"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Black Metal

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 3:13 AM

Mari sama-sama kita melihat dan meninjau fatwa di bawah ini tentang Black Metal. Walaupun isu ini agak lama sudah diperkatakan tetapi yang jelasnya masih terdapat golongan-golongan yang terpengaruh dengan muzik-muzik liar mereka. Sekali imbas pada logo-logo mereka sudah jelas pengasas atau tali barut di sebalik kumpulan ini....Moga Allah menyelamatkan kita daripada tipudaya syaitan...dan memberikan kita ketenangan dengan hiburan yang hakiki...iaitu zukrullah. Sesunggahnya janji Allah pasti akan berlaku dan terjadi...bila Allah janjikan ketenangan dengan mengingatinya maka akan ada ketenangan....Janji-janji syaitan hanya tipu muslihat yang memuaskan keinginan nafsu semata-mata.

BAHAYA ‘BLACK METAL’
Merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam



Latar Belakang

Black Metal adalah muzik yang muncul pada awal 1980-an, sama era muzik Heavy-Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death metal.

Antara pengasas muzik Black Metal yang dikenali ramai seperti Kumpulan Venom, Mercyful fate, Bathory, Helthammer, Bulldozer, Celtic Frost dan Mayhem. Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom ‘Black Metal’ yang bermaksud logam hitam.

Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan pengaruh muzik dari Norway seperti Darkhtronhe, Enslaved, Burzum, Mayhem, Immortal, Ancient, dan Emperor.
Aliran muzik yang diasaskan di barat jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya yang liar, ganas, mengagungkan syaitan serta perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan (anti agama) dan alam ghaib.


Sejarah ringkas Black Metal

Pemain gitar Mayhem berbangsa Norway, Oystein Aarseth atau lebih dikenali Euronymous adalah anggota yang paling menonjol pada lewat 1980-an dan awal 1990-an.
Black Metal yang diperkenalkan Aarseth ada kaitan dengan National Social Black Metal (NSBM- ada pengaruh neo-Nazi), beliau memasukkan elemen menentang Yahudi.
Pergerakan kumpulan itu dilakukan secara sembunyi bermula di bilik bawah kedai muzik milik Aarseth. Kemudian dikembangkan di kalangan sahabat rapat mereka. Bilik bawah tanah itu dikenali sebagai Helvete (neraka).

Ciri-ciri muzik Black Metal

* Petikan gitar menggunakan irama muzik yang keras.
* Lirik yang memuja syaitan, unsur pemujaan atau mengutuk agama.
* Bunyi gitar yang nyaring dan juga menggunakan bunyi gitar yang tebal.
* Pengeluaran album yang terhad kerana permintaan yang kurang.
* Muzik laju, ketukan dram agresif dan bingit. Kadangkala ketukan dikurangkan.
* Kebiasaannya menggunakan keyboard elektronik.
* Ada juga yang memasukkan bunyian biola, organ dan iringan koir bagi memasukkan elemen orchestra.
* Nada bunyi yang tinggi dengan suara yang menjerit.


Sejarah Black Metal di Malaysia

Kumpulan ini sebenarnya sudah lama wujud di negara ini, namun ianya berselindung disebalik kumpulan rock barat yang memang sedia ada yang berasal dari dalam atau luar negara. Tetapi sejak akhir-akhir ini, kumpulan ini sudah melampaui batas dan nilai-nilai norma kehidupan masyarakat Timur serta dihasut pula fahaman tiada agama (Free Thinker) yang akhirnya sanggup melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan nilai kehidupan sejagat.
Kemasukan irama muzik Barat ke dalam muzik kelahiran Malaysia bermula sejak tahun 1970-an apabila kumpulan

Sweet Charity membawa irama rock. Seterusnya di era 80-an pulamuzik rock mula mendapat tempat secara meluas, begitu juga dengan genre Heavy Metal.
Kumpulan pertama di Malaysia yang mempelopori penglibatan anak tempatan ke dalam irama Black Metal ialah Black Fire.


Lirik kumpulan Black Metal di Malaysia pula lebih tetumpu kepada masalah mistik, tahyul, alam perubatan tradisional, hikayat lama, sikap hipokrit masyarakat dan seumpamanya.
Di Malaysia, kumpulan ini dianggotai oleh sebahagian besar remaja dan belia Melayu Islam, dengan takrifan Black Metal sebagai ideologi yang cuba dikembangkan oleh golongan-golongan tertentu kepada masyarakat belia melalui alunan muzik yang berlirikkan pemujaan syaitan, anti-ketuhanan, kekejaman (pembunuhan), seks bebas dan seumpamanya.



Ciri-ciri perwatakan Black Metal

* Pakaian serba hitam yang dilambangkan dengan kepala tengkorak, bintang lima bucu dengan kepala kambing dan salib terbalik.

* Tanda-tanda yang nyata sebagai ahli kumpulan ini ialah parut dibawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling panas.

* Memakai aksesori perempuan serba hitam dan apabila sudah matang sebagai ahli, mereka akan diminta memijak AL-QURAN sebagai tanda menghinanya.

* Ahli kumpulan pula terdiri daripada kumpulan remaja melayu antara 15-35 tahun sebagai division satu, manakala 13-19 tahun dinamakan division dua.

Berzikir nama-nama syaitan dengan mengangkat tangan (lambang syaitan).
Masa berkumpul mereka ialah waktu lewat malam hingga menghampiri waktu subuh dengan memasang lilin, muzik yang agak pelik di samping mengangkat tangan dengan jari berbentuk (lambang syaitan)


Perkara yang bertentangan dengan ISLAM

Dari segi akidah:

* Memijak AL-QURAN.
* Memuja iblis dan syaitan serta membenci Tuhan.
* Beramal dengan fahaman Free Thinker.
* Anti ketuhanan dan anti agama.
* Mengaku dirinya telah murtad.
* Merosakkan minda dan memesongkan akidah.
* Mempunyai kitab tersendiri yang mencampur-adukkan beberapa ayat suci AL-QURAN, tulisan rumi, hadis dan Injil.
* Menganjurkan beberapa acara pemujaan seperti memijak AL-QURAN.

Dari segi syariah:

* Membakar dan menghina AL-QURAN.
* Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan.
* Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api.
* Minum arak dan darah.
* Mengamalkan seks bebas.
* Menggalakkan amalan bunuh diri.
* Menggalakkan pembunuhan.

Dari segi akhlak


* Suka kepada muzik berbentuk keras, perlakuan kejam dan liar disamping mengagungkan syaitan dan memuja roh.
* Meminum darah haiwan yang dibunuh secara kejam sebagai simbolik anti ketuhanan dan semua agama.
* Berpakaian tidak senonoh serta aksesori seperti rantai, salib terbalik dan pentagram, mengukir parut di dagu menggunakan syiling panas.
* Berfoya-foya seolah tiada pegangan agama serta bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.
* Meminum darah kambing sebagai syarat masuk ahli.


Keputusan Fatwa

Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan Ideologi Black Metal yang diasaskan kumpulan muzik berirama rock berat (Black Metal) dari dalam negeri atau luar negara adalah HARAM dari segi ISLAM.

Negeri Selangor telah mewartakan fatwa berkaitan Black Metal pada 15 Mac 2007. Amalan dan perbuatan kumpulan ini adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam serta tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka.

Langkah-langkah pencegahan

Mengadakan kawalan terhadap muzik-muzik ‘rock’ berbentuk ‘heavy metal’ termasuk kumpulannya sekali di semua peringkat yang dikatakan menjadi penyebab ke arah wujudnya ‘Black Metal’ di Malaysia.

Mana-mana individu yang terlibat dalam kumpulan ini perlu menjalani pemulihan akidah serta bimbingan ke arah menjalani kehidupan yang sempurna.
Mengawal melalui tindakan bersepadu dengan agensi-agensi berkaitan bagi menghadkan remaja-remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah dari berada di premis-premis berunsur hiburan melaui apa sahaja cara yang bersesuaian;

Mendedahkan secara berterusan mengenai kumpulan ini melalui media massa, khutbah, ceramah, forum dan sebagainya agar semua masyarakat dapat mengawasinya daripada terus berkembang dikalangan anak-anak muda.

Ajaran ini perlu difatwakan dan diwartakan oleh setiap negeri untuk memudahkan perlaksanaan tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat.


BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Tingkat 5, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-55143400/ 55196351/ 55142093/ 55143683
Faks: 603-55128346
http://www.jais.gov.my

Category : edit post

28 Response to "Black Metal"

  1. Anonymous Said,

    pengikut2 black metal juga mempunyai gereja2 mereka tersendiri yg d asaskan oleh anton leviy(saya pun x igt namanya).... pelopor2 black metal spt gitaris mayhem(eurynamous)n juga vox burzum(varg) menyebarkan ideologi2 n merosakkan manusia sbnrnya hanya utk melariskan album2 dorg... trima kasih atas info2 ini ustaz....

     

  2. Anonymous Said,

    wah..kt mlaysia xde band black metal ke???
    ade ke band malaysia minum darah kambing???
    da 10 gig metal aku pegi
    x pnh nampak pn dorang minum darah kambing...citer ni mcm x betul je

     

  3. Anonymous Said,

    1 lagi aku nak cakap..
    bulan 10 ade gig kat one cafe jln t.a.r..
    jum kite turun ramai2
    pastu kite tengok.ade x band metal malaysia minum darah kambing

     

  4. metal2 jugak ilmu dan amal kena carik Said,

    minum darah kambing bukan isu sebenar masaalah black metal itu adalah salah satu tahap extreme bila jiwa dah mula meresap hasutan syaitan..
    masaalah sebenar nya adalah lirik2 lagu yang memuja syaitan...menyalahkan takdir...menyalahkan tuhan...membenci sesetengah manusia..obses dengan trend dan pakaian black metal..(sesetengah tu suka dengar lagu yang keras tapi x memahami bait bait maksud yang disampaikan main ikut jer)
    senang cerita jiwa2 kacau... mental x sihat
    ps* metal2 jugak ilmu dan amal kena carik supaya x mudah ditipu oleh syaitan..lepas tu kena gelak dgn dia balik

     

  5. Anonymous Said,

    mengarut..
    pijak quran segale bagai celah mane ??
    slame aku usha genre ni tak prnah aku tgok lagi ape yang orang tulis dlam buku ke blog ke knon black metal pijak quran+zina atas quran+bakar quran dll..
    smue tu mengarut..
    crite je lebih2 bukti takde pon..
    dekat mlaysia band bnyak bawak lagu berteraskan tahyulism,mistik,kisah dongeng rakyat dll..
    aku xdengar lagi band mlaysia pnye lagu ade sbut psal mnyalahkan takdir ke mmuja setan ke salahkan tuhan ke..
    apatah lagi nak minum darah kambing..
    makan daging kambing pon dah panas badan takkan minom darah kambing tak panas ?
    come on laa....

     

  6. Anonymous Said,

    Tlgla korang ni. Acara minum darah kambing and stuff tuh hanya akan dibuat bila dorang dlm upcara dorang shj.

    This is like Illuminati/freemason gak. Mcm Lady Gaga or artis2 US yg lain, dorang pon join jgk bende2 zalim mcm tu. Ade yg smpai nk tarik diri sbb dipaksa utk makan jantung manusia.

    Lgi satu, apesal comment2 kt bwh sumenye mcm nk bela Black Metal?
    Korang ni klu x cukup pengetahuan psl benda tu, jgnla nk ckp yg post dkt atas ni mengarut sdgkan benda tu smakin berleluasa.

     

  7. Anonymous Said,

    4 tahun aku abdikan diri aku dlm muzik metal ni.. tak perna pun aku lihat perkara sedemikian rupa.. aku rasa lebih baik rasa dulu baru buat andaian.. yg paling menyentuh aku tiap kali trun gig asal nak masuk waktu solat show diberhentikan bagi menghormati azan... yg nak solat pun ble... jgn lah disebabkan pemikiran kolot berlagak bijak alim.. menghukum org tak bukti yg kukuh.. sapa saja ble buat andaian.. skg sy dah kembali hdp mcm org lain.. apa yg aku nak kongsikan muzik metal dimalaysia ni blum lagi di tahap apa yg kamu coretkan.. metalhead masih ramai lg yg sedar mereka adalah islam dan muzik hanya sekadar hiburan jejeje

     

  8. Anonymous Said,

    ini semua tuduhan mebuta tuli,tidak mengkaji sebelum membuat tomahan. semua atas diri masing-masing..rasa nya..anak muda mendengar metal masih waras lagi fikiran mereka,sebab itu hanya hiburan semata-mata,berbeza dengan anak muda yg berpeleseran di club-club malam,pergaulan bebas,arak sana sini,pakaian tidak mengikut syarak,kenapa anda tak menaik kan isu sebegini. Der,apa yg penting atas diri sendiri..kita ada akal fikiran,so kita boleh berfikir..mana buruk dan baik..asal kita sedar asal usul diri kita.

     

  9. Anonymous Said,

    Bnda betul ko ingt tpu,nak sangat black metal tu g r murtad,tengok pe blasan Allah SWT

     

  10. Anonymous Said,

    Tak taw wat cara tak thu la bhai,nak sangat back up black metal asal? G usha kt u tube ritual dyeowg,jgn ckp je cm kimak

     

  11. Anonymous Said,

    Haa berbalah laa korang. Ni aku nak tanya benda ni betul ke tak? Ada cakap betul ada cakap tipu. Mana satu ni? Btw, heavy metal dengan black metal sama ke tak?

     

  12. Anonymous Said,

    Hidup Metal Rock

     

  13. Anonymous Said,

    Aku dari taun 1995 lagi join gig dan ikut perkembangan black metal ni dan skarang siap ada band lagi(dah kuar album pun), umur pun dah nak masuk 40 an...stakat ni lagi takde plak kawan2 aku dan yg lain yg aku kenal lari dari pegangan agama (minum darah kambing, pijak quran, sex bebas, minum arak bagai)...dan diaorg skrang masing2 dah berkejaya pun (ada yang jadi jurutera petronas, cikgu, doktor, pegawai kerajaan, bisnesman, kontraktor lagi) aku skrang keje offshore under exxon mobil dan aku dah ada 3 org anak, yg sulung skolah agama... (hidup aku tak terpesong pun)...aku rasa kat bawakann muzik black metal malaysia ni masih lagi tak terpesong..aku cuma layan muzik je bro..dan aku amat meminati muzik aliran black metal..kalau ikut lifestyle punk dan skinhead lagi teruk...mereka kene wajib minum bro...lepastu wajib mabuk(lagi teruk)...dan kalau yg layan techno plak mesti main drug (syabu, pil kuda, extecy dan mcm2 pil khayal la)...dah tu muzik techno ni kene pegi clubbing baru layan (tempat lahirnya pelbagai maksiat)...apa nak kata...ko nilai la sendiri dengan ko kluar dari kepompong dan lihat la dunia...dgn berjalan2 kluar waktu 1-5 pagi tengok kawasan sekeliling KL...buat reseach la...

     

  14. Anonymous Said,

    Aku tengok org yang komen negatif pasal muzik ni hanya org yg duduk dalam kepompong dan dalam kotak je...ko org tak pernah ke hidup jadi org remaja....pasal taksub ni takyah kata r...banyak bende yang kita minati ni kalau dah terlalu extreme sangat akan membawakan kita hanyut dan terpesong dari akidah ajaran islam...sekadar meminati muzik pun bermasaalah ke...apalah itu pun takleh fikir...jangan fikir dalam kotak...fikir la keluar kotak sket...

     

  15. Rodlentuk Said,

    semua band dalam senarai aku dah layan Dari umur aku 15 tahun, tapi takla plak aku nak minum darah kambing .... mcm muhong jaaa cerita ni .... sampai skang pun aku layan .... tapi tetap gak syahadah aku la ilaha ilallah Dan muhammadul rasulallah

     

  16. Rodlentuk Said,

    semua band dalam senarai aku dah layan Dari umur aku 15 tahun, tapi takla plak aku nak minum darah kambing .... mcm muhong jaaa cerita ni .... sampai skang pun aku layan .... tapi tetap gak syahadah aku la ilaha ilallah Dan muhammadul rasulallah

     

  17. metal Said,

    woy emang metal pnya salah apa koq sampe d larang, d haramkan dan menyasatkan ???
    somplak lu,,, emang ada hadist yg tentang suatu genre itu sesat dan haram ???
    dasar maho klo gk tau mending diem gk usah buat post !!!
    emang semua yg memiliki suasana hitam haram ?? sesat ??
    walaw metal itu hitam dan bernuansakan sesat bukan brarti metal itu sesat dan haram !!!
    justru dri smua pecinta metal banyak yg rajin sholat dan ibadah daripada yg laen karna dengan aliran kmi yg hitam kmi selalu ingat bahwa kmi slalu pnya kesalahan dan dosa terhadap siapapun jdi kmi slalu untuk bisa ner-ibadah agar kmi tidak memiliki bnyak dosa...
    orang slalu menganggap metal itu sesat itu orang yg gk tau apa-papa tentang metal,,, klo tau cma metal kacang ijo,,, jdi klo gk paham aliran kmi yg hitam diem ajj...
    lambang yg hitam bukan berarti sesat!!! angka 666 itu emang lambang setan tpi itu hanya untuk membuat nuansa genre metal menjadi lbih keras dan cadas serta hitam karna emang lagu kmi yg cadas dan hitam....

     

  18. metal Said,

    MANFAAT MENDENGARKAN MUSIC BERALIRAN METAL Dalam Kesehatan Fisikologis
    Apa yang Anda pikirkan mengenai Musik Beraliran METAL & CORE?? Seram + Keras + Serba Hitam + Lirik Yg Brutal + Vocal Yg SCREAM (Jeritan) + Vocal Yg GROWL (Geraman) + Petikan Lead Guitar Yg Cepat + Ketukan Drum Yg DOBBLE BASS Sampai TRIPPLE BASS?? Memang Iya Music Beraliran METAL & CORE Di Desain Seperti itu Sebagai Ciri Khas Mereka Agar Terlihat Beda like emotikon Anda Belum Tau Beberapa Manfaat Music Beraliran METAL?? SAYA Membahas Semua Manfaat Music Beraliran METAL Dari Kesehatan Fisikologis Langsung Saja :
    1.Mengingatkan Kita kepada kematian, ini point utama yang secara frontal telah diungkapkan dalam penampilan maupun lagu- lagu mereka Misalkan menggunakan lambang tengkorak, itu mengingatkan kita Sebagai Manusia Bahwa Nantinya Hanyalah Sebuah Kerangka Tengkorak yang tak berdaya!! Kemudian dalam lagu mereka juga secara frontal membahas tentang kematian & pembunuhan (Contoh Lagu Nya CRADLE OF FILTH - The Death Of Love & PURGATORY - Sakaratul Maut)
    2.Mengingatkan Bahwa Setan Itu Ada!! Pasti Anda Berpikir Bahwa Music Beraliran METAL itu Jenis Music Yg Sesat kan? Sebenar Nya Mereka Tidak Sesat!!! Tapi Itu di Desain Sebagai Ciri Khas mereka anda tentang manfaat kesan Serba Setan Di Music Beraliran METAL Itu Selalu Mengingatkan kita bahwa Jin/Setan/Makhluk Gaib itu Memang Ada Di Sekitar Kita,, Jadi Kita Harus Selalu Senantiasa Berhati-Hati (Contoh Lagu Nya Jihad - Strategi Setan, Jihad - Ideologi Iblis, Jihad - Propaganda Mata Satu)
    3.Mereka Mengingatkan Kita Pada Tuhan, Kali ini Pasti Banyak Yg Akan Membantahnya?? Pasti Dalam Diri Anda Bahwa Musik Beraliran METAL Itu Jenis Musik Sesat yang bertentangan dengan Tuhan?? Begini Sobat Saya Mau Meluruskan Nya Semua itu pasti Ada Negative/Positive nya, betulkan? Jadi kita Semua Harus Bisa Menimbang Semua Itu Untuk Memberikan kesimpulan Bahwa Hal Itu Positive atau Negative!! Memang terkadang lirik lagu Mereka Menentang Tuhan, Tapi Niat Mereka Sebenar Nya Adalah Mengingatkan Kita Selalu Terhadap Ada Nya Tuhan Bagaimana tidak, Dalam Lirik Lagu Mereka Yg Notabene menentang Tuhan, Tapi mereka selalu menganggap diri mereka sebagai penghuni neraka?? So Anda Sudah Tau Kan Maksud Saya Itu ? Mereka Mengingatkan Kita Dengan Cara Memberi Contoh Lirik Nya Yg Mengungkapkan Manusia Di Jaman Sekarang Ini Sudah Mulai Berani Menentang Kuasa Tuhan Dan Tidak Percaya Neraka?? Kalian Tau Sendiri Kan Bahwa Neraka itu hukuman kekal abadi?? Yg Semua Manusia Tidak mau masuk kedalamnya.(Contoh Lagu Nya LAMB OF GOD - Walk In My Hell & KREATOR - Your Heaven My Hell)
    4. Mengingatkan Kita Semua Pada Kiamat (Doomsday)?? Nah Ini Yg Paling Saya Suka like emotikon Memang dalam lirik Mereka Di Ungkapkan Secara Frontal Tentang hari kehancuran dunia (End Wold), tentang Peperangan Akhir Jaman (Armagedon War), tentang tanda-Kiamat (Doomsday) Tahu kalian tentang itu? (Contoh Lagu Nya Berjudul Jagal - Doomsday)

     

  19. metal Said,

    DAN INI YG KE -5 KARNA YG KE - 5 GK BSA IKUT D POST :
    5.Mengingatkan kita Bahwa Hidup Di Dunia Ini Sangat KERAS!! Music Beraliran METAL Dengan Alunan CADAS Nya Menghentak keras kadang Membuat Orang Awam (Biasa) Jadi Pusing Jika Mendengarkannya Tapi sadarkah kalian jika hidup Di Dunia Ini Memang Keras?? Music Beraliran METAL mengajak kita Semua Baik Itu Anda Maupun Saya Untuk Menjadi Pribadi Yg 'keras' dalam Artian Mampu MANDIRI Menghadapi kerasnya hidup Penuh Pesaingan ini Dengan Mengabaikan Semua Rasa Kesedihan!! Ingat Jika Anda Masih mendengarkan Musik Lembek + Galau + Yg Sendu-Sendu?? Bagaimana Anda Mampu Menghadapi kerasnya hidup ini!! Bisa saja kalian jika Mendengarkan music Lembek Membuat hati Makin jadi lembek bin galau bin sakit hati!! Menghadapi Masalah Sedikit Langsung Nangis - Lalu Update Status Yg Sedih Sampai Fotoin Diri Sendiri Yg Lagi Bergelinang Air Mata!! Bagaiman Masalah Bisa Teratasi jika hanya bisa nangis? Ayolah kawan, Abaikan kesedihan Anda Masih banyak hal Menantang Tapi Asik Di Depan/Luar Sana Yg Harus Kita Semua Hadapi. Mari Lawan Semua Halangan + Ucapkan YOU CAN'T STOP ME!! Bagaimana Kawan? Anda Baru Sadar kan Beberapa Manfaat Music Beraliran METAL tersebut Untuk Kehidupan Kita Semua
    ‪#‎Salam_METAL‬ \m/

     

  20. Anonymous Said,

    Ade jugak manusia2 bodo kat malaysia ni..korang ni ckap yang black metal tu xde buat acare minum tu la minum ni la sebab nak Bela black metal tu..disebaliknya memang ade pun..lepastu kononnya lirik berdasarkan tahyul la ape la..dan lagi satu kononnya black metal ni ade kebaikannya?huh..memang bodo la manusia yang tulis tu..

     

  21. Jalal ikram Said,

    Bukan bela budus..aku paham sgt melayu ni belum apa2 dah melabel..mmg patut ada lagu mastika ibnu israel n bedal..

     

  22. Jalal ikram Said,

    Kalau nk cerita freemason@illuminati bagai perdana menteri hang pn join jugak apa ada hal..konon warak la 2 test doa qunut n niat mandi wajib baru tau porah

     

  23. Unknown Said,

    saya kat sini just nak tanya mana satu yang betul ni kejap itu kejap ini

     

  24. Anonymous Said,

    Jangan jadi seperti tin kosong..
    yang luar kelihatan dan yang didalam tiada isinya..
    Kalau tak tahu buat cara tak tahu...
    jangan belagak seperti tahu...

    Yang komen2 terutamana...
    Ya.. mmg benar black metal luar negara mmbuat ritual, pemujaan dan lain2 lagi yang bertentangan dgn ajaran agama islam... akan tetapi... di malaysia, kami punyai agama dan akidah..
    sahabat2 sy semua jadi insan yg berguna.. xder pon yg murtad.. xder pon yg terpesong akidahnye..melainkan segelintir pihak yg terlalu extreme dlm hal black metal nie.. itu yang jauh tersasar.. bagi sy dan rakan2 seperjuangan.. kami gemarkan irama muzik dan penampilan (style) sahaja.. jadi salah ke kat situ... so, sy berharap agar mereka2 yg buruk sangka dan fitnah black metal malaysia nie jgn la jadi tin kosong yg xmemberi manfaat pada sekeliling.. masuk dunia black metal, selami dan nilai la sendiri...

    Dari sy peminat black metal pada irama muzik dan stlye

     

  25. Unknown Said,

    maafkan saya lah sebab saya menyampuk, sekadar pandangan saya. mendengar muzik boleh tp jangan sampai melalaikan. mungkin heavy metal/black metal di Malaysia tidak kuat dari luar negara. Ni zaman dajjal, banyak fitnah melanda. fikir fikirkan lah

     

  26. Unknown Said,

    lagi satu, kita tak boleh ikut cara orang kafir kan .

     

  27. Unknown Said,

    Terbaik👍#staymetal\m/

     

  28. Anonymous Said,

    Haizzz. Benda cam ni pun nk gaduh ke? Kalau nk tegur orang yang layan black metal tu, tegur lah elok ii. Tk yah sampai keluarkan kata kata kesat. Biarlah orang nk layan apa. Asalkan dia tak melebih. Asalkan dia still igt agama dh lh. Yang menegur belum tentu suci, yang layan black metal belum tentu hatinya black colour.

     

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari