"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Renungan Ramadhan

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 5:11 AM

Tahun ini ramadhan datang lagi, alhamdulillah kita diizinkan oleh Allah Ta'ala, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani untuk kita merebut barakah ramadhan pada tahun ini. Kita sebagai hambaNya sudah tentu amat bersyukur kepadaNya kerana tidak pernah jemu memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk mendekatkan diri mereka kepadaNya.

Cuba kita fikirkan sejenak, betapa banyaknya dosa-dosa kita yang kita lakukan di persada umur kita yang tidak seberapa kalau dinisbahkan kepada kehidupan Akhirat yang tidak ada penghujungnya. Mampukah kita berhadapan dengan Allah Ta'ala di Mahkamah Rabb al-Jalil untuk dihisab semua amalan kita.

Allah Yang Maha Pengampun sentiasa membuka peluang kepada kita untuk kita bertaubat, dan amat gembira dengan taubat hamba-hambaNya. Saban satu pertiga malam Allah menjanjikan keampunan untuk hamba-hanbaNya.

Pada kesempatan yang ada pada umur kita ini, khususnya pada bulan ramadhan yang mulia ini sama-samalah kita merebut peluang untuk kembali kepadaNya dengan kita menggandakan amalan soleh kita, kita perbanyakkan taubat kita agar kita kembali kepadanya dalam keadaan yang Dia merestui kita dan meredhai kita.

Ya Allah, kurniakan kepada kami taubat yang sebenar-benarnya, bantulah kami untuk kami taat kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah, Kami hamba-hambaMu yang amat dhaif, bantulah kami Ya Allah.
Hai Tuan kami, kami mohon petunjuk, pimpinlah kami Ya Allah. Hai Tuhan Yang Pemurah kami mohon makmul doa-doa kami, Hai Tuhan Yang Penyayang Engkau lebih mengetahui, Hai Tuhan Yang hidup Yang memerintah sekeliannya, Hai Tuhan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang kekal, Hai Tuhan tempat tumpuan, kami taqwa sebenar-benar akan dikau, Hai Tuahan keampunanMulah Kami pohon Ya Allah, Wahai Tuhan Yang mengingatkan ahli mereka yang berzikullah, terimalah taubat kami, taubat yang sebenar-benarnya, taubat kami tidak ulang kembali, dan kelebihan-kelebihanlah akan kami dengan limpah kasih besar belas sayangMu Ya Allah. Cahaya yang gilang gemilang berkilauan nur iman akan kami Ya Allah. Wahai Tuahan Yang Penyayang pada zikrullah daripada sekelian yang penyayang, makbul dikami Ya allah.Amin..amin Ya Rabbal 'Alamiin

Category : edit post

0 Response to "Renungan Ramadhan"

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari