketekunannya membuat kajian mendapati bahawa industri muzik di Amerika Syarikat di kawal sepenuhnya oleh suatu kelompok Yahudi ekstremis. Kelompok ini ialah gerakan sulit Illuminati yang sudah bertapak di bumi sejak 1770-an lagi. Kajiannya juga dibantu oleh beberapa artis-artis lain yang mengetahui rahsia disebalik industri hiburan Amerika, banyak maklumat yang diperolehinya. Pada awal tahun 2000, Penre tekad meninggalkan bidang hiburan dan sekarang ini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang penulisan dan kerja-kerja dakwah agama Kristian. Namun itu bukanlah bermakna dia tidak mengambil tahu langsung perkembangan muzik-muzik masa kini, katanya….
“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”
Katanya lagi,
“……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily - but with a new insight …”
Lihatlah, bekas komposer rock terkenal pun sudah insaf, tambahan Penre bukanlah beragama Islam. Jadi dimanakah hala tuju anak-anak muda Islam di Malaysia, mahupun yang belajar di universiti, adakah mereka sedar bahawa mereka cumalah hamba-hamba orang Yahudi sahaja sekarang ini.
Pembongkaran Gerakan Illuminati Dalam Bidang Muzik
Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;
* Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government.
* Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi Syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.
* Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.
* Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel.
* Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis.
Imam al-Shafie (lahir 150H dan wafat 204H) merupakan tokoh yang terus disanjung sehingga kini. Keilmuwan yang membaluti dirinya dikagumi kawan dan lawan. Beliau yang merupakan antara ulama salaf ulung memiliki segala ramuan sebagai penafsir al-Quran dan ilmunya, perawi, penegak dan pensyarah kepada hadith dan ilmunya, bahkan seorang yang amat faqih samada dalam persoalan usul fiqh atau cabangnya, dan memiliki segala keupayaan menjadi hujjah dalam bidang bahasa Arab. Hasilnya, aliran pemikirannya tersebar meluas ke segenap pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Hebatnya Mazhab al-Shafi’I adalah kerana ikatan kukuhnya dengan al-Quran dan al-hadith.
Lantaran itu, ramai yang memperkatakan mengenai cara pemikiran al-Imam al-Shafi’i Rahimahullah. Namun mereka merujuk kitab-kitab yang bukan penulisan Imam al- Shafi’i. Akibatnya banyak pandangan disandarkan dengan nama Imam al-Shafi’i walhal bukan beliau yang memperkatakannya. Fenomena ini disebut oleh ulama-ulama Islam sebagai ‘al-taqawwul ‘ala al-imam’ iaitu menyandarkan kata-kata yang bukan pandangan Imam.
Dalam disiplin ilmu Shariah, pengkaji mesti mengkaji pandangan seseorang penulis daripada teks penulis itu sendiri. Menukilkan pandangan seseorang dari kitab tulisan orang lain belum menunjukkan kebenaran dan kesahan nas yang dinukilkan. Lebih-lebih lagi sekiranya Syariah dipelajari hanya secara pembacaan dan bukan secara pengajian berguru, atau dibaca secara bahasa Arab sahaja, dan bukan dibaca secara fiqh yang penuh dengan terminologinya dan saling menghormati ulama.
Adalah amat malang, apabila berdepan dengan isu-isu khilafiyyah, sesetengah penulisan di Malaysia mengketengahkan Imam al- Shafi’i sebagai seorang yang terlalu taksub dan bahkan mungkin sampai menyesatkan pandangan orang-orang yang bersalahan dengannya. Bahkan ada seminar-seminar dan bengkel oleh pihak swasta (bukan jabatan Agama) yang menonjolkan Imam al-Shafi’i dalam rupa sedemikian.
Ia amat berbeza dengan metod pengajian Syariah yang penulis lalui di institusi pengajian tinggi di Timur Tengah (Jordan). Kebanyakkan perbezaan pandangan ulama termasuk dalam persoalan ibadah diperhalusi secara harmoni. Tidak timbul isu sesat-menyesat, bid’ah membid’ah di kalangan pengikut empat mazhab. Persoalan empat mazhab telah diungkai supaya lahir toleransi beramal. Bahkan amat dirisaukan apabila telah lahir aliran yang hanya mengatakan mazhabnya sahaja benar, dan selainnya adalah sesat termasuk sesatnya amalan majoriti masyarakat Malaysia.
Kerapkali pandangan-pandangan tersebut memetik kata-kata al-Imam al-Shafi’i samada dari kitab beliau, mahupun dari nukilan-nukilan ulama-ulama berkaitan metod al-Shafi’i, antaranya:
“Manakala apa-apa yang diterangkan oleh sunnah, tidak ada hujah pada sesiapapun yang bertentangan dengan sunnah”. (al-Risalah. Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah, hal. 576).
“Hadith itu mazhabku, maka apa-apa yang menyalahinya, maka campakkanlah ianya ke dinding”. (Al-Shatibi, Ibrahim Musa Muhammad al-Gharnati ( 2000). al-I’tisam. Beirut: Dar al-Ma’rifah, hal. 582).
Namun, nukilan-nukilan tersebut, seharusnya dilihat secara menyeluruh. Pembaca seharusnya melihat juga bagaimana konteks ayat-ayat tersebut diucapkan. Sesuatu ayat akan dapat difahami dengan lebih teliti melalui pemahaman terhadap mafhum keseluruhan perenggan atau bab yang diperkatakan.
Berdasarkan pengenalan di atas, penulis mengemukakan dua andaian iaitu
i. Pertama, andaian bahawa bahawa sememangnya Imam al- Shafi’i berhujah dalam sesuatu masalah dan sekiranya beliau mentarjih (menguatkan pandangannya), maka beliau menolak bahkan mencerca (ta’an) pandangan yang berlawanan sebagai sesat dan tertolak dari hidayah al-Quran dan sunnah.
ii. Kedua, andaian bahawa Imam al-Shafi’i berhujah mengenai sesuatu masalah dan memperkuatkan pandangannya, namun beliau menghormati pandangan pihak berlawanan tanpa menyesatkan atau mengharamkannya.
Cara Imam al-Shafi’i pada perkara khilaf
Rujukan terbaik dalam mendalami cara Imam al-Shafi’i Rahimahullah memperincikan perkara al-ikhtilaf (الاختلاف) ialah melalui kitabnya al-Risalah. Secara umumnya, beliau membahagikan masalah al-ikhtilaf kepada dua bahagian iaitu (al-Risalah, Hal. 560):
1. Ikhtilaf yang haram
2. Ikhtilaf yang tidak haram (harus).
Pembahagian ini dapat difahami melalui kata-kata Imam al-Shafi’I yang bererti:
Bab al-Ikhtilaf (perselisihan pandangan). Berkata: Sesungguhnya aku dapati ulama-ulama dulu dan sekarang berselisih pandangan (ikhtilaf) pada sesetengah urusan mereka. Maka adakah boleh (harus) yang demikian itu? Berkata (Imam Shafi’i) kepadanya: al-Ikhtilaf itu ada dua bentuk, pertamanya ikhtilaf yang haram (al-ikhtilaf al-muharram), aku tidak mengatakan demikian (haram) pada bentuk yang satu lagi (ikhtilaf yang kedua).
Ikhtilaf yang haram (al-ikhtilaf al-muharram).
Ikhtilaf yang haram ialah ikhtilaf pada perkara-perkara yang Allah SWT mendirikan hujah-hujah dalam al-Quran, hujah melalui lidah nabinya dengan keterangan yang nyata (bayyin). Menurut beliau lagi adalah tidak boleh untuk orang-orang yang mengetahuinya berselisih pandangan pada perkara tersebut.
Petikan dibawah menjelaskan pandangan Imam al-Shafi’i Rahimahullah yang bererti:
“Berkata: Apakah ikhtilaf yang haram? Aku berkata: Setiap yang Allah datangkan padanya hujjah dalam kitab-Nya, atau melalui lidah Nabinya dengan keterangan yang nyata, maka tidak halal ikhtilaf padanya terhadap sesiapa yang mengetahuinya”.
Imam al- Shafi’i berpegang kepada dalil-dalil berikut apabila memperkatakan ikhtilaf yang haram:
i. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Bayyinah, ayat 4 yang bermaksud
Bermaksud: Dan tidaklah berpecah orang-orang yang diberikan al-kitab kecuali setelah didatangkan kepada mereka keterangan.
ii. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 105:
Bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti mereka yang berpecah dan berselisih setelah mana keterangan (nas-nas) datang kepada mereka, dan untuk mereka azab yang maha pedih.
Ayat di atas dengan jelas menyatakan tabiat umat terdahulu yang berselisih pandangan dan berpecah walaupun telah sampai kepada mereka keterangan dan penjelasan. Justeru, ikhtilaf pada perkara yang mempunyai nas yang nyata adalah haram.
Ikhtilaf yang harus
Ikhtilaf pada nusus yang terbuka untuk ta`wil, dan boleh difahami secara qiyas. Pada ketika itu, al-muta`awwil (orang yang menta`wil) dan al-qayis (orang yang mengqiyas) berpegang kepada pengertian yang dalam lingkungan makna nas, atau qiyas, walaupun berbeza dengan pandangan pihak lain. (Imam al-Shafi’i dalam Al-Risalah, hal. 560) bermaksud::
“Dan apa-apa daripada itu yang boleh dita`wilkan dan difahami melalui qiyas, lantas orang yang menta`wil atau pengqiyas berpegang kepada makna yang dalam lingkungan pengertian khabar (nas tersebut) atau secara qiyas; sekiranya orang lain berbeza pandangan dengannya mengenainya:- Aku tidak katakan bahawa disempitkan ke atasnya kesempitan khilaf pada perkara yang telah dinaskan”.
Isu-isu dari kenyataan Imam al-Shafi’i.
Apakah yang dimaksudkan oleh kata-kata Imam al-Shafi’i apabila melarang khilaf pada perkara yang ‘diturunkan wahyu secara terang’ (mansusan bayyinan)? ‘Nas bayyin’ dalam penggunaan al-fiqh dan usul al-fiqh boleh membawa beberapa makna, antaranya ialah nas yang qat’i samada dilalah (makna) dan wurud (penurunan); atau nas yang qat’i pada dilalah, namun dzanni pada wurud; atau nas yang dzanni pada dilalah, namun qat’i pada wurud; atau nas yang dzanni samada dilalah mahupun wurud.
Oleh itu kata-kata Imam al-Shafi’i dalam mukaddimah Bab al-Ikhtilaf ini masih boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Lantas ada pentafsir yang dengan mudah (tanpa ilmiah) menyandarkannya pentafsiran mereka kepada Imam al-Shafi’i Rahimahullah.
Namun, adakah Imam al-Shafi’i bermaksud dengan kata-katanya ‘nass bayyin’ (nas yang nyata) itu ialah nas yang qat’i dari sudut makna dan kesahan penurunannya sahaja? Atau adakah ia meliputi nas-nas yang dzanni?
Sebenarnya Imam al-Shafi’i (al-Risalah, Hal. 561) telah mendatangkan contoh-contoh pandangan beliau mengenai terhadap perkara-perkara yang harus berlaku khilaf. Dalam kitab beliau al-Risalah ada disebut yang bermaksud (Hal. 561):
“Berkata (kepada Imam al-Shafi’i): Maka datangkan kepadaku sebahagian contoh sesuatu perselisihan sesiapa yang diriwayatkan kata-katanya dari golongan salaf, yang mana terdapat nas hukum dari Allah yang terbuka untuk ta`wil, maka adakah ada penerangan (dilalah) yang menujukkan kebenaran padanya?
Aku berkata: Sedikit apabila mereka berselisih, kecuali kita akan dapati padanya (pada perkara khilaf) keterangan - pada pandangan kami- dari kitabullah dan sunnah rasul-Nya, atau qiyas ke atas keduanya, atau qiyas ke atas salah satu darinya”.
Contoh-contoh yang didatangkan oleh beliau di dalam al-Risalah ialah pengertian al-quru`, ‘iddah (tempoh menahan diri dari berkahwin) bagi wanita kematian suami yang hamil, masalah al-ila` (sumpah untuk tidak menyetubuhi isteri selama empat bulan) dan beberapa masalah harta pusaka. Beliau juga menghuraikan topik-topik fiqh yang khilaf bermula dengan bab bersuci, ibadah dan lain-lainya dalam kitab al-Umm.
Penulisan ini menganalisis bentuk penghujahan tersebut untuk melihat manhaj beliau berkaitan dengan perkara khilaf. Disebabkan ruang yang terhad, penulisan ini hanya mengambil satu contoh jelas yang digunakan oleh Imam al-Shafi’i iaitu syarahnya mengenai tempoh ‘iddah bagi wanita hamil yang kematian suami.Contoh isu khilaf huraian Imam al-Shafi’i: Masalah ‘iddah untuk wanita hamil yang kematian suami.
Imam al- Shafi’i memberi contoh isu khilafiyyah yang diharuskan iaitu masalah ‘iddah wanita hamil yang kematian suami. Ia adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 228 yang bermaksud:
Wanita-wanita yang ditalakkan hendaklah menahan diri (menunggu) selama tiga quru`.
Demikian juga firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq, ayat 4 yang bermaksud
“Dan wanita-wanita yang tidak haid lagi (putus asa) di antara wanita-wanita kamu, jika kamu ragu-ragu (tentang masa ‘iddahnya) maka ‘iddah mereka adalah tiga bulan ; dan begitu (pula) wanita-wanita yang tidak haid. Dan wanita-wanita yang hamil, waktu ‘iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah , Ia menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 234 yang bermaksud:
“Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menahan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari”.
Berdasarkan dalil-dalil di atas, para sahabat berselisih pandangan berkaitan ‘iddah wanita hamil yang kematian suami seperti di bawah ini:
i. Pandangan sebahagian para sahabat mengatakan bahawa ‘iddah wanita hamil ialah melahirkan kandungan, manakala ‘iddah wanita kematian suami ialah empat bulan sepuluh hari. Maka wanita hamil yang kematian suami hendaklah ber’iddah empat bulan sepuluh hari, dan sehingga melahirkan kandungannya; iaitu sehingga selesai kedua-dua ‘iddah, kerana melahirkan kandungan tidak dinyatakan sebagai tamatnya ‘iddah kecuali pada talak sahaja.
ii. Pandangan sebahagian sahabat iaitu sekiranya wanita hamil kematian suami melahirkan kandungannya, maka dia halal (bebas dari ikatan perkahwinan), walaupun suami masih berada di atas katil (baru kematian).
Imam al-Shafi’i mengatakan (Al-Risalah, hal. 576) yang bermaksud: Adalah ayat tersebut membawa dua makna sekaligus. Dan adalah yang paling sesuai dengan lojik yang nyata ialah (melahirkan) kandungan menandakan tamatnya ‘iddah.
Pandangan ini diperkuatkan oleh sunnah yang menjelaskan bahawa melahirkan kandungan merupakan akhir al-‘iddah pada wanita hamil yang kematian suami sebagaimana dalam hadith (Al-Risalah, hal. 576) yang bermaksud:
Sufyan telah mengkhabarkan kepada kami, dari al-Zuhri, dari ‘ubaidullah bin Abdillah dari bapanya: Sesungguhnya Subay’ah al-Aslamiah telah melahirkan kandungannya selepas wafatnya suaminya beberapa malam lepas. Dan dia telah dikunjungi oleh Abu al-Sanabil bin Ba’kak, lantas berkata (Abu al-Sanabil): Kamu telah bersiap untuk berkahwin! Sesungguhnya (‘iddah kamu) empat bulan sepuluh hari! Dan Subay’ah telah bertanya (perkara tersebut dengan) Rasulullah? Dan baginda bersabda: Telah dusta Abu al-Sanabil, atau: Bukan sepertimana yang dinyatakan oleh Abu al-Sanabil, sesungguhnya kamu telah halal, maka berkahwinlah.
Kemudian Imam al- Shafi’i mengatakan secara tegas: “Manakala apa-apa yang diterangkan oleh sunnah, tidak ada hujah pada sesiapapun yang bertentangan dengan sunnah”.
Walaupun tegas cara pembelaan Imam al-Shafi’I terhadap pandangannya, namun beliau masih mengkelaskan isu tersebut sebagai harus berlaku khilaf dan bukan sesuatu yang bid’ah atau sesat.
i. Pandangan pertama iaitu wanita hamil yang kematian suami hendaklah ber’iddah dengan dua ‘iddah iaitu empat bulan sepuluh hari, dan sehingga melahirkan kandungannya.
Pandangan ini berpegang kepada kedua-dua ayat al-Quran di atas yang tarafnya ialah qat’i dari sudut wurud (penurunannya) tetapi dzanni pada maknanya kepada perkara tersebut (dzanni yah al-dilalah) iaitu penafsirannya berbeza di kalangan ulama.
ii. Pandangan kedua iaitu wanita hamil kematian suami adalah lepas dari ‘iddah apabila melahirkan kandungannya. Wanita itu menjadi halal (bebas dari ikatan perkahwinan) walaupun baru kematian suaminya.
Padangan ini juga berpegang kepada tafsiran dua ayat di atas yang sudah pasti penurunannya adalah qat’i namun pengertian adalah dzanni kerana boleh ditafsirkan kepada beberapa tafsiran.
Demikian juga hadith tersebut adalah hadith sahih namun masih dikategorikan dalam golongan dzanni. Penerangan hadith tersebut adalah berbentuk nyata (qat’i) mengenai tamat ‘iddah wanita hamil yang kematian suami apabila melahirkan kandungannya.
Kesimpulan
Daripada kes yang dibentangkan oleh Imam al-Shafi’i, dapat difahami bahawa penghujahan dalam menentukan tempoh ‘iddah wanita hamil yang kematian suami ini menunjukkan bahawa pandangan pertama yang berpegang kepada dua-dua ‘iddah untuk wanita tersebut, berpegang kepada hujah yang dzanni.
Sebaliknya, hujah pandangan kedua berpegang kepada tafsiran dua ayat di atas adalah juga dzanniyyah al-dilalah. Namun ia juga berdasarkan hadith sahih yang dinyatakan di atas dan maknanya bertaraf qat’iyah al-dilalah. Bahkan Imam al- Shafi’i menunjukkan kuatnya penghujahan pandangan kedua dengan kata-katanya yang bermaksud: Manakala apa-apa yang diterangkan oleh sunnah, tidak ada hujah pada sesiapapun yang bertentangan sunnah dengan pandangannya.
Walaupun begitu, Imam al-Shafi’i masih mengklafikasikan perbezaan pandangan tersebut masih dalam lingkungan khilaf yang harus. Demikian juga perbahasan di dalam al-Umm samada dalam bab bersuci, ibadah atau lainnya, menggunakan metod yang sama.
Oleh itu andaian pertama penulisan ini adalah tidak tepat. Justeru adalah tidak tepat mengatakan bahawa Imam al- Shafi’i berhujah dalam sesuatu masalah dan sekiranya beliau mentarjih, maka beliau menolak bahkan mencerca (ta’an) pandangan yang berlawanan sebagai haram, sesat dan tertolak dari hidayah al-Quran dan sunnah.
Sebaliknya andaian kedua adalah tepat iaitu beliau berhujah mengenai sesuatu masalah dan mentarjihkannya, namun beliau menghormati pandangan pihak berlawanan tanpa menyesatkan atau mengharamkannya.
Berdasarkan perbincangan dan analisis tersebut, penulisan ini merumuskan bahawa:
i. Perbezaan pandangan yang bersumberkan hujah-hujah dilalah dzanniyyah telah berlaku di zaman sahabat.
ii. Imam al-Shafi’i menjelaskan perkara-perkara khilaf yang diharuskan, walaupun perkara yang dilihat oleh pihak yang berlawanan sebagai mempunyai dalil yang amat jelas.
iii. Tidak taksub dalam mentarjihkan sesuatu pandangan. Sebagai contoh apabila beliau mengatakan dalil sunnah yang kuat pada pandangan mengenai ‘iddah wanita hamil yang kematian suami ialah melahirkan kandungan, beliau masih mengklasifikasikannya sebagai perkara yang harus berlaku kekhilafan.
iv. Imam al-Shafi’i tidak menggunakan istilah cercaan (ta’an) berbentuk bid’ah, sesat atau haram terhadap pandangan yang berbeza dengannya. Atas dasar itu, kita tidak akan menjumpai Imam al-Shafi’i membid’ahkan dan menyesatkan orang-orang yang tidak membaca kuat bismillah pada fatihah, membaca qunut pada solat subuh, berzikir kuat dan selainnya. Sebaliknya aliran baru yang wujud, menyesatkan sesiapa yang membaca bismillah secara lantang dalam fatihah, qunut dan sebagainya.
Pada pandangan penulis, manhaj Imam Besar ini mempunyai metod yang amat rapi iaitu menghuraikan perkara yang tidak boleh dikhilafkan dan yang boleh dikhilafkan. Beliau tidak membiarkan sahaja pembahagian ini untuk ditafsirkan oleh orang-orang kemudiannya, bahkan mendatangkan contoh-contoh bagi memperjelaskan lagi metodnya itu.
Selepas itu, beliau mendatangkan hujah dan menjawab hujah. Beliau sebagai seorang yang bertaraf mujtahid kemudiannya mentarjihkan sesuatu masalah dengan disokong oleh dalil-dalil yang dianggap kuat. Walaupun begitu, beliau masih mengatakan harus ikhtilaf pada perkara tersebut. Maka itulah manhaj Imam al-Shafi’i (bahkan manhaj kebanyakan ulama-ulama mu’tabar) yang penuh keterbukaan dan kelihatan masih releven dalam perdebatan ilmu sehingga hari ini yang jauh dari segala ketaksuban. Wallahu a’lam.
Penulis ialah Dr Asmadi Mohamed Naim, Pensyarah Kanan, Bidang Syariah dan Kewangan Islam, Fakulti Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia
http://drasmadinet.blogspot.com/2008/05/metod-al-imam-al-shafii-dalam-isu-isu.html