"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."

Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"

Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."

Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."

Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini."

Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.

"Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."

Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

"Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah."

Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku denganmu."

Sebaik saja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."

Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"

Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."

Read More..
Category : edit post

SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 4:01 AM 0 comments

SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH Reproduced from a booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM)

Oleh: Muhammad 'Uthman El-Muhammady

PENDAHULUAN

TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat beberapa
pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan - hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi. Dalam nota ringkas ini in sha'Allah akan ditelitikan sedikit sebanyak perkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalam perkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian ini berhubungan dengan identiti umat ini. Moga-moga ini mendatangkan faedah bersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walau bagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.

Bab I

SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu "jamaah" dan "firqah" dengan pluralnya "firaq". Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu: Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan". Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka yang dikatakan "umatku" itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkan dalam bidang furu' dan 'amaliyat. Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda salla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabda Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jama'ah". Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah "jama'ah". Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai. Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah". Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah "al-Jama'ah". Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat). Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu, katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, "Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita". Lalu Hudhaifah bertanya, "Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?". Jawab Baginda: "Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu". Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka. Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang menyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan daripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda: Maksudnya: "Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu". Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu. Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda: Maksudnya: "Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan). Mereka bertanya Baginda, "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?". Jawab Baginda, "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)". Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama'ah". "Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, Abu Sa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu. Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidin radiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat, yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan. Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum Qadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini

Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan kaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengan kecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij.

Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirian yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu' tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh. Pada pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanya mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yang benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itu tidak membawa kepada kesesatan. Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id, bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab Ru'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah Wa ' I-Jama'ah bersepakat. Yang tidak bersepakat dengan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah ialah golongan Ahlu'I-Ahwa'ad-Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripada Qadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah dan Mushabbihah, dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat. Ringkasnya, mengikut beliau bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golongan yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yang berikhtilaf dalam bidang furu' fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu'd-din. Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, 14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) ". Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih. Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: "Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda "(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku". Hadith gharib.

Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W., maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selam ' at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda: Maksudnya: "Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu". Hadith hasan sahih. Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan para Khulafa' a]-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.

Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari 'Irbad bin Sariyah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas daripada Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya: Maksudnya: "Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan".

Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran. Yang ditekankan dalam hadith ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa' al-Rashidin. Berkenaan dengan konsep Khulafa' alRashidin, dikatakan oleh pentahkiknya bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa'al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin Muslimin (min a'immat'ul-Islam). Kata beliau lagi: Mereka itu adalah para khalifah bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar. Penafsiran demikian ini nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang menyebutkan para khulafa' sebagai mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W. Maksudnya: "Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku. Baginda ditanya: Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?. Mereka yang menghidupkan Sunnahku............... (Hadith riwayat dari al-Hassan) 18

Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga riwayat daripada al-'lrbad bin Sariyah radiya'Llabu 'anhu bahawa Baginda bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya: Maksudnya: "Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang ('yang putih' (al-baida') yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya. Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya. Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa'al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah). Hendaklah kamu berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi. Sesungguhnya seseorang Mu'min itu adalah seperti unta yang dicucuk hidungnya (iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana ia dibawa, ia mengikut (iaitu orang Mu'min yang tidak takabbur dan merendah diri itu mengikut peraturan Syara'di mana ia dibawa". Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. dan perjalanan Khulafa'al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya. Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang dituntut oleh Syara'. Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang mu'min itu mengikuti Sunnah Nabi S.A.W., Sunnah Khulafa'al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas ini. Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan para ulama' kita yang mu'tabar. Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang terdiri dari al-Yahud wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut "golongan" itu ialah antaranya "firqah" jamak "firaq", "millah", tapi tidak disebut jamaknya; yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya. Orang yang terseleweng daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu, atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya' 20 Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya. Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang sistem keilmuannya dihuraikan kemudiannya.

Bab II

Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang kemudiannya membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, menasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu. Antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq baina'l-Firaqnya. 21 Dinyatakan oleh bellau bahawa pada masa wafat Baginda S.A.W. (iaitu pada tahun 10 hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan. Perkara khilaf yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda S.A.W. Akhimya mereka yang menyangka Baginda tidak mati tetapi diangkat oleh Allah sebagaimana Sayyiduna 'Isa A.S. bersetuju Baginda memang wafat bila Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu membaca ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati',.22 +

Beliau juga berkata kepada mereka, "Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka la Maha Hidup dan tidak mati". Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda S.A.W. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadith daripada Nabi S.A.W. yang bermabsud: "Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat".,,3 Maka Baginda dikebumikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada Sa'd bin 'Ubadah; kemudian pibak Quraish menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan orang-orang Quraish berdasarkan kepada hadith yang bermaksud, "Imam-imam hendaklahdari kalangan orang-orang Quraish". Ikhtilaf berkenaan dengan Imamah ini berterusan sampailah ke zaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dan boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan Muslimin. Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadak, akhimya diselesaikan dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadith yang berinaksud: "Sesungguhnya para anbiya' tidak dipusakai,,.25 Lepas itu timbul masalah tentang mereka yang tidak mahu menunaikan zakat, lepas itu mereka bersetuju dengan keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi. Lepas itu mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah bila ia mengaku menjadi nabi dan murtad daripada agama Islam. Selepas ia lari ke Syam, kemudian kembali dalam zaman Umar kepada agama Islam, ia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand. Kemudian Musliniin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta alAswad bin Zaid'ansi. Lepas itu mereka sibuk dengan membunuh mereka yang lain yang murtad keluar daripada agama Islam. Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan kerajaan Rom Timur dan juga kerajaan Farsi, dan Allah membuka negeri-negeri untuk mereka. Pada masa itu mereka berperang berdasarkan pegangan yang satu tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid, al-Wa'd, al-Wa'id, dan lain-lain hal dalam usulu'd-din.

Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa, demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan di kalangan mereka. Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu 'anhum ajma'in. Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan 'Uthman bin 'Affan dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman alBaghdadi, dan boleh kita katakan sampai abad kita ini.

Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan 'Ali bin Abi Talib radiya'Llahu 'anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan alJamal, juga tentang kedudukan Mu'awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin, serta dua orang hakam iaitu Abu Musa al-Ash'ari dan 'Amru bin al-'As; ikhtilaf yang melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita sekarang boleh mengatakan ianya kekal sampai hari ini. Kemudian dalam zaman muta'akhkhirin dari kalangan para Sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita'ah atau ikhtiar makhluk, yang datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi, serta Ja'd bin Darham. Mereka yang muta'akhkhirin di kalangan para Sahabat bebas daripada perkara itu semua, seperti 'Abdullah bin 'Amr, Jabir bin 'Abdullah, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, Anas bin Malik, 'Abdullah bin Abi Aufa, 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yang semasa dengan mereka itu.26 Mereka ini mewasiatkan orang ramai supayajangan memberi salam kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu. Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain lagi. Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dengan Wasil bin 'Ata' dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi bertambah pula dengan timbulnya bid'ah daripada 'Amru bin 'Ubald bin Bab yang keduanya disingkir oleh alHasan daripada majlisnya, Ialu mereka berdua meninggalkanjamaah di Masjid Basrah. Keduanya itu dan para pengikutnya dipanggil Mu'tazilah kerana mereka itu memisahkan diri daripada pegangan ummat di mana mereka mendakwakan bahawa orang fasiq dari kalangan Muslimin tidak Mu'min dan juga tidak kafir.27 Adapun golongan Rawafid maka cawangan yang dipanggil al-Sababiyah di kalangan mereka menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman 'Ali bin Abi Talib lagi. Mereka itu dihukum oleh 'Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid'ahnya. Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat 'Ali radiya'Llahu 'anhu sebagai Tuhan. Selepas zaman 'Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan Ghulat(pelampau). Golongan Zaidiyah pula menjadi berpuaK-puaK,, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bernama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya. Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluarnya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik. Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain. Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah,'Ammariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi,Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang 'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah. Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imam-imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah, Shu'aibiyah, Ma'lumiyah, Majhuliyah, Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah. Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam). Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam.

Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah,Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah,Kalblyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.29 Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28- Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Zlyah, 'uga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya. Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid,yang kuat di kalangan mereka ialah tiga iaitu Jarudiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluamya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik. Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang lain. Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah, Shumaitiyah, 'Animariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisham bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang 'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah. Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imamimam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya. Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdiyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimlyah, Shu'aibiyah, Ma'lun-iiyah, Majhuliyah,Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan menjadi Hafsiyah, Harithiyah, Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah. Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam). Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu dinisbahkan kepada golongan Islam. Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang men-iisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalbiyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himarlyah.29 Golongan Murji'ah ada tiga cawangan; satunya mereka yang murji'ah beriman dan berpegang kepada Qadar mengikut Mazhab Qadar'yah, maka dengan itu mereka terbilang di kalangad golongan Qadariyab; keduanya Murji'ah seperti Abu Shimr al-Murji'i dan Muhammad Shabib al-Basri al~Khalidi. Satu golongan lagi ialah mereka yang beraliran Murj "ah, beriman dan cenderung kepada ajaran Jahm dalam bab amalan-amalan, maka mereka itu daripada golongan Jahmiyah dan Murji'ah. Satu golongan lagi ialah golongan Murjl'ah 'dak cenderung kepada aliran yang lain. Mereka 'alah golongan- yang ti golongan Yunsiyah, Ghassaniyah, Thaubianiyah, Tuminiyah dan Muralsiyah. Adapun golongan Najjariyah pada zaman Baghdadi mereka berada di Rayy, mereka terdiri daripada sepuluh golongan leblh;mereka ini kembali kepada asal tiga golongan iaitu Burghuniyah, Za'faraniyah dan Mustadrikah. Adapun golongan Bakriyah dan Dirariyah, tiap-tiap satunya adalah satu golongan tersendiri yang tidak mempunyai pengikut yang ramai, demikianjuga golongan Jahmiyah satu golongan tersendiri, dan golongan Karramiyah berada di Khurasan, terdiri daripada tiga golongan iaitu Haqqaqiyah, Tarayiqiyah dan Ishaqiyah, tetapi tiga golongan ini tiap satunya tidak mengkafirkan yang lainnya. Selepas menyenaraikan firqah-firqah itu, al-Baghdadi rahirnahu'Llahu Ta'ala menyatakan30 bahawa itulah firqah-firqah yang disenaraikannya yang terdiri daripada tujuh puluh dua firqah, dua puluh daripadanya dari kalangan Rawafid, dua puluh dari kalangan Khawarij, dua puluh lagi dari kalangan Qadariyah, sepuluh dari kalangan Murji'ah dan tiga dari kalangan Najjariyah, Bakriyah, Dirariyah, Jahmiyah dan Karramiyah. Inilah yang dikatakan tujuh puluh dua firqah itu. Lepas itu beliau menyebutkan golongan yang ketujuh puluh tiga katanya itulah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang terdiri daiipada dua golongan besar di kalangan mereka iaitu golongan yang banyak berpegang kepada pendapat (al-ra'y) (selain daripada mereka berpegang kepada Quran dan Sunnah), dan mereka yang berpegang kepada Hadith (iaitu mereka lebih banyak bersandar kepada hadith daripada menggunakan fikiran di dalam memutuskan sesuatu). Beliau menyatakan bahawa golongan fuqaha' mereka itu, juga golongan qurra'nya, ahli-ahli hadithnya, golongan ilmu kalamnya, di kalangan ahliabli hadith dari kalangan mereka berinuafakat di atas pegangan yang satu tentang mentauhidkan Tuhan yang menjadikan alam ini, serta sifat-sifatnya, keadilannya, hikmatnya, nama-namanya, dan sifat-sifatnya, juga mereka bermuafakat di dalam bab-bab nubuwwah, juga bab Imamah, mereka juga bermuafakat tentang hukum-hukum di alam akhirat, dan lain-lain lagi yang terdiri daripada masalah-masalah usulu'd-din atau pun perkara-perkara asas dalam agama. Mereka ini hanya berikhtilaf dalam masalah halal haram daripada perkara-perkara furu' atau cawangan dalam hukum, dan tidak ada dalam perkara-perkara yang mereka ikhtilafkan itu yang membawa kepada kesesatan atau kefasikan. Mereka itulah yang merupakan firqah yang selamat (al-firqah al-najiyah) yang bersepakat dalam berikrar tentang keesaan Tuhan yang menjadikan QidamNya dan Qidam sifat-sifatnya yang Azaliyah dan harus memandangnya dengan tidak ada tashbih dan ta'til;juga mereka bersepakat tentang berikrar beriman terhadap kitab-kitab Allah,para RasuINya dan percaya mereka itu diperkuatkan dan ditolongkan dengan Shari'at Islamiyah, dan mereka itu mengharuskan apa yang diharuskan oleh Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Qur'an serta pula dengan kawalan-kawalan daripada apa yang sah datangnya daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W., mereka juga bersepakat dalam beriman kepada kebangkitan dan perhimpunan hari akhirat, soalan Munkar dan Nakir, tentang Kolam Nabi S.A.W., tentang Neraca Timbangan Amal. Maka sesiapa yang beriman dengan ini semua dan tidak mencampurkannya dengan sesuatu daripada bid'ah-bid'ah Khawarij, Rawafid dan Qadariyah serta lain-lain dari kalangan mereka yang mengikuti hawa nafsu mereka sendiri maka tergolonglah ia ke dalam golongan yang selamat, kalaulah takdimya habis umumya dalam keadaan demikian itu. Termasuk ke dalam golongan yang selamat ini ialah jumhur ummat Islam dan golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yang terdiri daripada para pengikut Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza'i, Thauri dan Daud Zahiri. Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan. Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja'Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan. Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali radiya'Llahu 'anhu. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafin Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan. Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W. adalah dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan. Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudharat bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan. Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifatsifat. Mereka berpecah kepada tiga aliran. Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja. Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan. Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah. Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu. Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah. Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz. Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (men. 365 Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara'ylni (men. 411 Hijrah), Imam Hafiz al-Baihaqi (wafat 458 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali (wafat 460 Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465 Hijrah), Imam a]-Baqillani, dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal (wafat 403 Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat 505 Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (meninggal 606 Hijrah), Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam (men. 606 Hijrah) yang semuanya pendokong aliran Ahli's-Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari. Dalam masa-masa kemudian para ulama'yang mendokong faham al-Asy'ari ini ialah antaranya seperti Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men. 1227 Hijrah), Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1272 Hijrah), Syaikh Nawawi a]-Bantani (men. 1315 Hijrah) dengan kitab tauhidnya Tljanu'd-Darari, FathulMajid, antara lainnya Syaikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-Tarabalasi dengan al-Husun alHamidiyahnya yang terkenal itu.33 Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagal pengasas usulu'd-din di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli's-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, bila dikatakan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi.34

Bab III Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah itu? Antara mereka yang dinyatakan tennasuk ke dalam firqah Ahli's-Sunnah itu ialah sebagaimana yang dicatitkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina'lFiraq nya.'-3 Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan. Pertamanya mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa'id (iaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini. Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bid'ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu. Keduanya mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan pula, laitu mereka yang berpegang kepada hadith (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan yang berpegang kepada hadith (selepas daripada berpegang kepada Qur'an); mereka ini terdiri daripada golongan yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa'at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kkepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik. Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthinan dan 'Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan mereka berpegang kepada wajibnya sembahyang juma'at di belakang para imam Jumu'at bersih diri mereka daripada bid'ah ahli hawa nafsu yang mengikut keinginan mereka dalam Pegangan itu. Mereka ini juga berpegang kepa da wajibnya istinbat hukum hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taatnya kepada Sultan di dalam perkara yan bukan ma'siat terhadap Allah. Termasuk ke dalam golongan ini ialah para pengikut imam-imam Malik, Syafi'i, Auza'i, al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada Perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal usul sifat Allah serta tidak mencampurkan fiqhnya dengan suatu daripada bid'ah-bid'ah sesat daripada mereka yang mengikut hawa nafsu yang sesat. Golongan Ahlis-Sunah Yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat. Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahu serta tasrif serta mereka Yang mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu 'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah Yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kaum-kaum sesat itu, seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. Sesiapa daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bid'ah sesat kaum sesat itu, maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan pendapatnya dalam lughat dan nahu tidak menjadi hujjah lagi. Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur'an (qira'at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wil-ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli's Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu. Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan yang tajam, serta mereka mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka mengambil i'tibar sebaiknya dan mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka), dan mereka ini tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan fu'ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka itu menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarrah, dan mereka mempersiapkan bagi diri mereka persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan itu iaitu Akhirat. Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan 'ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadith, bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik kerana ria' dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk (tafivid) kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya serta merasai memadai dengan apa yang direzekikan olehnya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam Qur'an.

Maksudnya: "Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'. Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu Muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru Muslimin dan mereka menjaga kawasan Muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita maeremkuasiltiumminaz dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami". Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi'ar-syi'ar bagi golongan-golongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan orang ramai di mana-mana yang beri'tikad tentang benarnya ulama' Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa'd, wa'id, dan mereka merujuk kepada ulama' Ahli's-Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama mereka serta mereka mengikuti Para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beri'tikad suatupun daripada perkara yang ada dalam pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama ah. Merekalah pemegang agama yang benar dan mereka berada di atas Sirat al-Mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. Allahumma amin. Inilah yang dikatakan golongan Ahli's-Sunnah yang dicatitkan daripada huraian 'Abdul-Qahir al-Baghdadi yang merupakan sesuatu yang sudah jelas selepas perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan 'crystallization' daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai indeks bagi kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada neraca yang diberikan oleh al-Baghdadi ini, kita boleb menentukan kedudukan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan mereka Yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi berbagai aliran faham Timur dan Barat yang datang dari dalam masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya. Bagaimanapun ini bukanlah tujuan utama perbincangan ini. Dalam membela kebenaran Ahli's-Sunnah dan keselamatan kedudukan mereka sebagaimana yang dijanjikan dalam hadith-hadith Nabi S.A.W., al-Baghdadi dengan penuh keyakinan nampaknya menyatakan bahawa: "Dan kami tidak mendapati sehingga hari ini dari kalangan firqah-firqah ummat ini siapakah di kalangan mereka itu yang bersepakat dengan perjalanan para Sahabat radiya'Llahu 'anhum melainkan golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah dari kalangan para fuqaha' ummat ini dan para mutakallimin mereka itu yang berpegang kepada Sifat-sifat Allah lain daripada golongan Rafidah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah, Mushabbihah, Ghulat dan Hululiyah". Lepas itu beliau menyebut satu persatu di mana tidak selamatnya pendirian-pendirian golongan lain seperti golongan Qadariyah, Khawarij dan seterusnya. Kemudian beliau menghuraikan dasar-dasar yang disepakati di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah.39 Dasar pertamanya, tentang mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Katanya bahawa para Ahli's-Sunnah berijma' tentang thabitnya ilmu-ilmu sebagai pengertian-pengertian yang ada pada para ulama' dan mereka mengatakan tentang peri sesatnya mereka yang menafikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang ada pada benda dengan mereka menganggap jahilnya golongan Sophists yang menafikan ilmu dan hakikat sesuatu semuanya. Dianggapnya mereka itu sebagai golongan yang mengingkari apa yang mereka telah mengetahuinya dengan secara daruri. Demikian juga dengan golongan Sophists (Sufasta'iyah) yang syak tentang wujudnya hakikat-hakikat. Demikian juga golongan daripada mereka itu yang berpegang kepada ajaran bahawa hakikat segala sesuatu mengikut anggapan dan mereka menganggapkan sah semua i'tikad-i'tikad walaupun semuanya saling canggah bercanggah dan nafi menafikan. Semua tiga golongan ini kafir dan engkar serta degil untuk menerima apa yang diwajibkan akal secara dharuri. Bagi Ahli's-Sunnah, ilmu manusia dan ilmu haiwan-haiwan lain terdiri daripada tiga jenis ilmu. Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya. Mereka menyatakan bahawa sesiapa yang menolak ilmu-ilmu yang badihi ataupun ilmu yang hissiyah yang datang melalui pengalaman pancaindera yang lima, itu adalah orang yang degil. Adapun orang yang tidak menerima ilmu-ilmu yang bersifat nazariah dan yang datang dengan pemikiran dengan mengambil dalil, ia perlu diteliti. Kalau lanya terdiri daripada orang yang menolak dan mengingkari pemahaman dengan akal tentang ilmu-ilmu yang boleh difahami dengan akal langsung, maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya adalah seperti hukum Dahriyah (atau fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan dan mengithbatkan wujud alam benda sahaja) kerana pegangan mereka bahawa alam ini abadi, dan menafikan Tuhan yang menjadikan tambahan lagi dengan pegangan mereka membatalkan semua agama-agama. Adapun seseorang yang berpegang kepada kefahaman akal dalam perkaraperkara yang boleh difahamkan dengan akal, dan ia tidak menerima qiyas dalam masalah furu' hukum Syariat, seperti ahli mazhab Zahiriyah,maka ia tidak menjadi kafir dengan ia mengingkari qiyas secara syar'i itu. Golongan Ahli's-Sunnah menerima pancaindera sebagai punca-punca pengetahuan yang diakui dan pengesanan pancaindera adalah diterima. Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan juga bahawa khabar mutawatir adalah satujalan ilmu yang dharuri dan benda yang datang melalui punca itu adalah sahih, misalnya tentang sahnya ada negeri yang belum dikunjungi oleh seseorang itu, tetapi ia dengar berita mutawatir tentangnya. Itu adalah sebagaimana ilmu kita tentang adanya para anbiya' dan raja-raja sebelum zaman kita. Adapun tentang benamya pengakuan para anbiya'tentang pangkat kenabian mereka maka itu diketahui olch kita dengan hujah-hujah ilmu secara nazariah. Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan bahawa hadith yang melazimkan kita beramal dengannya adalah tiga jenis: mutawatir, ahad dan yang menengah antara keduanya. Khabar mutawatir yang mustahil lanya direka-rekakan adalah berkedudukan sebagai ilmu yang dharuri dan contohnya ialah seperti berita tentang negeri-negeri yang belum kita kunjungi,dan ilmu yang kita tahu tentang raja-raja dan nabl-nabl serta generasi-generasi sebelum kita. Dengan itulah seseorang mengetahui kedua ibubapanya dan dengan keduanya ia dinisbahkan. Adapun khabar ahad maka bila sah isnadnya dan matannya bukan menasabah dan bukan mustahil pada akal, maka ianya wajib diamalkan; ianya berkedudukan sebagal kesaksian orang yang adil di sisi hakim bahawa wajib ia memutuskan hukum dengannya pada zahir walaupun ia tidak mengetahui tentang benamya iaitu dalam kesaksian. Dan dengan khabarjenis inilah maka para fuqaha'menthabitkan kebanyakan daripada furu'hukum-hukum Syariah dalam ibadat, mu'amalat, dan lain-lain bab haial haram. Dan golongan Ahli'sSunnah menganggapkan sesat mereka yang menggugurkan wajib beramal dengan khabar ahad dari kalangan Rafidah, Khawarij dan lain-lain golongan sesat. Adapun khabar mustafid yang duduk di tengah-tengah antara yang mutawatir dan yang ahad, maka ianya seperti mutawatir dalam wajibnya berilmu dengannya dan beramal dengannya; tetapi ia berlainan pula daripada yang mutawatir kerana ilmu yang datang darinya adalah ilmu yang muktasab yang nazari, adapun ilmu yang datang dari yang mutawatir adalah dikirakan dharuri ti 'dak muktasab. Dan khabar jenis ini ada bahagian-bahagiannya pula. Termasuk ke dalam jenisnya ialah khabar-khabar tentang para anbiya'. Tertnasuk ke dalam jenis ini juga khabar yang tersebar di kalangan manusia yang tidak sahih mereka itu melakukan pembohongan, bila sesuatu berita dikhabarkan di kalangan mereka. Bila seseorang di kalangan mereka tidak mengatakan ianya bohong, maka kita ketahui bahawa orang itu berkata benar. Dengan khabar cara inilah kita ketahui tentang mu'jizat-mu'jizat Nabi kita S.A.W. tentang terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu dalam tangannya, menangisnya pelepah tamar dan sebagainya. Demikian juga khabar-khabar mustafidah antara imam-imam hadith dan fiqh yang mereka ijma' bahawa ianya adalah sahih seperti hadith-hadith tentang Syafa'at, Hisab, Haud, Sirat, Mizan, azab kubur, soal Munkar dan Nakir. Demikian juga khabar mustafidah dalam banyak daripada hukum-hukum fiqh seperti nisab zakat, had bagi yang n-dnum arak, hadith-hadith tentang menyapu khuf, tentang rejam, dan yang sepertinya, daripada apa yang diijma'kan oleh fuqaha'. Maka golongan Ahli's-Sunnah menganggap sesat mereka yang tidak memahami seperti mereka dalam hal-hal itu seperti kaum-kaum sesat yang mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rejam, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur. Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencuri sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan. Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewajibkan ke atas mereka ma'rifat terhadap rasuinya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah. Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan alJahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiaptiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma'rifatnya. Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punca hukum-hukum Syar'iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujah dalam Qur'an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rej am, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur. Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencun' sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan. Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewaj ibkan ke atas mereka ma'rifat terhadap rasuINya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah. Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan al-Jahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiap-tiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma'rifatnya. Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punea hukum-hukum Syar'iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujjah dalam Qur'an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya. (jolongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir golongan Khawarij yang menolak seluruh kitab sunan yang diriwayatkan oleh perlwayat-Periwayat hadith kerana pada pandangan mereka periwayat-periwayat hadith itu kafir. Merekaj'uga menganggapkan kafir al-Nazzam yang mengingkari hujjah ijma' dan hujjah daripada riwayat mutawatir. Mereka juga menghukum kafir bag] orang yang berpendapat mungkin seluruh ummat Islam berljma' dalam kesesatan (ijtima'al-ummah 'ala al-dalalah), juga kerana ia berpendapat harus mereka yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir itu bermuafakat mereka-rekakan sesuatu yang bohong. Inilah penerangan tentang apa yang disepakati oleh Ahli's-Sunnah dalam hubungan dengan rukun yang pertama.40 - Dasar yang kedua ialah pegangan Ahii's-Sunnah tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma'kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma'kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhiuk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu daripada juzuk alam ini. Mereka bersepakat lagi bahawa bahaglan-bahagian daripada alam ini ada dua, jauhar dan 'arad (pl. Jawahir dan a'arad), khilaf pendapat mereka yang menafikan a'arad. Mereka bersepakat bahawa setiap jauhar adalah juzuk yang tidak boleh berpecah lagi. Dan mereka menganggapkan kafir al-Nazzam dan ahli-ahli falsafah yang menganggap boleh berpecahnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk benda dengan tidak berkesudahan dan ini dikirakan berlawanan dengan ayat yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) menghitung segala sesuatu satu persatu." (Surah al-Jin;28) Golongan Ahli's-Sunnah juga mengithbatkan para malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk-makhluk yang ada dalam alam ini, dan mereka menganggap kafir mereka yang menafikan demikian itu dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah. Kemudian kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnya golongan ahli falsafah dan Mu'tazilah dalam hubungan dengan alam benda dan konsep alam. Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahawa ni'mat syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal. Dasar yang ketiga ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan 'arad-'arad. Mereka menganggap kafir Mu'ammar dan para pengikutnya dari kalangan Qadariyah yang berpendapat bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu daripada 'arad-'arad. la hanya menjadikan jisim-jisim. Antaranya disebutkan bahawa golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Tuban tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf golongan yang mengatakan Tuhan menyentuh'Arsy, dan'golongan Syihamiyah dan Karramiyah. Ahli's-Sunnah juga berijma' menafikan adanya kecederaan, kesedihan, kesakitan dan kelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat golongan Hisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada Tuhan. Antaranya yang dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah Maha Kaya tidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat manfaat daripada menjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak kemudaratan daripada DiriNya dengan menjadikan makhluknya itu. Inilah khilaf pegangan Majusi yang mendakwa bahawa Allah menjadikan para malaikat bagi menolakkan kesakitan pada DiriNya yang datang daripada syaitan dan penolong-penolongnya. Ahli's-Sunnah juga berijma'Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapat yang mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagi ialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi). Pegangan tentang keesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di kalangan Rafidah yang menyatakan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada'Ali yang merupakan Khaliq yang kedua. Dasar keempat , berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi. Golongan Mu'tazilah menyatakan bahawa tidak ada Qudrat, Ilmu, Hayat bagi Allah Ta'ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat. Ahli's-Sunnah berijma'bahawa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yang ditakdirkan itu semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semua yang ditakdirkannya itu. Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu'tazilah dalam hubungan dengan hal ini. Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Ilmu Allah adalah satu yang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu persatu. Satu golongan daripada Rafidah mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di kalangan Rafidah menyatakan bahawa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan lain-lain sifat yang baru bahawasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui melainkan sehingga la menjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat, Sama', Basar. Golongan Ahli'-Sunnah berijma' bahawa Sifat Sama' dan Basar Tuhan meliputi segala yang didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan sentiasalah melihat bagi DiriNya dan Mendengar bagi Kalam DiriNya. Ini diikuti dengan khilaf Mu'tazilah. Golongan Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yang beriman di Akhirat. Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyah yang menganggap bahawa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat. Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Iradat Allah adalah Masyi'ah atau KehendakNya; dan mereka ijma'kan bahawa KehendakNya lulus dalam apa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya. Ini disusuli dengan golongan yang menyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat lain, seperti hayat, tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang berpendirian berlainan. Dasar yang kelima tentang nama-nama Allah yang diambil daripada Qur'an dan Sunnah yang sahih. Dasar keenam tentang keadilan Allah. Dinyatakan pendirian Ahli's-Sunnah, kemudian diikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya. Dasar ketujuh tentang nubuwwah dan ri salah, perbezaan antara nabi dan rasul; karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya'disusuli dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah. Dasar kelapan berkenaan dengan mu'jizat dan karamat; mu'jizat yang dihubungkan dengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya' diikuti dengan khilaf mereka yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah. Dasar kesembilan berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadah sampailah kepada rukun menunaikan haji. Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yang berlawanan dengannya. Dasar kesepuluh berkenaan dengan suruhan dan tegahan dan hukum lima; wajib, mahzur, masnun, makruh, mubah. Diikuti dengan pegangan kaum yang menyalahinya. Dasar kesebelas tentang fana'nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap mereka dalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa'ah. Dasar kedua belas tentang khjlafah dan Imamah. Khllafah diwajibkan di atas umat bagi melakukan tugas-tugas tertentu. 'Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa' al-Rashidin mengi 'kut tertib khilafah mereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya. Dasar ketiga belas berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma'rlfat. Diikuti dengan khilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya. Dasar keempat belas berkenaan dengan auliya', imam-imam dan para malaikat, serta ajaran tentang ismah. Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan faham daripadanya. Dasar kelima belas, hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang ada sebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.

PENUTUP

Inilah antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalam sejarah perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itu kelihatan termasuk ke dalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran dan amalan Ahli's-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awal Islam lagi. Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagai deployment, sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokok adalah penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu. Dalam konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakan segala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan. Wallahu a'lam. Wasalla'Llahu 'ala Sayyidina Miihammadin wa 'ala alihi wa sahbihi wasallam, wal-hamduli'Llahi Rabbil-'alamin.


Home page for TRADITIONAL ISLAM:

www.geocities.com/traditionalislam/ or traditionalislam.tripod.com
1

Read More..
Category : edit post

Tarikat Suatu Sumber Kekuatan Umat Islam

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 3:57 AM 0 comments

Mulai daripada siri ini, saya akan mula mengulas, menghuraikan dan membawa beberapa contoh perbandingan berkenaan dengan soal rumit, atau lebih tepat lagi kesalahfahaman umat Islam dalam masyarakat kita di rantau Nusa Tenggara ini, akan ilmu dan ajaran Tariqat.


Kita sedia maklum, tariqat seringkali disalahfaham oleh orang ramai. Terdapat juga, golongan yang tidak bermatlamatkan agama yang hak, memperalatkan tariqat untuk kepentingan diri masing-masing. Walhasil, pada zaman kita, akibat propanganda yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, maka ajaran ilmu tariqat dianggap berbahaya, sedangkan ianya adalah merupakan sumber kekuatan kepada orang-orang Muslim lagi mukmin. Maka ramailah orang Islam menentang dan menyesatkan salah satu ilmu yang merupakan satu teras kekuatan ummah itu sendiri.

Kita maklum, akibat daripada tindak tanduk segelintir orang atau guru yang memperalatkan ajaran daripada ilmu tariqat, maka pada hari ini orang-orang yang mengamalkan tariqat yang sebenar ditakuti, hendak dijauhi, bahkan kerapkali dilayan layak sebagai orang-orang subversif, kalaupun bukan komunis. Padahal, sejak dari zaman Sultan Salahudin Al-Ayyubi yang menggalakkan aliran-aliran tariqat di kalangan tentera Islam, tariqat menjadi salah satu sumber kekuatan kepada perjuangan yang menghasilkan kemenangan yang gemilang dan kehidupan beragama yang mulia serta berpaksikan keimanan.

Pada kali ini, saya sertakan satu kisah perjuangan yang dicetuskan oleh aliran Tariqat yang benar. Harap jangan salah faham dengan aliran beberapa tariqat yang dikelaskan sebagai sesat di Malaysia pada hari ini. Misalnya aliran Tariqat yang dikenali sebagai Naqsyabandiah Prof Qadirun Yahya yang diubah suai daripada aliran Tariqat Naqsyabandiah yang hak atau yang sebenar yang dikenali sejak dari zaman Sultan Salahudin Al-Ayyubi itu sendiri. Cerita ini adalah cerita perjuangan ikhwan-ikhwan Tariqat Naqsyabandiah di Chechnya, satu ketika dahulu. Wallahu A'lam.



The Jihad of Imam Shamyl
by
Kerim Fenari

Terjemahan bebas oleh

Hanafi Ali (November 2000)

Perjuangan rumit bangsa Chechen untuk kebebasan telah memeranjatkan ramai orang Islam. Seperti Bosnia pada 1992, kewujudan negeri Islam ini tidak diketahui oleh ramai orang kita. Tapi sekarang, sepertimana dulunya tentera ganas Tsar Boris Yang Pertama turun dari tanah liar di utara (Russia) untuk membawa api dan pedang kezaliman kepada bangsa Chechen, ianya adalah berguna untuk kita memperingati negeri Kaukasus senantiasa menjadi kuburan bagi penjajah Kristian dan juga tempat lahir ramai perwira-perwira Islam yang nama mereka masih bergema di dalam hutan rimba dan lembah gunung yang amat romantis itu.

Banjaran Kaukasus adalah banjaran yang memisahkan Eropah dari Asia, dan tidak ada banjaran yang sepertinya di mukabumi lain. Puncak tertinggi di Eropah terletak di sini. 650 batu panjangnya dari Laut Kaspia hingga ke Laut Hitam, tinggi puratanya melebihi 10,000 kaki. Suasana yang sungguh megah ini kelihatan lebih menyukarkan lagi bila dilihat kecuramannya. Kaukasus ialah umpama seorang lelaki tanpa liuk badannya, bak kata pepatah Georgia, dan tebing tingginya, jatuh ke bawah lebih lima ribu kaki ke dalam air sejuk yang membeku, seolah-olah membelah suasana kepada batu-batu besar sahaja.

Kesukaran untuk menembusi Kaukasus, serta kesukaran untuk berhubung antara orang-orang yang tinggal di dalamnya, telah menyebabkan pelbagai bangsa dan kaum bermastautin di situ. Ahli sejarah Yunani bernama Pliny memberitahu kita orang-orang Rome telah menggajikan seratus tiga puluh empat penterjemah untuk mereka berurusan dengan kaum Kaukasus yang gemar berperang, dan ahli sejarah Arab bernama Al Azizi memanggil kawasan tersebut sebagai Pergunungan Pelbagai Bahasa, dimana beliau meriwayatkan terdapat kira-kira tiga ratus bahasa yang tidak serupa langsung yang dipertuturkan di Daghestan.

Sebahagian dari orang-orang Kaukasus, seperti Chechen yang berkulit putih, adalah berketurunan Eropah. Yang lainnya, seperti orang-orang Daghestan, dipercayai berasal dari Asia. Tetapi iklim yang teruk serta bentuk mukabumi yang amat mencabar telah memberikan mereka satu gaya hidup yang serupa: penuh dengan kekurangan. Cuma sedikit pertanian dapat dilakukan di cerunan yang curam, dan kambing biri-biri cuma boleh digembala di rabung yang tinggi. Secara tradisinya, mereka tinggal di "aoul", kampung-kampung Kaukasia yang mencabar, diperkukuhkan dengan rumah-rumah berbatu besar serta dinding-dinding yang tinggi untuk mengelak dari gangguan kucing puma, serigala, dan musuh-musuh. Dibina di tempat yang paling sukar untuk diziarahi, di atas pergunungan yang tinggi, tempat masuk kampung-kampung ini cumalah tebing-tebing curam yang cuma boleh dilalui dengan berjalan kaki, yang tidak menyediakan tempat untuk berehat, tapi cuma pemandangan pergunungan yang mengkhayalkan, serta helang-helang yang berkeliaran menunggu mangsa.

Dalam keadaan sebegitu, cuma anak-anak yang gagah dapat membesar menjadi dewasa. Mereka menghabiskan hari-hari dengan mendaki dan menuruni curam-curam perbanjaran, bila mereka mendekati usia dewasa, bangsa lelaki Chechen serta Daghestani amat kuat dan gagah. Diriwayatkan pada pertengahan kurun ke-19, tidak ada wanita Chechen yang akan mengahwini seorang lelaki jika lelaki tersebut belum membunuh seorang bangsa Russia, dapat melompat anak sungai selebar 23 kaki, serta melompat tali setinggi bahu lelaki.

Jurang besar yang memisahkan aoul-aoul ini menyebabkan persaingan dan pergaduhan berlaku dengan mudah. Kehidupan seorang Kaukasia dipenuhi dengan dendam berdarah, disebut 'kanli', yang memastikan tidak ada kesalahan, walau kecil bagaimana sekalipun, akan dibiarkan tanpa dibalasdendam oleh keluarga mangsa. Cerita-cerita dongeng dalam kesusasteraan Chechen dipenuhi dengan pergaduhan yang berlanjutan selama ratusan tahun yang bermula dengan kecurian seekor ayam, dan berakhir dengan kematian keseluruhan puak berkenaan. Peperangan senantiasa berlaku, begitu juga dengan latihan untuk berperang, dan anak-anak muda berbangga dengan kebolehan menunggang kuda, bergusti serta menembak dengan tepat.

Tentera Islam tidak pernah dapat menawan Kaukasus: walaupun para Sahabat RA, yang menumbangkan tentera terlatih Rom dan Parsi, tapi terhenti di tebing-tebing tinggi Kaukasus. Untuk ratusan tahun, orang-orang Kaukasus beragama animistik, atau Kristian; sementara jiran Muslim mereka di Iran menggeruninya, mempercayai Raja segala Jin mempunyai kota di tengah-tengah kemuncak bersaljinya.

Tapi di mana tentera Islam tidak berjaya, pendakwah Muslim yang membawa mesej keamanan secara perlahan-lahan tiba. Ramai yang mati syahid di tangan kaum-kaum liar dan pemarah; walaubagaimanapun, lembah yang terasing hinggalah ke aoul yang tertinggi semuanya menerima Islam sebagai agama. Bangsa Chechen, Avar, Circassia dan Daghestan memeluk Islam: dan pada kurun ke-18, cuma bangsa Georgia dan Armenia masih tidak menukar agamanya.

Waima dengan kejayaan para pendakwah ini, satu ancaman mula berkumpul di ufuk. Dalam tahun 1552, Ivan Yang Jahat telah menawan dan memusnahkan bandar Kazan, sebuah kota Muslim yang hebat di utara Sungai Volga. Empat tahun kemudian, tentera Russia tiba di Laut Kaspia. Tentera ini dipenuhi oleh bangsa Cossack yang liar, tentera berkuda yang ganas yang membuat keturunan dengan menangkap serta mengahwini secara paksa wanita Muslim yang mereka tawani. Bangsa Cossack ini alim serta praktikal: mereka tidak akan membuat penempatan baru tanpa membina sebuah gereja yang hebat; yang mana locengnya berbunyi diseluruh empayar Tsar yang senantiasa berkembang di padang rumput yang luas.

Lewat kurun ke-18 ancaman Kristian kepada Kaukasus tidak dibiar begitu sahaja oleh kaum-kaum gunung ini. Tapi perpaduan yang tiada, menyebabkan aksi yang effektif seperti mustahil, dan sejurus selepas itu, tanah subur lembah di Utara Chechenya dan yang lebih ke barat yakni Nogay Tatar dirampas dari tangan orang Islam. Orang-orang Muslim yang tertinggal dipaksa menjadi hamba untuk bekerja di ladang milik hartawan Russia. Mereka yang enggan atau lari telah diburu umpama memburu rubah. Sebahagian dari mereka ini disiat kulitnya, dan kulit tersebut digunakan untuk membuat gendang perang. Hamba abdi perempuan selalu diambil bayi-bayi mereka, supaya anjing-anjing istimewa hartawan Russia dapat minum susu manusia yang segar.

Catherine Yang Hebat, yang memantau polisi pengembangan empayar ini, menghantar gigolonya yang termuda, Count Platon Zubov (Zubov 25 tahun, Catherine 70 tahun), untuk merealisasikan langkah pertama dalam usahanya untuk menjadikan seluruh tanah-tanah Muslim dijajah dan dijadikan tanah Kristian Ortodoks. Tentera Zubov dikalahkan di pantai Kaspia, akan tetapi amaran telah dibunyikan. Kaukasus mengangkat kepalanya dari pergaduhan dalaman, dan tahu sekarang yang ianya mempunyai seorang musuh.

Usaha yang sistematik yang pertama untuk menjawab ancaman ini datang dari seorang individu yang tidak terkenal tapi ceritanya romantis persis cerita tipikal Kaukasus. Dia dikenali sebagai Elisha Mansur, seorang padri Jesuit Itali yang dihantar ke kaum Greek di Anatolia untuk menjadikan mereka Katolik. Yang menyebabkan kemarahan Paus, dia kemudiannya memeluk Islam dengan ceria, dan dihantar oleh Sultan Uthmaniah ke Kaukasia untuk membentuk tentera bagi menghalang kemaraan tentera Russia. Tapi pada pertempuran Tatar-Toub dalam tahun 1791, usaha beliau terhenti tiba-tiba; beliau tertangkap, dan dipenjarakan di sebuah monastari di Laut Putih yang sejuk membeku, dimana padri-padri berusaha dengan sungguh-sungguh tapi sia-sia untuk mengajaknya kembali ke agama Kristian.

Mansur telah gagal, tapi bangsa Kaukasia telah bertempur umpama singa. Api kemaraan ini akhirnya marak dan dibesarkan oleh seorang genius: Mullah Muhammad Yaraghli. Yaraghli ialah seorang ulama dan seorang ahli Sufi, amat fasih dalam kitab-kitab Arab, yang mengajar Tariqat Naqshbandi kepada bangsa gunung yang kasar. Walaupun dia telah mendidik beribu-ribu orang, muridnya yang terulung ialah Ghazi Mullah, seorang pelajar agama dari bangsa Avar dari Daghestan, yang memulakan dakwahnya sendiri pada 1827, dimana beliau memilih aoul Ghimri yang besar sebagai pusat aktivitinya.

Untuk tempoh 2 tahun Ghazi Mullah menyebarkan mesejnya. Bangsa Kaukasia belum menerima Islam sepenuhnya, katanya. Undang-undang lama mereka, yakni "adat", yang berbeza dari kaum ke kaum, mesti digantikan dengan Syariah. "Kanli" yakni dendam berdarah mesti dihapuskan, dan semua ketidakadilan diadili di mahkamah Syariah. Akhirnya, bangsa Kaukasia mesti menahan sifat liar serta ego mereka, dan menjalani jalan mensucikan diri. Cuma dengan mengikuti semua ini, dia memberitahu mereka, mereka akan dapat bersatu, dan menentang ancaman Kristian.

Pada tahun 1829, Ghazi Mullah merasakan pengikutnya telah terdidik dengan secukupnya akan mesej beliau untuk mereka memulakan langkah terakhir: aksi politik. Dia mengembara ke seluruh Daghestan, berceramah secara terbuka mengkritik masalah sosial, memecahkan tajau-tajau yang dipenuhi dengan arak, yang biasanya di simpan di tengah-tengah aoul. Didalam siri ceramahnya yang panas membakar, dia menggesa bangsa Kaukasus untuk mengangkat senjata untuk Ghazwa: Seorang Muslim mungkin mengikuti Syariah, tapi seluruh zakatnya, sembahyang serta wudhuknya, hajinya di Makkah, semuanya tidak berguna selagi ada bangsa Russia yang dapat melihat mereka. Nikahmu tidak sah, anak-anakmu gampang, selagi ada seorang Russia di tanah milikmu!

Inilah masa Jihad, isytihar beliau. Seluruh ulama-ulama di Daghestan berkumpul di Masjid Ghimri, dan mengisytiharkan Ghazi Mullah sebagai Imam mereka, dan bersumpahjanji untuk menyokongnya.

Murid-murid di Ghimri, yang berdiri megah di kalangan bangsa gunung yang lain dengan bendera hitam mereka, tanpa memakai apa-apa emas atau perak di pakaian serta senjata mereka, berjalan di belakang Ghazi Mullah, dan bertahlil dengan laungan perang mereka: La ilaha illaLlah. Matlamat pertama mereka ialah aoul Andee, yang taat dengan Russia, tapi begitu hebatnya Murid-murid ini, aoul Andee menyerah tanpa bertempur. Ghazi Mullah kemudiannya mengalihkan pandangannya kepada tentera Russia.

Pada masa ini, tentera Russia telah memindahkan beberapa kelompok orang Russia untuk tinggal di kawasan Kaukasus. Pos-pos tentera telah dibina di padang-padang luas di utara, di Grozny, Khasav-Yurt dan Mozdok, tapi di tempat lain, proses membuang orang Islam dari tanah Kaukasus baru saja bermula. Ghazi Mullah dengan itu dapat bersandar dengan sokongan rakyat tempatan bila dia menggempur kota Russia di Vnezapnaya. Tanpa meriam, dia tidak dapat menawan kota tersebut, tapi ahli kota tersebut yang dipimpin oleh Baron Rosen, terpaksa meminta bantuan. Bantuan ini datang dalam ketumbukan tentera yang besar, yang memikirkan mereka tidak takutkan orang Islam, telah memburu orang Islam jauh ke dalam hutan rimba yang tebal, yang pada masa itu terletak di selatan Grozny.

Dalam kegelapan pokok-pokok kayu, Murid-murid bertempur di gelanggang sendiri. Menembak dari dahan-dahan pokok-pokok beech yang besar, memasang perangkap dan jerangkap untuk tentera Russia yang gagah tapi tidak teratur, mereka menembak dengan tepat pegawai-pegawai musuh, dan menangkap tentera-tentera yang berjalan kaki. Di dalam suasana samar ini, ketumbukan tentera Russia ini, yang terdiri daripada padri-padri yang membawa ikon-ikon serta salib-salib yang besar, tertanggung dengan kereta lembu yang membawa samovar sebesar 5 kaki dan kotak-kotak arak untuk pegawai-pegawainya, mendapati mereka (tentera Russia) semakin lemah dan berkecai. Sebahagian kecil saja dari ketumbukan ini berjaya keluar dari hutan itu: dan kemenangan Mujahidin yang pertama telah terjadi.

Berazam untuk membalas dendam, tentera Russia menyerang bandar Muslim bernama Tschoumkeskent, yang mereka tawan dan bakar kesemuanya. Tapi mereka membayar harga yang tinggi untuk operasi ini: 400 tentera Russia terbunuh, dan cuma 150 Murid-murid terkorban. Lebih memalukan Russia lagi, di Tsori, sebuah banjaran gunung di mana 4000 tentera Russia terkandas selama 3 hari, untuk mendapati yang mereka terkandas hanya kerana dua orang penembak tepat Chechen.

Dengan rasa marah, tentera Russia mengganas di Chechenya Selatan, membakar tanaman, dan membinasakan 61 buah kampung. Perlahan-lahan, murid-murid Chechen dan Daghestan berundur ke pergunungan di belakang mereka. Ghazi Mullah dan pengikut utamanya Shamil membuat keputusan untuk bertahan di Ghimri. Selepas dikepung dengan bisanya, dengan korban di kedua-dua belah pihak, aoul Ghimri itu digempur oleh tentera Russia, yang menemui Ghazi Mullah dalam kelompok mereka yang mati. Imam Ghazi Mullah masih duduk di tikar sembahyangnya, satu tangannya memegang janggutnya, dan yang satu lagi menelunjuk ke langit. Tapi dalam tempoh yang sama, timbalannya, berjuang dengan 60 orang murid-murid yang mempertahankan dua menara batu, kelihatan seperti kebal, menembak dengan penuh ketepatan satu persatu tentera Russia yang berani mampir. Akhirnya, bila tinggal 2 orang murid-murid sahaja yang hidup, Shamil tampil, untuk menabalkan reputasinya sebagai perwira di medan perang, yang kemudiannya akan bergema di seluruh wilayah Islam Kaukasus. Seorang pegawai tentera Russia menulis tentang insiden tersebut:

Ianya gelap: dari cahaya sebuah pondok rumput kami melihat seorang lelaki berdiri di pintu sebuah rumah, yang berdiri di kawasan yang ditinggikan, lebih tinggi dari kami. Lelaki ini, seorang yang amat tinggi, berbadan tegap, berdiri dengan diam, seperti memberi kami masa untuk membidik beliau. Kemudian, dengan tiba-tiba, seperti loncatan seekor binatang liar, dia melompat melewati kepala askar-askar yang hampir sahaja menembaknya, dan beliau hinggap dengan sempurna di belakang askar-askar tersebut, melibaskan pedang dengan tangan kirinya, dia mencantas tiga dari mereka, tetapi dia dibayonet oleh yang keempat, besi itu menusuk jauh ke dalam dadanya. Wajah lelaki tersebut amat luarbiasa tanpa apa-apa reaksi, dia pegang bayonet itu, dan mencabutnya dari dagingnya sendiri, dan mencantas askar itu, dan dengan satu lagi loncatan luarbiasa, melewati dinding yang memisahkan kami dan hilang di dalam kegelapan malam. Kami benar-benar terdiam dan terkeliru.

Tentera Russia tidak mengindahkan Shamil yang berjaya melepaskan diri, yakin bahawa Kota bagi Murid-murid hancur dan memeterikan kemenangan mutlak bagi mereka. Mereka tidak menyangka bahawa peperangan selama tiga puluh tahun, serta kehilangan setengah juta nyawa Russia, menunggu Russia di tangan Shamil.

Setelah melepaskan dirinya dengan dramatik dari Ghimri, Shamil yang tercedera dengan penuh kesakitan berjalan ke saklia, sebuah pondok di banjaran yang dipenuhi dengan glasier di pergunungan Daghestan. Seorang penggembala memanggil isterinya Fatimah, yang datang secara diam-diam kepadanya, lalu merawatnya yang disakiti oleh demam yang panjang, dan membalut lapan belas luka bayonet dan pedang. Berbulan-bulan selepas itu, Shamil kembali sihat untuk berjalan, dan bila rakyat Kaukasus mendengar kematian timbalan Ghazi Mullah, telah menabalkan Shamil sebagai Imam Azam, Pemimpin Bagi Seluruh Kaukasus.

Shamil telah dilahirkan pada 1796 dalam sebuah keluarga ternama dari kaum Avar di selatan Daghestan. Beliau membesar dengan kawannya Ghazi Mullah, dan membahagikan masa kecilnya di antara masjid dan di tebing-tebing sempit yang mengelilingi Ghimri, dimana dia menggembala kambing biri-birinya. Beliau selalu melihat ke gaung yang dalam dari tebing-tebing yang curam, lima ribu kaki jauh ke dalam di bawah kampungnya, dan melihat halilintar berkilau di dalam awan dibawahnya. Di kejauhan, di cerunan, kelihatan kilauan naftalena yang terbakar, dimana minyak secara semulajadi keluar berbuih2 melalui batu-batu, terbakar untuk sekian tahun.

Bentuk mukabumi yang kasar ini, dan disiplin hidup bangsa Kaukasia yang ketat, telah membiasakan Imam dengan kehidupan yang mempunyai amat sedikit kemewahan dunia. Semasa kecil, Imam memaksa ayahnya untuk meninggalkan arak dengan mengugut untuk jatuh ke atas belatinya sendiri jika ayahnya enggan. Disiplin rohani yang sukar untuk membolehkannya menjadi seorang ulama muda seolah-olah seperti biasa baginya, dan pada usia awal 20an beliau telah mahir dalam bidang-bidang yang dihormati di Kaukasus: keberanian di medan perang, fasih berbahasa Arab, mahir dalam Tafsir dan Fekah, dan darjat kerohanian yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua mereka yang menemuinya.

Bersama-sama dengan Ghazi Mullah, dia menjadi murid Muhammad Yaraghli, seorang ulama yang amat tegas dan mempunyai minda kerohanian yang mengajar anak-anak muda bahawa kesucian rohani mereka tidak mencukupi: mereka mesti berjuang dan mengagungkan hukum-hakam ALLAH. Hukum Syariah mesti menggantikan hukum pagan kaum-kaum Kaukasus. Selepas itu ALLAH akan memberi mereka kemenangan ke atas orang-orang Russia.

Aktiviti Shamil yang pertama cumalah satu pertahanan, reaksi dari serangan tentera Russia. Tentera Russia dibawah pimpinan Jeneral Fese melancarkan serangan ke Pedalaman Daghestan. Di sini, di aoul Ashilta, bila tentera Russia datang menghampiri, 2000 Murid-murid bersumpah di atas Al Quran untuk mempertahankan kota tersebut hingga mati. Setelah bertempur sebegitu lama sehingga mereka berlawan di jalan-jalan dengan tangan-tangan kosong, Russia berjaya menawan dan memusnahkan bandar ini, dan membunuh semua tawanan. Pentas telah dibuka untuk satu peperangan yang panjang dan pahit.

Shamil bukanlah asing dalam berperang dengan bangsa Eropah. Semasa menunaikan Haji pada 1828, dia bertemu dengan Amir Abdul Qadir, perwira Algeria yang menentang Peranchis, yang berkongsi dengan Shamil tentang kaedah perang gerila. Dua lelaki tersebut, walaupun berjuang 3000 batu dari satu sama lain, amat sama dalam hobi akademik mereka dan kaedah peperangan. Mereka sedar kemustahilan memenangi peperangan dalam medan berlawan dengan tentera Eropah yang besar dan lengkap, dan perlunya akan teknik-teknik yang kompleks untuk membahagikan musuh dan memerangkap mereka di celah-celah pergunungan dan rimba, serta melancarkan gerakan gerila yang cepat dan tangkas.

Kelemahan kedudukan Shamil di Kaukasus ialah kewajibannya untuk mempertahankan aoul-aoul. Orang-orangnya boleh bergerak sepantas kilat, dan mengelak dari musuh, ataupun menyerang musuh dengan tiba-tiba. Tapi perkampungan-perkampungan tersebut, walaupun diperkukuhkan dengan kota, terdedah kepada kaedah kepungan Russia yang diperkuatkan dengan meriam-meriam moden.

Shamil menyedari kelemahan ini pada 1839, di aoul Akhulgo. Keutuhan gunung ini, dilindungi oleh tebing sungai di tiga penjuru, terbahagi kepada dua bahagian yang mengerikan yang dihubungi dengan jejambat kayu sepanjang 73 kaki. Akhulgo telah dipenuhi dengan pelarian yang lari dari tentera Russia yang sedang mara, dan kehadiran sebegitu ramai wanita dan anak-anak kecil menyebabkan tempoh kepungan yang lama agak menyiksakan. Tapi Shamil tidak akan berundur lagi, di sini dia akan berdiri mempertahankan diri.

Pada masa ini, tentera Naqshbandi berjumlah sekitar 6000 orang, terbahagi kepada unit-unit sebanyak 500 orang setiap unit, di bawah perintah seorang Naib. Naib-naib ini, perkasa serta terpelajar, adalah suatu misteri kepada Russia. Dalam 30 tahun perang Kaukasia, tidak seorang pun yang berjaya ditangkap hidup-hidup. Di Akhulgo, lelaki-lelaki ini memperkukuhkan tempat mereka sebaik yang mereka terdaya, dan bila sudah senja, selepas sembahyang maghrib, mereka akan pergi duduk di atap-atap rumah, dan menyanyikan syair dari kitab yang bernama Zabur, yang ditulis oleh Shamil untuk menggantikan lagu-lagu yang mereka nyanyikan bila mereka mabuk arak. Ada banyak lagu lain; yang paling biasa didengar oleh tentera Russia ialah Lagu Mati, yang dinyanyikan bila tentera Russia kelihatan akan menang, dan orang-orang Chechen itu akan mengikat diri mereka sesama sendiri, dan bersedia untuk berjuang hingga ke penghujung nyawa.

Russia mula menyerang pada 29 Jun 1839. Mereka cuba mendaki tebing tinggi itu, dan kehilangan 350 tentera yang mati ditangan Mujahidin, yang membaling batu selama empat hari, sehingga mereka dapat menempatkan meriam mereka supaya dapat membedil dinding-dinding kukuh Chechen dari jarak yang selamat. Tapi setiap kali dinding-dinding ini pecah, setiap kali Russia menyerang, Murid-murid akan muncul dari timbunan aoul yang hancur dan mematahkan serangan Russia menyebabkan ramai tentera Russia terkorban.

Keadaan di kampung itu, walaubagaimanapun, menjadi semakin melarat. Ramai mati, dan bau mayat mereka yang menjadi busuk di bawah mentari musim panas, menyebarkan kebusukan merata-rata. Bekalan makanan hampir habis. Mendengar berita ini dari penyiasat, Count Glasse, jeneral Russia berkeputusan untuk menyerang habis-habisan. Tiga ketumbukan dari 3 arah diarahkan untuk menyerang serentak, menyebabkan tembakan balas dari Chechen terbahagi-bahagi.

Ketumbukan pertama, yang menaiki tangga tali untuk melepasi tebing curam di satu penjuru. Tapi dari batu-batuan besar yang kelihatan tidak berorang, tembakan oleh penembak tepat Chechen memusnahkan sayap itu dalam beberapa minit. Pegawai-pegawai tentera Russia dari ketumbukan ini semuanya terbunuh, dan 600 orang tentera, bersandar pada tebing, telah diperangkap oleh Murid-murid dengan pengetahuan bahawa mereka (tentera Russia) yang letih dan terdedah akan dibinasakan oleh Murid-murid sebelum pecah cahaya fajar.

Ketumbukan kedua cuba untuk mencari jalan ke aoul melalui dasar tebing yang curam. Ketumbukan ini juga hancur, bila Chechen melemparkan batu-batu besar kepada mereka, yang mana cuma beberapa dozen yang kembali ke markaz. Ketumbukan ketiga, berjalan perlahan-lahan ditepian tebing salji, mendapati mereka diserang oleh beratus-ratus wanita dan anak-anak kecil.Wanita-wanita ini mencantas ketumbukan Russia kiri dan kanan, dan anak-anak kecil ini, dengan pisau belati pada kedua-dua tangan, berlari di celah kangkang tentera Russia dan menyiat mereka dari bawah. Di sini, sepertimana selalunya di Chechenya, wanita-wanita itu berjuang memperjudikan nasib, yang mana mereka tahu mereka (wanita-wanita) akan kehilangan lebih banyak dari lelaki dalam peperangan. Dibawah jeritan dan pertumpahan darah ini, ketumbukan Russia itu tergencat dan berundur kembali.

Terkeliru, Count Glasse menghantar diplomat kepada Shamil untuk berunding. Keadaan di aoul amat sukar, dan Shamil, dengan penuh berat hati, bersetuju untuk menjadikan anak lelakinya Jamaluddin sebagai tebusan, dengan syarat tentera Russia berundur dan meninggalkan aoul tersebut dalam aman. Tapi sejurus sahaja anak itu dihantar ke jalan menuju ke St Petersburg, meriam diledakkan kembali, dan Akhulgo terbedil dari semua penjuru. Shamil menyedari dia tertipu.

Hari berikutnya, Russia mara lagi ke Akhulgo, dan mendapati ianya dipenuhi oleh gagak yang memakan mayat-mayat yang reput. Yang hidup berjaya melepaskan diri pada waktu malam. Yang terlalu lemah untuk melepaskan diri, ditemui didalam gua2 pada tebing-tebing yang berdekatan, yang cuma boleh dilalui dengan penuh kesukaran. Seorang pegawai tentera Russia merekodkan pada diarinya:

Kami terpaksa menurunkan askar-askar dengan tali. Askar-askar ini hampir pengsan dengan bau mayat-mayat yang tidak terkira banyaknya. Di celah rekahan dua Akhulgo, pengawal terpaksa ditukar selang beberapa jam. Lebih seribu mayat ditemui, dan banyak lagi yang dihanyutkan ke hilir sungai, atau terdampar membusuk di batu-batu sungai. 900 orang tebusan ditangkap hidup-hidup, kebanyakannya wanita, anak kecil dan lelaki tua; tapi walaupun luka dan keletihan, mereka yang ini pun tidak menyerah dengan mudah. Beberapa orang mencari kudrat terakhir mereka, dan merampas bayonet dari pengawal-pengawal. Tangisan serta raungan anak-anak kecil yang masih hidup, dan kesengsaraan yang luka dan nazak, menyempurnakan suasana yang sungguh tragis.

Shamil telah berusaha menyelamatkan keluarga dan pengikutnya pada malam sebelumnya. Fatimah isterinya yang mengandung 8 bulan, dan isteri keduanya Jauharah mengendong anaknya yang berusia 2 bulan yang bernama Said. Bersama-sama mereka berjaya melepasi tebing tinggi yang curam yang tidak diketahui oleh tentera Russia, hingga mereka dapat turun ke sungai yang deras di bawah. Di sini, Imam Shamil menumbangkan sebuah pokok besar sebagai titian menyeberangi sungai. Fatimah berjaya menyeberang dengan anaknya Ghazi Muhammad, tapi Jauharah terkelihatan oleh penembak tepat Russia, yang membunuhnya dengan sebutir peluru, menyebabkan dia jatuh bersama anaknya ke dalam arus sungai yang deras. Perlahan-lahan, Shamil dengan keluarganya yang berkurangan, dan Mujahidin yang berjaya melepaskan diri, mengelakkan diri dari tentera Russia, yang sekarang dibantu oleh orang-orang Ghimri yang belot yang menyebelahi Russia. Sekali itu mereka bertemu dengan sebuah platun Russia, dan pada pertempuran kecil itu Ghazi Muhammad yang masih kecil luka dengan bayonet. Tapi pedang Shamil mencantas pegawai Russia itu, yang mana askar-askarnya lari dalam ketakutan. Imam Shamil dan rombongannya bebas kembali: sepertimana di Ghimri, Imam Shamil telah melakukan pelepasan diri yang ajaib.

Count Grabbes melaporkan penaklukan Akhulgo dalam frasa-frasa yang memuji diri sendiri. Sekta Murid, tulisnya, telah kalah diikuti dengan kehancuran pengikut-pengikutnya. Tsar amat gembira, tapi sekali lagi, pesta kemenangan mereka tidak kena pada tempatnya. Selagi Shamil masih bebas dia tidak akan dikalahkan. Dan Moscow telah memberikan Kaukasus satu sebab untuk mencari kebebasan.Pada 1840, Shamil mengumpulkan bala tentera baru, dan mengibarkan bendera-bendera hitamnya. Dengan kekalahan tentera Russia di persisiran Laut Hitam dalam pemberontakan Sirkassia, keadaan amat optimum untuk kempen yang besar, dan pada penghujung 1840, Imam Shamil berjaya menakluk semula Akhulgo, dan membawa angkatan perangnya di padang-padang Chechenya Selatan, menakluk kota demi kota. Tindakbalas Russia amat berkecamuk: Satu misi yang di ketuai oleh Grabbe berakhir dengan kematian 2000 tentera Russia. Pemerintah baru, yang disenangi oleh Tsar, Jeneral Neidhart, menawarkan emas seberat kepala Shamil kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya, tapi semuanya sia-sia. Lagi dan lagi, tentera Imperial dibawa ke dalam hutan yang gelap, terpecah sayapnya, dan dihancurkan.

Sementara itu, Shamil semakin memperhalusi teknik-teknik perangnya. Pada suatu ketika, dia menyerang tentera Russia dengan 10 ribu orang, dan muncul dalam tempoh kurang dari 24 jam pada tempat 50 batu dari situ, untuk menyerang sebuah pos tentera: satu usaha yang amat hebat. Seorang ahli sejarah ketenteraan melaporkan: Ketangkasan perjalanan ini pada kawasan yang bergunung, dan ketepatan kombinasi operasinya, dan yang lebih menghairankan lagi ianya dilakukan di depan mata tentera-tentera Rusia, melayakkan Shamil menjadi seorang yang lebih hebat dari seorang pemimpin gerila, walaupun pemimpin gerila yang paling hebat.

Langkah Russia yang berikutnya ialah serangan berani seramai 10 ribu tentera kepada ibukota Shamil yang baharu di Dargo. Pemerintahnya, Jeneral Vorontsov, menjelajah Chechenya dan Pedalaman Daghestan, tanpa sebarang lawan, dan mendapati Shamil telah membakar aoul-aoul yang ditemuinya daripada membiarkannya jatuh ke tangan Vorontsov. Dengan penuh keyakinan, ditambah dengan rasa meluat Jeneral tersebut pada bangsa Asia yang memberontak itu, dia membuat keputusan untuk menjelajah terus sedalam 10 batu ke dalam hutan yang memisahkan dia dari Dargo dan pahlawan-pahlawan Shamil. Tapi bila mereka tiba, Russia mendapati Shamil telah membakar juga aoul tersebut, dan bila mereka berpatah balik, mereka mendapati kecelakaan menemui mereka. Shamil telah memerhatikan mereka dengan teleskopnya, dan dengan tenang mengarahkan Murid-muridnya untuk mengambil tempat untuk memerangkap dan mengecaikan tentera Russia. Berjuang di samping orang-orang Islam ialah 600 tentera Russia dan Poland yang telah menyebelahi pihak Islam Chechen. Tentera Russia dan Poland yang berpaling tadah ini memomok-momokkan tentera Russia dengan menyanyikan lagu tentera yang lama di waktu malam, suara-suara mereka mengejek-ejek dari kejauhan di dalam hutan yang tebal.

Shamil telah menyusun empat buah meriam di atas aoul yang hancur itu, dan tentera Russia telah menggempur kedudukan ini dan menawannya dengan mudah. Tapi bila mereka kembali dari situ, melalui padang jagung yang menyembunyikan beberapa dozen Murid-murid, yang berdiri untuk menembak tentera Russia dan bersembunyi lagi sebelum tentera Russia dapat menembak balas. 187 tentera mati sebelum ketumbukan yang selebihnya dapat mengikuti kumpulan asas ini. Menyiksa tawan perang Chechen dengan menusuk mereka dengan bayonet tidak dapat melepaskan rasa geram tentera Russia bila berhadapan dengan kekalahan ini.

Tentera Russia sekarang mula berundur melalui jalan di dalam hutan. Akan tetapi sekarang hutan-hutan itupun seolah-olah hidup dengan musuh yang tidak kelihatan. Penghadang-penghadang jalan yang licin memaksa mereka meninggalkan laluan-laluan tersebut, dan menebas di dalam semak cuma untuk menemui jerangkap serta kekeliruan yang menumpahkan darah. Beratus-ratus tentera Russia mati, termasuk 2 jeneral. Hujan lebat menyebabkan jalan menjadi lumpur, dan menjadikan senapang tidak berguna, hinggakan kedua-dua belah pihak bertempur dengan batu dan tangan kosong. Untuk melepaskan diri dari penembak tepat yang tersembunyi, Vorontsov yang ketakutan memaksa dirinya ditandu di atas peti besi yang di tandu oleh seorang kolonel. Terperangkap, dengan 2 ribu tentera cedera, dan peluru berjumlah 60 butir setiap seorang, ketumbukan Russia tersebut menghantar wakil kepada Jeneral Freitag di Grozny, merayu bantuan.

Pada saat getir ini, Imam Shamil menerima berita yang isterinya Fatimah sedang nazak. Dia terus mengeluarkan perintah untuk meneruskan perang, dan kemudian dia pergi mendapatkan isterinya di aoul yang sejauh sehari perjalanan. Setelah memegang tangan isterinya semasa isterinya menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia menunggang kuda kembali ke medan perang, dan beliau dengan sedihnya mendapati pengikutnya telah melanggar perintahnya. Bila pengikutnya melihat tentera bantuan dari Freitag, mereka merasa lemah dan membiarkan ketumbukan Jeneral Vorontsov keluar terhencot-hencot dari dalam hutan tanpa kemusnahan lain. Shamil menggelegak dengan rasa marah, dan dia mengutuk sekeras2 pengikutnya yang lemah jiwa tanpa mencari kemenangan. Tapi Russia membayar dengan harga yang tinggi, tanah-tanah di hutan sekeliling Dargo membaluti mayat 3 jeneral, 200 pegawai dan hampir 4000 tentera biasa.

Hingga sekarang, tentera Russia masih memperingati kekalahan di Dargo dalam satu lagu sayu:
Di dalam kepanasan tengahari, di lembah Daghestan, Dengan satu peluru di hatiku, aku berbaring...

Selama 10 tahun, panji-panji Shamil berkibar di Chechenya dan Daghestan, mengisytiharkan apa yang orang Kaukasia masih memperingati sebagai Zaman Syariah. Tsar Russia, yang murka di istana luasnya di St Petersburg, menerima mesej demi mesej dari jeneral-jeneralnya memuji kemenangan mereka; padahal Shamil masih memerintah. Vorontsov, Neidhart dan yang lain-lainnya dipanggil balik ke Moscow, dan mati tidak dipedulikan orang. Tapi dalam tahun 1851, pemerintahan tentera diberi kepada seorang yang lebih muda, Jeneral Beriatinsky, yang bergelar Syaitan Moscow, dan ini telah menukar perjalanan peperangan untuk selama-lamanyanya.

Komander Russia yang baru ini mengenali taktik musuhnya, dan dia mengadaptasi tekniknya begitu juga. Dia tahu orang Chechen tidak suka pergi berperang kecuali mereka telah berwudhuk, jadi dia memastikan empangan-empangan besar dibina untuk memutuskan bekalan air ke musuhnya. Dia mengambil langkah merasuah kampung-kampung untuk menerima pemerintahan Russia, dan menangguhkan usaha menghamba-abdikan kampung-kampung tersebut.

Dia meninggalkan polisi lama tentera Russia yang membunuh wanita-wanita dan anak-anak kecil sewaktu penaklukan aoul-aoul. Tapi tekniknya yang paling berkesan ialah kempennya yang panjang dan amat perlahan terhadap hutan-hutan tebal Kaukasus. Seperti Amerika di Vietnam dan Peranchis di Algeria, dia sedar musuhnya cuma boleh dikalahkan di tempat terbuka. Lalu dia menggajikan 100,000 lelaki untuk menebang pokok-pokok beech yang besar di wilayah itu. Sebahagian pokok-pokok itu begitu besar hinggakan kapak-kapak tidak berguna, dan letupan digunakan untuk menumbangkannya. Secara perlahan-lahan, hutan Chechenya dan Daghestan hilang, dan Shamil, melihat dari banjaran yang tinggi, tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan hutan-hutan itu.Pada 1858, peperangan mutakhir tercetus. Orang Ingush, terusir dari aoul mereka oleh Russia ke dalam kem di bandar ketenteraan bernama Nazran, memberontak, dan meminta Shamil membantu mereka. Dia turun dari pergunungan dengan mujahidinnya, tapi kalah teruk dibedil oleh meriam ketumbukan yang dihantar untuk mempertahankan kedudukan itu. Bila dia kembali ke pergunungan, dia mendapati sokongan orang-orangnya semakin berkurangan. Yang paling setia padanya pun mula meninggalkannya, dan tentera Russia telah menyerang pengikut-pengikutnya yang sedikit yang tinggal.

Pada Jun 1859, Shamil berundur ke aoul yang paling sukar dijejak: Gounib. Di sini, bersama-sama dengan tiga ratus Murid-murid yang setia, dia nekad untuk bertahan buat kali terakhir. Tentera Russia dihentak berundur berkali-kali; tapi akhirnya, setelah berdoa panjang, dan terpanggil dengan ugutan Beriatinsky untuk membunuh semua ahli keluarganya jika Shamil tidak dapat ditangkap hidup-hidup, dia bersetuju untuk meletakkan senjatanya.

Begitulah berakhirnya Zaman Syariah di Kaukasus. Imam Shamil dihantar ke utara untuk bertemu dengan Tsar Russia, dan dia dibuang daerah ke sebuah bandar kecil berdekatan dengan Moscow. Di sini dia bermastautin, bersama-sama dengan rombongan keluarga dan pengikut yang semakin sedikit, hingga 1869, bila Tsar Russia membenarkan dia untuk berangkat dan tinggal di dalam persaraan di Kota Haramain. Perjalanannya yang terakhir itu, melalui Turki dan Timur Tengah, penuh dengan peristiwa, bilamana beliau disambut dengan keceriaan, laungan dan sorakan ribuan manusia, yang menyambut Imam itu yang namanya telah menjadi legenda di seluruh tanah-tanah Islam.

Anaknya Ghazi Muhammad, dibebaskan pada 1871 dari penjara Russia, mengembara ke Mekah untuk bertemu dengan Imam Shamil. Dia tiba di Mekah, namun, Imam Shamil ketika itu sedang berziarah di Madinah. Semasa Ghazi Muhammad bertawaf di keliling Kaabah, seorang yang berpakaian lusuh, berserban hijau tiba-tiba datang padanya dan meneriakkan: Wahai Mukminin, solatlah sekarang untuk roh agung Imam Shamil!

Ianya benar: hari itu, Shamil, yang menyebut ALLAH! ALLAH!, telah meninggal dunia untuk pergi ke kehidupan yang kekal di Syurga. Dia dikebumikan, di sebalik kesedihan ribuan manusia, di Perkuburan Baqi. Tapi namanya terus hidup; dan walaupun sekarang, di rumah-rumah keturunannya di Istanbul dan Madinah, di dalam flat-flat yang dindingnya masih dihiasi dengan panji-panji hitam, ibu-ibu menyanyikan pada anak-anak mereka kata-kata yang akan diingati selagi Muslim diam di Chechenya dan Daghestan:

Wahai pergunungan Gounib,
Wahai lasykar Shamil
Kota Shamil dipenuhi oleh pahlawan-pahlawan
Tapi ianya telah gugur, gugur selamanya...

Raudhah.Net


Read More..
Category : edit post

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari