"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Ujian Kehidupan

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 3:02 AM

Di dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat terlepas daripada ujian. Itulah lumrah kehidupan kita di atas maya pada ini.


Sebagai seorang hamba kita perlu terima dengan dada terbuka dan kembalikannya kepada Allah Ta'ala, kerana Dia yang berikan kita ujian dan dia juga yang akan mengankatnya daripada kita. FirmanNya di dalam surah :

و لنبونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين

Maksudnya:...dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa ketakutan,
kelaparan, kekurangan hartabenda dan jiwa serta tumbuh-tumbuhan. Dan
berilah berta gembira kepada orang-orang yang sabar.
al-Baqrah:155


Sebelum Allah Ta'ala hendak menguji hamba-hambanya, Dia anugerahkan kepa mereka akal, kehendak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu. Dengan tiga perkara tadilah kita semua akan diuji. Ada di kalangan kita yang diuji dengan kesenangan, kemewahan hartabenda dan ada pula yang diuji dengan kesusahan hidup, kesempitan rezeki, jalan hiseolah-olah menjadi sukar baginya, didatangkan musibah, bala dan kemalangan yang silih berganti. Semuanya adalah merupakan uijian daripadanya untuk dinilai kemantapan iman sesaorang.

Di dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada menempuh ujian, samada besar atau kecil. Bersabarlah ketika menghadapinya, kerana di sebalik ujian yang datang terdapat seribu satu macam rahmat yang kita tidak nampak. Setiap kesusahan ada kemudahan. Firman Allah:
فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا

Maksudnya: ...maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan,sesungguhnya sesudah
kesulitan ada kemudahan.
surah al-Syarh:5,6

Memang sudah menjadi tabiat kita manusia, inginkan kemudahan, kenikmatan sepanjang masa, kelapangan hidup. Namun begitu Kita perlu ingat, tidak semua yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tidak pula sesuatu yang kita benci dan tidak suka adalah buruk untuk kita. Firman Allah:
و عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون

Maksudnya: ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan dia amat buruk bagi kamu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
surah al-Baqarah: 216

Bila kita dapat menerima ujian Allah, kita akan terasa ketengan yang tidak terhingga di dalam diri kita, kerana kita sedar semua yang datang adalah daripada Allah Yang Maha Mengetahui. Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya, sebab Allah Maha Adil di dalam hukumannya. Apa yang kita perlu ingat ialah setiap musibah yang datang adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Kepahitan hidup, kesusahan dan mala petaka adalah untuk membersih dan menaikkan darajat kita di sisiNya.

Wahai saudaraku, bersabarlah ketika kita mengharungi kehidupan ini, sentiasalah ingat kepadaNya. Kerana hanya kepada Allah tempat kita mencurah rasa dan mengadu nasib. Dia akan membela kita, merahmati kita dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi, dengan syarat kita hendaklah bertaqwa kepadanya. Wallahu a'lam

Category : edit post

1 Response to "Ujian Kehidupan"

  1. mohad Said,

    salam... saya telah link blog ni...

     

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari