Petikan dari Buku ruhul Zikri Jilid ke-1 ini mengandungi sebahagian dari kata-kata sufi Syeikh Mahmud atau nama penuh beliau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi, pengasas Madrasah Nurul Iman yang dipetik daripada syarahan mahupun nasihat beliau kepada murid-muridnya. Kata-kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata-kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam.
Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap -dengan rahmat dan kasih sayang Allah – dapat menangkis tuduhan-tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawuf. Semoga petikan dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk menjadi hamba Allah yang sehamba-hambaNya di dunia-Nya ini, Insya Allah.
1. Perkara kerohanian tidak boleh difaham dengan aqal, nafsu dan ilmu. Jika boleh
dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan
Sheikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini
menjadi contoh.
2. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal-awal lagi
syaitan tipu.
3. Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih
daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikkan lebih pahit
daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.
4. Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak
berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah-mudahan Allah S.W.T. ampun dosa
kita.
5. Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang
banyak jual di kedai.
6. Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu.
7. Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.
8. Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah
(keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam). Banyakkan
selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah S.W.T., zuhud, tinggalkan
makhluk, bersungguh-sungguh dengan Allah S.W.T., istiqomah, tegas, tiada tujuan
dunia dan akhirat.
9. Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju
“Rodhiah” tetapi terhenti kepada Abid tidak fana’ ‘ul-fana’.
10.Perkara kerohanian tidak boleh difaham melainkan rahmat Allah S.W.T. melalui
Rasulullah SAW, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah S.W.T.
Kalau kenal dengan cerita-cerita orang (perasaan kita tidak sah).
11.Kalau tak senang dengan sesuatu - DIAM!
12.Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah S.W.T. Semoga jadi hamba Allah
S.W.T.
13.Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh.
14.Watak Aulia - kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.
15.Kenal Allah S.W.T. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah
S.W.T. pakaikan dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyirikin tidak
mengenal Rasulullah S.A.W. (walhal Rasulullah, Allah S.W.T. pakaikan baginda
dengan penuh sifat-sifat kesempurnaan).
16.Hendak kenal wali tanyalah Allah S.W.T., jangan tanya orang.
17.Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.
18.Saya berdoa kepada Allah S.W.T. nak jadi hamba Allah S.W.T., bukan nak jadi wali.
19.Buat ibadat nak jadi wali – syirik!
20.Allah S.W.T. tak pilih orang malas jadi wali.
21.Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.
22.Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.
23.Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah S.W.T.
24.Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak
ajar kamu menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah S.W.T. yang bertaqwa.
25.Saya hamba Allah S.W.T. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang Allah
S.W.T. bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.
26.Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia
nak atur Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.
27.Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat
pun tidak.
28.Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk
sekali dengan orang soleh ini cerita kartun.
29.Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi
Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak?
30.Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.
31.Uwais Al-Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman
kepada Allah S.W.T.
32.Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu amarah kemudian berdoa
dengan Tuhan. Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah S.W.T. jadikan nafsu
Amarah supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.
33.Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila
hati suci, barulah ada tauhid.
34.Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak
isteri saya dulu, tetapi ia adalah anugerah Tuhan.
35.Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).
36.Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan
Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka
jadilah kera.
37.Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar-besar kezaliman
ialah mengikut hawa nafsu.
38.Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya,
banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.
39.Matlamat saya bukannya batu, kayu (bangunan) dan ramai orang, tetapi saya nak
orang yang bersungguh mengikuti garisan syariat dan Thoriq.
40.Saya mengajar ilmu para wali bukannya tok sami!
41.Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat
ibadat nak fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.
42.Saya kagum dengan ketahanan yang ada pada Hallaj, orang korek mata, kerat tangan
dia, dia tidak rasa sakit.
43.Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah
tidak ada gunanya lagi.
44.Kesufian bukan boleh di dapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati
dengan zuhud dan yakin.
45.Kekufuran tidak boleh menghilangkan kekufuran. Hanya keRasulan, kenabian dan
kewalian sahaja yang boleh menghilangkan kekufuran.
46.Hanya ketaqwaan yang tinggi sahaja yang boleh menundukkan kesombongan, kekufuran
dan kesyirikkan sebagai mana Ibrahim Khalilullah menghancurkan kerajaan Namrud.
47.Jangan buat ibadat pura-pura, nanti jadi kura-kura.
48.Kamu jangan biadap dengan Allah S.W.T.
49.Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah-buahan tetapi tak
makan buah, bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah).
50.Saya berjalan tidak kisahkan orang. Jangan kacau orang. Orang kacau kita, tidak
mengapa.
51.Maksud Al Quran “Hendaklah kamu berzikir banyak, mudah-mudahan kamu semua
mendapat kejayaan” (Surah Al Jumaah Ayat 10). Allah S.W.T. tidak bagi tahu banyak
mana, sekurang-kurang banyak ialah sampai Mutmainnah.”
52.Selagi belum Mutmainnah, selama itu punah ranah.
53.“Ada yang lain lagikah? Tak ada lagi dah. Mari kita pakat duduk di atas Laila
haillallah”. Tok Ayah Said r.a.
54.Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda
membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”. Oleh itu supaya
kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “Laila hailla anta
subhanaka inni kuntu minazzolimin”.
55.Ulama’ terhijab dengan ilmunya, ‘abid terhijab dengan ibadahnya, zahid terhijab
dengan zuhudnya dan soleh terhijab dengan kesolehannya. Ini semuanya dinamakan
hijab nurani.
56.Bila mata kita muafakat dengan syariat, telinga kita muafakat dengan syariat,
fikiran kita muafakat dengan syariat, tangan kita muafakat dengan syariat,
namanya bersungguh-sungguh.
57.Sekiranya apa yang saya anjurkan, sampaikan atau yang saya lakukan ini tidak
muafakat dengan garisan Al-Quran dan Sunnah tolong jangan pakai. Saya menerima
setiap kritikan yang membina.
58.Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan
di dalam segenap aspek.
59.Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah S.W.T.
tetapi kita menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam sains dan teknologi.
60.Saya berdoa kepada Allah S.W.T. “Ya Allah, hamba mu ini tak pandai nak memanggil
(menyeru) berdakwah macam orang lain. Jadi Engkau hantarlah mereka-mereka yang
Engkau Kehendakki dan Rahmati ke sini, sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. di perintah
oleh Allah S.W.T. menyeru manusia datang ke rumahnya (Baitullah).
61.“Buat kerana Allah – Mahmud!” Nasihat Tuan Guru Haji Hussin Dol r.a. kepada saya.
62.Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. (Pengasas Jemaah
Tabligh, Ahli Zaman Abad 14 hijrah) dari segi menghancur hati kepada Allah S.W.T.
cuma caranya berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi
jutawan, tauke kilang nak jadi jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun
caranya berbeza tetapi matlamat mereka sama, nak jadi jutawan!
63.Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen
lagi. Tapi kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?
64.Sebenarnya kita kena asuh perkara ini (jalan orang-orang muqarrabin) daripada
awal lagi kerana semua wali Allah S.W.T. yang besar mula daripada kecil.
65.Punca-punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut
nafsu.
66.Bukan orang lain dan unsur-unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang
merosakkkan kamu sendiri.
67.Air mata takut Allah S.W.T. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata
lembu? Bila dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia
mati dia menangis. Macam itulah air mata orang tidak takut Allah S.W.T.
68.Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah S.W.T. boleh memadamkan
api neraka. Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear - kalau dibandingkan
dengan api neraka! Sebab itulah Ibllis dan konco-konconya mencari jalan untuk
memupuskan jalan-jalan orang yang takut Allah.
69.Allah S.W.T. menceritakan di dalam Al-Quran “Sesungguhnya zikrullah itu Maha
Besar, Maha Agung” (Surah Al Ankabut Ayat 45). Maknanya zikrullah itu lebih hebat
daripada bom atom. Pasal inilah Yahudi dan konco-konconya menghalang orang
berzikir dan halqah zikir.
70.Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam-macam lagi samalah
dengan Iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan) kepada Allah nak
menyesatkan manusia.
71.Serban putih dan jubah putih senang di beli, yang tiada dijual perut yang bersih
walaupun hendak di beli dari wali Allah bahkan dari Rasulullah kerana taufiq dan
hidayah di tangan Allah.
72.Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan ‘Aulia
Sheikh Abdul Qadir Al Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara-cara dan
punca-punca hendak mendapat karomah.
73.Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum
(membuat andaian) di atas pandangan orang-orang hasanah. Kerana kebaikkan
orang-orang hasanah adalah kekejian bagi orang muqarrabin.
74.Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia yang dah mati seperti Ibnu
Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari
para aulia yang hidup di zaman kita ini? Seolah-olahnya mereka mahu aulia yang
dah mati itu hidup semula, lebih baik minta Rasullah S.A.W. hidup balik untuk
membimbing kita, kerana baginda Saiyidul Mursalin – ini lebih afdal!
75.Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajud tak boleh
beli.
76.Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullallah.
77.Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam
badan mereka ada sel-sel darah ular. Kita orang Islam tak makan ular, kemudian
kita tak buat perkara yang lebih bisa dari bisa ular (zikir, istighfar dan
selawat).
78.Bila (iman) kita lemah, maka orang-orang yang lebih lemah daripada kita akan
mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita
memperbaikki diri kita.
79.Allah S.W.T. tak terima doa orang yang mengikut nafsu Ammarah.
80.Maafkan segala kesalahan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun
mereka tidak memohon maaf.
81.Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang
besar macam mana orang yang main luncur ombak hendak rasa keseronokkan bermain
ombak.
82.Kalaulah binatang buas boleh di latih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkes
dilatih untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia kerana
Allah berfirman “Walhal mereka seindah-indah makhluk Allah” (Surah Tin Ayat 4).
83.Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!
84.Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad
kamu, daging dan tulang saya kamu pakai sekalipun! Kamu tak akan dapat
sebagaimana saya dapat sekiranya kamu tak bersungguh - sebagaimana saya
bersungguh-sungguh dengan Allah.
85.Bukan nak (zikir dengan suara) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati
dengan Allah tetapi kebiasaanya nak hancurkan batu gunung untuk buat jalan kena
gunakan bahan letupan. Kemudian batu tadi di masukkan di dalam masing penghancur,
tentulah proses ini mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah hati manusia lebih keras
dari batu.
86.Saya tak bimbang anak-anak saya tak makan kerana rezeki, Allah sudah jamin. Yang
saya bimbang anak-anak saya tak ada iman.
87.Saya tak setuju dengan orang-orang yang hanya bercerita tentang datuk nenek
mereka orang hebat, orang soleh dan tok wali. Dia tu macam mana? Sepatutnya dia
boleh lebih (dapat) lagi, atau pun sekurang-kurangnya dapat sama macam datuk
nenek mereka. Kalau guru buat matan, murid buat syarah. Ini tidak – masuk hutan!
(tak terpakai).
88.Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zohir syariat. Mereka
tidak terbuka rahsia syariat. Jika kita berpegang kuat denga syariat dan hakikat,
mereka tak boleh makan kita.
89.Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam
syurga. Apatah manusia yang bersungguh-sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada
orang yang menulis nama-nama mereka (Ashabul Kahfi) untuk dibuat azimat sahaja.
Ini saya tak setuju, sepatutnya kita kena ikut langkah mereka untuk menyelamatkan
iman. Kita pun akan sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada
mereka.
90.Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai
ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah – kamu
tak pandai?
91.Duduklah tang manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di tengah, di laut atau di darat. Matlamat kita ialah kehambaan.
92.Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke
jalan Allah.
93.Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang
sangat penting. Sebab itulah Rasullullah S.A.W. suruh memilih perempuan yang
beragama untuk dijadikan isteri.
94.Untuk menyucikan darah-darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinnan, darah
kekufuran dan kesyirikan. Hendaklah menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta.
95.Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang-orang yang nak
berjalan.
96.Setengah orang seronok membaca dan mendengar keromah Syaikh Abdul Kadir Al
Jilani. Nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syaikh
Abdul Kadir Al Jilani, Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani.
97.Ada dua jalan manusia menuju Allah S.W.T:
Jalan Nubuwwah
Jalan Nubuwwah bermula sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Muhammad S.A.W. Jangka masa ini tidak diketahui oleh sebarang manusia, kecuali Allah S.W.T sahaja. Inilah jangka masa manusia mencapai Allah S.W.T , di mana wahyu sentiasa di turunkan. Zaman Nubuwwah ini telah berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan bermula lagi.
· Zaman Wilayat (kewalian)
Zaman wilayat di mana para aulia menunjukkan manusia jalan kepada Allah S.W.T sehingga akhir zaman. Bila zaman Nubuwwah berakhir, maka dari situ zaman wilayat bermula. Wilayat bermula dengan para-para sahabat, diikuti oleh para tabien yang berlandaskan hadis Akbaru Tabik, Uwais Al Qarni. Jalan ini berterusan hingga Syaikh Abdul Kadir Al Jilani pada abad ke 5 Hijrah di mana mahkota wilayat telah di anugerahkan kepada beliau.
Zaman wilayat ini bermula dari zaman sahabat hingga ke zaman Saiyidina Muhammad Al Mahdi. Semua aulia di dalam dunia ini mencapai Allah melalui warasatul aulia (bimbingan para aulia).
Allah S.W.T membimbing mereka melalui syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Pancaran nur kalimah ‘La ila haillallah’ yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sentiasa dikawal dan diperlihara oleh para aulia supaya memancar dan bersinar.
98.Saya kalungkan mutiara di leher anjing, mudah-mudahan ia menjadi kambing.
99.Sembahyang 5 waktu di wajibkan pada tahun ke 10 daripada kenabian dan kerasulan.
Sebelum itu Rasulullah menyuruh para sahabat menguatkan iman dengan banyak
menyebut ‘La ilaha illallah’.
100.Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh
masyarakat tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia
dan cerdik. Beliau tidak tunduk kepada kekufuran dan kesyirikkan walaupun
jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai golongan cerdik pandai, ada
pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama; tetapi berhubung dengan keimanan
dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal r.a.
101.Kamu jangan sangka, kamu ikut saya, duduk majlis saya, sembahyang belakang saya,
kamu dah dapat masuk syurga. Saya pun belum tentu lagi Allah nak letak di mana,
di syurga atau neraka!
102.001 (zero, zero, one) ini nombor kod Ahlullah. Kosong dunia, kosong akhirat,
hanya Allah yang Esa.
103.Bergaul dengan jutawan berasa nak manfaat dari mereka. Syirik! Tengok benda
seronok, berasa seronok. Syirik dengan ‘seronok’. Duduk dengan orang jahat dan
ganas, berasa takut dia kacau kita. Syirik dengan ‘takut’ pula. Bila tengok
perkara yang tak elok dan tak berkenan, tak nak dan tak mahu pula. ‘Syirik
dengan tak nak’. Tengok perkara yang berkenan dan menawan berasa nak. Syirik
dengan ‘nak’ pula.
104.Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang
nak baiki?
105.Jadilah hamba Allah sehamba-hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling
banyak dosa? Angkatlah tangan!
106.Berdoalah kepada Allah supaya buta mata daripada melihat perkara yang dilarang.
Pekak telinga daripada mendengar perkara yang di larang. Bisu mulut daripada
bercakap perkara yang ditegah. Batukan anggota daripada melakukan perkara yang
Allah larang.
107.Orang munafiq di zaman ini tak senang dengan pakaian sunnah.
108.La hau la wala quwwata illa billah. Cakap senang ,nak duduk di atas garisannya
payah.
109.Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu.
110.Orang Melayu terhijab dengan bahasa Melayunya, orang India terhijab dengan
bahasa Tamilnya. Orang Cina terhijab dengan bahasa Cinanya. Orang Jawa terhijab
dengan bahasa Jawanya. Orang “ARAB” pun terhijab dengan bahasa Arabnya.
111.Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.
112.Orang yang loyar buruk dengan ALLAH ialah orang yang loyar buruk dengan Aulia
Allah.
113.Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita.
114.Bila kita buat kebajikan. Pandanglah, bahawa itu semuanya anugerah dan rahmat
Allah. Kalau buat perkara yang tak berbetulan dengan jalan keridhoannya
janganlah disandarkan kepada Allah. Salahkan nafsu kita sendiri. Ini tidak! Bila
buat kebajikan kita rasa ada “share” dengan tuhan. Bila buat maksiat dikatakan
pula ini qodho tuhan. Inilah puncanya manusia tak sampai tuhan dan semakin jauh
daripada “rahmatNya”. Tidak lain kerana biadabnya kita!
115.Guru saya pesan. “Mahmud! Janganlah ajar adab nanti mereka biadab. Ajarlah
mereka beribadat sehingga mereka beradab!”
116.Apabila tidak senang dengan aturcara “perjalanan Ahlullah” itu tandanya ada
darah kejinnan mengalir di dalam jasad. Untuk menghilangkannya hanyalah “Fana’-
fi-syaikh” (ikut segala aturan guru). Guru yang ikhlas tidak akan membawa
muridnya masuk “neraka”.
117.Para Aulia tidak menyembunyikan “Ilmu”. Orang dunialah yang menyembunyikan ilmu.
Kerana ada kepentingan dan tak ikhlas. Mereka takut anak murid mereka lebih
bijak! Bersalahan dengan aulia’, mereka mahu murid-murid mereka lebih cemerlang
dan berjaya.
118.Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang
berpanjangan.
119.Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”.
Yang silapnya pasal kita “Ikut hawa nafsu!”
120.“Buat apa nak zikir (suara) kuat-kuat? Allah S.W.T. bukan pekak! Zikir perlahan
pun Allah S.W.T. dengar”. Ini cakap orang yang tidak kenal tuhan, cakap orang
kafir. Habis itu Allah S.W.T. jadikan petir yang berbunyi kuat itu, dia tidak
dengar ke? Memang Allah S.W.T. tidak pekak tetapi yang pekak itu “nafsu”, dia
tidak mahu dengar dan ikut perkara yang Allah S.W.T. redha. Itulah sebabnya
disuruh berzikir dengan suara yang kuat. Memang berzikir dengan sirr lebih
afdhol daripada zikir (suara) kuat. Tapi ini untuk orang yang dah sampai.
121.Selaku umat Rasulullah S.A.W. di abad 15 ini. Saya akan bersungguh-sungguh
memperjuangkan dan mempertahankan perjalanan Ahlullah.
122.Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan
orang lain.
123.Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk
dengan kekufuran dan kesyirikan di luar kita.
124.Dalam hadis Rasulullah S.A.W. menyatakan “bahawa para sahabat umpama bintang-
bintang di langit”. Walaupun mereka berlainan bidang seperti bertani, berniaga,
kaya, miskin, panglima, hamba abdi dan lain-lain tetapi mereka mempunyai satu
rahsia dengan tuhan iaitu memilikki sifat “kehambaan”. Inilah perjalanan
Ahlullah.
125.Gagahnya satu-satu zaman itu di sebabkan gagahnya para Aulia di zaman itu.
126.Air hujan yang turun dari langit “jernih”. Tapi bila sampai di bumi jadi keroh,
kotor dan berwarna merah disebabkan tanah. Begitulah rahmat Allah yang turun
dari langit, “suci”. Tapi perut (hati) kamu yang mengotorkan rahmat Allah itu.
Kenapa air hujan yang turun di laut jernih? Sebab air laut jernih.
127.Sembahyang ada waktu. Zikrullah tidak ada waktu tertentu. Zikrullah kena
sepanjang waktu. Semua para nabi dan rasul berzikir.
128.Selagi mana kita terasa reti. Selama itulah kita tak reti!
129.Terasa adanya “kita”. Itulah kesalahan yang besar.
130.Selagi terasa adanya kita. Selama itulah kita menderita.
131.Kita tak soal UMNO ka, PAS ka, ADIL ka. Kita akan berganding bahu dengan
orang-orang yang sanggup berdiri, mengikuti aturcara kebangkitan (Islam).
132.Abad 15 (hijrah) ialah (abad) kebangkitan Islam.
133.Semua para aulia di dalam dunia sepakat mengharamkan rokok.
134.Satu batang rokok yg dihisap menjadi hijab dengan Allah selama 40 hari.
135.Serban, Jubah dan janggut lambang orang soleh.
136.Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain
dulukan kaki kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu
dan mulakan dengan kaki kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki
kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri.
Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu tidak! pakai ikut “DAN!”.
Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk dalam
badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak
jaga, macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?
137.Buang atau cukur janggut, simpan misai. Macam Hindu - ikut Hindu. Rasulullah
S.A.W. suruh panjangkan janggut, andamkan misai.
138.Semua nabi-nabi dan Rasul-Rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh
Allah S.W.T. untuk menguatkan iman dan takwa dahulu. Bila iman dan takwa dah
kuat, barulah perkara-perkara lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat
ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam a.s. mula-mula di turunkan ke bumi
ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan Allah S.W.T. selama 40
tahun. Adakah beliau buat benda lain dulu?
139.Kenapa orang Islam yang dulu-dulu hebat dan kuat. Sebab mereka kuat berpegang
dengan Allah S.W.T. dan Sunnah. Kita sekarang tidak, sebab itulah orang Islam
sekarang lemah.
140.Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak dunia.
141.Orang yang baik merasa dirinya jahat!
142.Orang yang jahat merasa dirinya baik!
143.Dalam bala ada nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah
di dalam penderitaan.
144.Bala ada 4 jenis:-
a.Sirajun-lil-ariffin
Penerang bagi orang arifbillah.
·b.Yaqozatun-lil-muridin
Penyedar bagi orang yang hendak mengenal Allah.
·c.Islahun-lil-mukminin
Membaikkan orang yang beriman.
·d.Halakun-lil-ghafilin
Membinasakan orang yang lalai pada Allah S.W.T.
145.Punca bohsia dihari ini (keruntuhan moral) ialah disebabkan suntikan yang diberi
kepada bayi yang mengandungi hormon lembu/kuda. Apa kerja lembu/kuda? Jadi
budak-budak ini ikut perangai lembu/kudalah! Yang ada hormon manusia sahaja pun,
payah nak asuh apatah lagi yang ada hormon lembu/kuda. Inilah cara
Yahudi/Nasrani untuk melemahkan orang Islam. Mereka tahu sekarang ini adalah
masa kebangkitan Islam. Mereka bunuh sel-sel kesolehan yang terdapat dalam
anak-anak orang Islam. Sebagaimana Firaun membunuh anak-anak bani Israel kerana
takutkan Musa a.s.
146.Wajib taat kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. dan orang-orang yang
“mengajak” kita taat kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.
147.Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini
adalah lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita.
Itu yang menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!
148.Saya buat kerja saya. Saya tak kesah orang nak marah ke atau suka!
149.Di jalan Allah S.W.T. tidak ada Mujadalah, Mubahasah, Munazaah dan Munakasyah
(bertengkar, berdebat, berbahas). Yang ada di jalan Allah S.W.T. hanya amanu
(beriman) dan wa a’milus solihah (dan beramal soleh).
150.Penyelewangan hadis. Betullah! Rasulullah S.A.W suruh tuntut ilmu sampai ke
negeri China, tetapi masalahnya bila kita hantar penuntut kita ke China, mereka
jadi China!, hantar ke Amerika jadi Amerika!, hantar ke England jadi England!.
Pasal kita tidak beri mereka kekuatan (iman dan takwa) terlebih dahulu. Hadis
ini Rasulullah S.A.W. menceritakan di mana dan pada bila? Pada masa iman para
sahabat dah cukup kuat. Inilah penyelewengan hadis namanya.
151.Kalau perut dah kenyang macam-mana nak meratib?
152.Satu orang Tuan Guru (Sg. Pau Kedah) komen apa yang saya anjurkan. Saya bagi
tahu dia, “Pak Cik! Kalau Mahmud buat ikut hati - mati. Ikut nafsu, lesu. Kalau
Mahmud buat kerana Allah masyaAllah. Tengoklah nanti bagaimana Mahmud gila
(majzub) ini memimpin manusia ke jalan Allah".
153.Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik
darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk
memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.
154.Dalam perjalanan Ahlullah, selagi belum Mutmainnah dikira orang baru.Walau dah
30 tahun ikut tapi belum Mutmainnah di kira masih orang baru.
155.Cara-cara memohon guru mursyid.
a.Selalu buat sembahyang hajat.
b.Banyakkan membaca Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin (istighfar) dan selawat.
c.Berdoa - "Ya Allah dengan berkat Rasulullah S.A.W. dan berkat para waliMu yang
besar-besar. Pertemukan aku dengan orang yang kau kasih untuk membimbing hambamu
yang daif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata-mata dengan rahmatMu
sahaja. Ya Allah!".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bismillahhirrahmanirrahim
Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?
1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
Rujukan:
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm (http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm)
Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995
2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445 (http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445)
3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html (http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html)
4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
Ini disalin dari booklet bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS
5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
(Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)
Booklet berkenaan bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
(Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
Cetakan Pertama - 2000
Cetakan Ketujuh - 2006
Aurad Ismailiah
(Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)
Latar belakang
1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.
Ciri- Ciri Kesalahan
1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.
Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
Wallahualam
"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]
hadith qudsi:
"barangsiapa memusuhi waliKU, AKU isytihar perang atas mereka"