"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Petanda Mati Dalam Husnul Khatimah

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 2:19 AM

Semalam, tanggal 25hb. Oktober 2008 jam 2.05 petang saya mendapat sms daripada anak sahabat saya yang mengatakan ayahnya tengah nazak, tidak lama kemudian lebih kurang jam 2.30 ayahnya telah kembali ke Rahmatullah. Oleh kerana ada hal yang menghalang maka saya tidak dapat bersama-sama mereka untuk menguruskan jenazahnya keluar daripada hospital. Saya sampai ke rumahnya selepas solat asar dan didapati ramai sahabat-sahabat lain yang sudah berada di sana. Setelah memohon izin untuk melihat jenazah saya pun masuk dan membaca surah Yasin di sisinya. Selesai membaca surah Yasin saya membuka kain yang menutupi jenazah….saya amat kagum dengan anugerah Allah kepada sahabta saya yang serba sederhana dalam kehidupannnya. Saya dapati wajahnya berseri dan mengakhiri hayatnya dengan senyuman..MasyaAllah…Subhanallah..semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang soleh di sisiNya. Sebelumnya..pada tanggal 13 Ramadan 1429 ayah saya telah kembali mengadap ilahi…niat di hati pada hari tersebut nak berbuka puasa dengannya, tapi Allah tak izinkan…Alhamdulillah matinya sebagai seorang yang taat kepada Allah, semoga Allah mengampuni kita dan mereka yang telah pergi mengadapnya. Aminnnn Ya Rabb al-‘Alamin.
Renungan kali ini mengajak tuan-tuan semua agar mengingati mati. Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian - Agar kematian yang kita ingini insya-Allah tercapai - iaitu Husnul Khatimah (Penyudahan Yang Baik)
Di antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:
1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:
Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.
Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi.
3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah:
Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
1. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
2. Diselamatkan dari seksa kubur.
3. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
4. Diperhiasi dengan iman.
5. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).
6. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
5. Mati kerana melhirkan anak.
6. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah:
Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).
Riwayat oleh Muslim.
7. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah:
Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.
Riwayat oleh Muslim.
8. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
9. Mati terbakar. Riwayat At-Tabrani.
10. Mati dalam nifas. Riwayat At-Tabrani.
11. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah:
Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.
Riwayat Tabrani.
12. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah:
Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga.
Riwayat Daud.
13. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bukhari.
14. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah:
Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.
Riwayat Abu Daud.
15. Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.
16. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.
Berkata Abu Laith - Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
1. Mejaga sembahyang 5 waktu.
2. Banyak bersedekah.
3. Banyak membaca Al Quran.
4. Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
1. Meninggalkan dusta.
2. Meninggalakan sifat khianat.
3. Meninggalkan sifat mengadu-domba.
4. Mejaga Kencing.
Wallahu a’lam.

Category : edit post

0 Response to "Petanda Mati Dalam Husnul Khatimah"

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari