"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Pandangan Al-Subki Tentang Ibn Taimiyyah

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 10:57 PM 2 comments

Berikut adalah artikel karangan Al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyy al-Din 'Ali bin 'Abd al-Kafi al-Subki tentang Ibn Taimiyyah di dalam al-Durrah al-Mudiyyah Fi al-Radd 'ala Ibn al-Taimiyyah.

Segala puji hanya untuk Allah yang telah mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar demi untuk menzahirkan islam di atas agama-agama lain sekalipun dibenci oleh orang-orang musyrik yang hendak memadamkan nur agama Allah dengan mulut-mulut mereka, pun begitu Allah tidak izinkan mereka berbuat demikian, sebaliknya Allah sempurnakan nur agamanya walaupun dibnci oleh orang-orang kafir. Selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad s.a.w.yang menjadi penolong agamaNya dengan kesungguhan yang amat sangat dan dengan dialog yang baik.Baginda menjamin umatnya akan sentiasa berada di atas jalan yang benar dan sentiasa menzahirkannya sehingga umatnya yang terakhir akan bertemu dengan dajjal dan memeranginya. Selawat dan salam juga kepada keluarga baginda s.a.w yang mulia dan para sahabat baginda yang disifatkan mereka sebagai orang yang keras terhadap orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka, dan juga kepada para tabi'in yang meredai dengan orang-orang yang terdahulu di kalangan muhajirin dan ansar.Salam sejahtera yang tidak terhingga kepada mereka semua

Selanjutnya,
Melihat kepada apa yang telah dilakukan oleh Ibn Taimiyyah di dalam usul akidah dengan memalsukan asas-asas Islam dan rukun-rukunnya dengan berselindung di sebalik tabir "mengikut al-Quran dan al-Sunnah", menonjolkan diri sebagai orang yang menyeru kepada kebenaran, memberi petunjuk kepada syurga, sebenarnya dia telah keluar daripada skop mengikut al-Quran dan al-Sunnah kepada bid'ah, beliau juga telah tersasar daripada jamaah umat Islam dengan menyalahi ijma'. Beliau telah mengungkap dengan ungkapan fizikal dan rangkuman struktur kewijudan (tarkib)pada zat Allah Yang Maha Agong dan juga berkata keberhajatan Allah kepada juzuk-juzuk kecil bukanlah sesuatu yang mustahi, beliau juga berkata makhluk(hawadith) boleh menempatkan diri di dalam zat Allah Ta'ala, al-quran adalah hadith(baharu bukan qadim) kerana Allah berfirma dengannya seblum adanya. Allah berkata-kata dan diam dan berlaku pada zatnya kehendak(iradah)mengikut keadaan makhluk, perkara ini membawa kepada iktikad keqidaman alamdan seterusnya membawa kepada pegangan alam ini tidak ada permulaan. Beliau berkata lagi bahawa alam ini tidak ada permulaan baginya, maka dia telah menetapkan sifat qadim Allah dengan (hadithah) dan sifat makhluk yg hadith sebagai qadim. Ungkapan yang sebegini tidak pernah di sebut oleh sesiapa pun di kalangan ulama Islam dan umat Islam sekalipun daripada puak 73 yang telah disebutkan oleh Nabi s.a.w.Ini adalah ungkapan kufur yang teruk, dan terdapat banyak lagi bid'ah di dalam masalah furu' yang dicipta oleh Ibn Taimiyyah. Tidak ramai yang memahami ungkapannya ini, dan pengikutnya juga terdiri di kalangan orang-orang yang tidak baik. Apabila didedahkan kepada mereka hakikat akidah Ibn Taimiyyah mereka akan mengingkarinya dan lari daripada menerima hakikat ini sepertimana mereka lari daripada sesuatu yang di benci. Para pendakwah dan pengikutnya belakon mengikut al-Quran dan al-Sunnah.

Adapun bid'ah yg dicipta oleh Ibn Taimiyyah di dalam masalah furu' sudah diketahui umum iaitu beliau menfatwakan ta'liq talak dengan sumpah,kalau berlaku talak dengan jalan ini memadai dengan membayar kifarah.Beliau dapat menarik ramai orang awam kepada manhajnya, maka perkara talak menjadi ringan di kalangan mereka. Talaq tiga dengan sekali ucapan tidak berlaku kalau sekiranya melalui surat. Beliau menulis dengan panjang lebar di dalam dua masalah ini, kadang-kadang dalam bentuk yang diringkaskan, setiap bab petuh dengan pembohongan. Pendustaanya dapat dihidu oleh ulama muktabar dan ulama-ulama fekah. Kemudian telah sampai berita kepadaku tentang tersebarnya fahaman ini keseluruh negara demi untuk menyesatkan orang awam di kalangan petani, berlakulah keraguan kepada mereka di dalam masalah talaq, ini adalah disebabkan dalil yang dipakai oleh Ibn Taimiyyah adalah ayat2 al-Quran yang beliau tidak memahami kehendaknya iaitu firman Allah "لا يؤاخذكم الله باللغو في أيمانكم" dan firman Allah "قد فرض الله لكم تحل أيمانكم" maka sukar bagi orang awam untuk menilai, dan mereka berkata" ini adalah kitab Allah" maka timbullah di dalam hati mereka keraguan. Aku telah disedari oleh sebahagian ulama yang tinggi taqwa mereka dan mendalam ilmu mereka dengan penuh harapan agar masalah yg ditimbulkan oleh Ibn Taimiyyah diperjelaskan kedudukan sebenarnya dengan bentuk yang mudah dan senang difahami oleh orang yang tidak biasa dengan perbahasan fekah. Maka aku pun menulis artikel ini untuk dimanfaati oleh mereka yang diterangi hatinya oleh Allah, dan mereka yang cintakan jamaah serta bencikan sikap mengikut sesaorang yang telah diselewengkan oleh syaitan وبالله أستعين وعليه توكلت وهو حسبي ونعم الوكيل

Itulah mukaddimah Taqiyyuddin al-Subki, untuk mengetahu dengan lebih lanjut sila rujuk kitab "al-Taufiq al-Rabbani fi Radd 'ala Ibn Taimiyyah al-Harani" oleh Jama'ah Min al-Ulama, disusun oleh Nasih Syafuq.

Read More..
Category : edit post

Ucapan Terima Kasih Bekas Student IPTIPs

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 10:16 AM 18 comments

Inilah bentuk ucapan terima kasih daripada seorang student IPTIPs tempat nabiha tuan blog ini bertugas.

"salam..ana muhammad asrie anak murid ustaz..
sebelum ustaz nak tuduh saya yang bukan2 saya nak tanya dulu:
"Dulu masa ustaz master, musyrif ustaz adalah dr.Johari Mat, seorang salafi dan ustaz buat tesis ustaz sesuai dgn manhaj salafi. masalah tawassul dan sebagainya ditolak, jadi adakah dgn ini ustaz menulis tesis sebagai seorang munafiq?"
ustaz awal2 lagi mengungut untuk menggagalkan mana2 pelajar yang tolak pendapat ustaz. adakah ini namanya terbuka?
kalau betul saya takut sgt dgn ustaz atau takt xdapat sijil, xkanlah saya sanggup buat tajuk 'Hakikat Wahabi' dlm tesis saya.bukankah saya org yang bertanggungjawab menulis artikel2 di IPTIPs yang menolak ustaz.
sekrang ustaz cerminlah diri sendiri dulu.
saya xsanggup dah nak panggil ustaz 'ustaz'..wa haza firaqu baini wa bainik..wassalamu 'ala manittaba'al huda."

Jawapan Tuan Blog


salam asri,
untuk pengetahuan anta, tesis ana bukan seliaan Dr.Johari Mat..penyelia ana Ustazah Fatimah Ali...mmg la mula ana ambik dia...so..ana tukaq sbb bercanggahan dgn apa yang ana pegang. Anta ble p cek tengok kat Univ Malaya.
ok la...xsangka di sini anta nak panggil kat ana ustaz lak...dlm shoutbox anta panggil rajul saja...terpulang la kat anta asri weeiii anta nak panggil apa...zindiq ka..musyrik ka...barua ka...hawaq ka...apa-apa pon la...mmg dah dasar wahhabi ni kurang ajaq...masa anta kat IPTIPs pon ramai pensyarah yg terasa ngn anta...nak wat apa kalu pandai pon..tapi xreti nak beradab....babai wahhabi

Read More..

Inilah Wahhabi

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 9:11 PM 0 comments

Saya telah dilawati oleh tetamu dari golongan wahhabi mujassimah mukaffirah, maka berlakulah munazarah di antara kami, mereka mengenali saya, dan saya pula hanya mengenali seorang saja di kalangan mereka. Salah seorang di kalangan mereka mensyirikkan saya tanpa mengetahui duduk perkara sebenar. Saya boleh agak siapa orang tersebut...tapi bila saya minta dia perkenalkan diri, terus dia menyepi.Di bawah ini sebahagian ungkapan mereka kepada saya;

mashoori: "وقد كذبتم على الله كذبا"(sesungguhnya kamu dengan nyata telah melakukan pendustaan terhadap Allah)

mashoori: "أنصدق برجل يعتقد بوجود الشرك المستحب؟لا والله أبدا لا"(Adakah kami akan percaya seorang lelaki yang beriktikad adanya syirik mustahab)

nabiha: ")لما كان كلام الإمام يقوي ويؤكد حجتكم أخذتم وإن لم يكن كذلك تركتم..والله عظيم"(ketika ungkapan imam (Malik) menguat dan mengukuhkan hijah kamu, kamu ambil dan kalau sekiranya tidak kamu akan tinggal...Demi Allah...hebat)

nabiha: "من يعتقد بشرك مستحب؟"(siapa yg beriktikad dengan syirik mustahab)

nabiha: "من قال هذا الكلام"( siapa cakap ni)

mashoori: "تذكر بنفسك من المعتقد بهذا الشرك من الذي قال به(ingatlah sendiri siapa yang beriktikad dengan syirik mustahab ni dan siapa yang mengungkapnya)

nabiha:"من يعتقد بالشرك المستحب ومن أنت ومن أين أخذت هذا الكلام "(siapa pula yang beriktikad dengan syirik mustahab, engkai ni siapa dan dari mana engkau ambil cakap ni)

mashoori: "والله المسنعان على ما تقولون أيها المشركون"( Dan hanya dengan Allah kami memohon pertolongan terhadap apa yang kamu katakan wahai orang-orang musyrik)

nabiha: "لو أنت من الأتقياء سوف لا تقول ولن تقول ولن تدعو غيرك بالشرك أهذا وجدت من تعاليم الوهابيين؟"(kalau engkau dari kalangan orang-orang yang bertaqwa kamu tidak dan sama sekali tidak akan berkata dan memanggil orang lain dari engkau dengan ungkapan syirik, adakah ini yang kamu dapat daripada pembelajaran wahhabi)

nabiha :"لو أنت رجل عرف نفسك"(kalau engkau lelaki, perkenalkan diri engkau)

Itulah dialog yang berlaku di antara kami. Ada di kalangan mereka bekas student saya, dan saya agak la(tak pasti)orang yang kata saya beriktikad dengan syirik mustahab tu pun adalah bekas student saya. Tapi sayang, dia tidak berani perkenalkan dirinya. Kenapa begitu ya....Saudara fikirkanlah sendiri..:)
(sila lihat shout box saya)

Read More..
Category : edit post

Istiwa' Mengikut Pandangan Mujassimah

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 11:35 PM 0 comments

Golongan Mujassimah seperti al-Hasyawiyyah dan al-Wahhabiyyah menafsirkan istiwa' yang terdapat di dalam al-quran dengan makna duduk(julus),tinggi(irtifa')naik(su'ud), dan tetap(istiqrar). Di antara bukti-buktinya boleh dilihat di dalam buku-buku mereka seperti:
1. Kitab "al-sunnah"yg disandarkan kepada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di halaman 5 ada menyebut "وهل يكون الإستواء إلا بجلوس" Maknanya: dan adakah makna lain bagi istiwa' selain daripada duduk. Memang sudah diketahui Golongan Wahhabi mencetak dan menyebarkannya dengan percuma.

2. Di dalam buku " al-Kawasyif al-Jaliyyah 'an ma'na al-wasitiyyah" oleh Syeikh Abd Aziz al-Muhammad al-Salman al-Madras cetakan Riad di dalam muka surat 195 ada menyebut tentang makna istiwa' dengan "ومعني الأستواء العلو والإرتفاع والإستقرار والصعود" Maksudnya: Makna istiwa adalah tinggi, terletak pada tempat yang tinggi dan tetap.

Mereka mengambil bukti daripada ayat "الرحمن على العش استوى" dan "ثم استوى على العرش"

Mengikut ulama salaf, makna istiwa' adalah sepertimana yang telah di sebut oleh Ummu Salamah isteri Baginda Rasulullah s.a.w.: istiwa; bukan majhul, cara tidak boleh difikir dengan akal dan menerima konsepnya adalah daripada iman, dan menolaknya pula adalah kufur.(lihat tafsir al-Tabari j.7, h.22.

Imam Malik berkata:"istiwa' diketahui, cara berlakunya tidak diketahui,beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bid'ah"

Imam Ahmda bin Hanbal pula menjawap ketika beliau ditanya tentang istiwa' dengan ungkapan" Dia beristiwa' sepertimana Dia memberitahu bukan seperti apa yang terlintas di pemikiran manusia".

Ketika Imam Syafie ditanya tentang istiwa' beliau menjawap "aku beriman dengan tanpa sebarang tasybih, aku membenarkan tanpa tamsil aku mencerca diriku supaya tidak menyelidikinya dan aku menahan diriku dengan bersungguh-sungguh daripada menyelam maknanya".

Di dalam kitab Ibn Jauzi "Zad al-Masir" beliau menyebut:"ulama salaf sepakat menyarankan agar ayat الرحمن على العرش استوى tidak dibaca dengan berlebihan maknanya, tidak boleh mengatakan مستوعلى العرش kerana isim fa'il ini adalah isim musytaq yang memberi makna tetap berlainan dengan lafaz fe'el(perbuatan). Kerana makna isim fa'il tentang ayat ini adalah lemah dah tidak sesuai dengan zat Allah Yang Maha Agong, dan lagi tidak boleh menukar perkataan 'ala dengan fauqa.

Imam Ibn Kathir pula mengatakan bahawa: Sesungguhnya mazhab salaf seperti Imam Malik,Auza'i, al-Thauri, al-Laithi bin saad, al-Syafi'e, Ishak bin Rahuwaih dan lain-lainya di kalangan ulama Islam dulu dan sekarang, menerima makna istiwa' tanpa menentukan cara, juga tidak menyamakannya dengan makhluk. Yang jelas di sini ialah golongan musyabbihah menafikan makna yang sebenar bagi Allah Ta'ala.

Dengan yang demikian kita dapati salaf al-soleh di kalangan para sahabat, tabi'in, ulama mujtahidin tidak menafsirkan makna istiwa dengan duduk dan tetap di atas 'arasy tetapi sebaliknya mereka menerima dan menyerah makna ayat ini dengan keadaanya tanpa sebarang tasybih dan tajsim. Mereka menganggap sesiapa yang cuba menghalusi maknanya adalah bid'ah, mereka juga menerangkan bahawa cara istiwa' tidak diketahui, tetapi wahhabiyyah yang berselindung di sebalik tabir salafi seperti Abd Rahman al-Khaliq di dalam bukunya "usul al-'ilmiyyah li al-da'wah al-salafiyyah" menempelak pandangan salaf dengan ungkapan"kononnya hidayah itu milik mereka, ini adalah pendustaan dan pembohongan mereka terhadap Allah Ta'ala". Sungguh berani wahhabi menempelak para sahabat, tabi'in dan ulama mujtahidin.

Makna Yang Sebenar bagi istiwa'

Akidah ahl al-Sunnah tidak menafikan sifat istiwa', mereka beriman dengannya tetapi mereka mengengkari tafsir golongan mujassimah yang mengatakan Allah bersifat duduk dan tetap di atas 'arasy, kerana penafsiran begini hanya layak untuk makhluk sahaja.wallahu 'alam

petikan dari al-mizan al'adl oleh Abd al-Qadir 'Isa Dayyab

Read More..

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari