"BUKAN SENANG TAPI MUDAH" KALAU KITA MENJAGA ADAB DAN AJKHLAK, PERJALANAN KITA MENUJU ALLAH MENJADI MUDAH.
eBooks, Software and Downloads

Tawassul (Bahagian 1)

Posted by Nabiha Al-Khalidiy On 8:25 PM

Umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, semuanya ingin kembali kepada ajaran Islam yang tulin. Ketulinan Islam dilihat mengikut persepsi masing-masing, berlatarbelakangkan pengajian dan disiplin pengajian yang dipelajari.Tidak kisahlah apa bentuk disiplin yang kita ikuti, yang pastinya apabila kita bertemu dengan sesuatu masalah, kita jangan cepat melatah dan terus menghukum tanpa kita memeriksa dalil-dalil dan hujah-hujah terlebih dahulu. Kita perlu adil di dalam menangani sesuatu masalah agar kita tidak melakukan kesilapan ketika memberi penjelasan kepada yang memerlukan.

Di sini penulis ingin mengambil sedikit kesempatan untuk merungkai satu permasalahan besar yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia dan dunia amnya. Permasalahan tersebut ialah masalah tawassul. Disebabkan perselisihan pendapat di dalam masalah ini, umat Islam telah menyesatkan saudaranya sendiri malah ada yang menghukum syirik akbar kepada sesiapa yang beramal dengan . Adilkah tindakan kita selama ini. Tepatkah hukum yang kita berikan selama ini. Apakah kita tidak takut kepada Allah Yang Maha Melihat dan Mendengar.

Sebelum kita pergi jauh di dalam masalah ini, kita perlu meneliti terlebih dahulu maksud dan erti agar kita lebih memahami dengan kehendak dan matlamat daripada bertawassul.

1. Makna Tawassul.
Tawassul adalah salah satu jalan merendah di hadapan Allah Ta'ala dan salah satu daripada pintu-pintu berdoa kepada Allah Ta'ala. Maka ialah sebab-sebab yang Allah telah jadikan sebagai salah satu jalan bertaqarrub kepadaNya untuk menunaikan hajat daripadanya. Firman Allah Ta'ala:
يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة
Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kamu mencari wasilah kepadaNya.
surah al-Maidah: 35

Istighathah pula bermaksud memohon pertolongan daripada Allah Ta'ala Yang memiliki pertolongan secara total, ataupun memohon pertolongan daripada sesiapa yang telah Allah anugerahkan kepadanya untuk membantu orang dengan kuasa dan dayaNya. Mereka ialah para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Isti'anah pula ialah memohon bantuan daripada Allah atau daripada sesiapa yang diberikan keizinanNya untuk membantu.

Kesimpulannya di sini, tawassul, istighathah dan isti'anah adalah perkara yang sama, kerana yang memberi kesan terhadap semua permohonan adalah Allah Ta'ala. Tawassul yang dilakukan kepada hambaNya adalah sebagai wasitah(perantaan) dan wasilah(jalan) untuk menghampirkan diri kepada Allah Ta'ala.

Bertawassul dengan amalan soleh adalah disepakati oleh para ulama, seperti bertawassul dengan solat, puasa baca al-Quran dan lain-lain amalan soleh. Perkara ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis yang menceritakan bagaimana tiga orang pemuda yang terkurung di dalam gua, sebagai jalan untuk menyelamatkan diri mereka dan agar mereka dapat keluar daripada gua tersebut maka mereka bertawassulkepada Allah dengan amalan soleh masing-masing. Seorang bertawassul dengan kebaikkannya terhadap kedua ibubapanya, seorang lagi dengan mengelakkan dirinya daripada melakukan zina sedangkan pintu zina tebuka kepadanya dan seorang lagi berdengan amanah yang dipikulnya. Selepas mereka bertawassul dengan amalan masing-masing, maka pintu gua yang menutupi mereka terbuka dan mereka dapt menyelamatkan diri mereka daripada terkurung dan mati di dalam gua tadi.(lihat al-Bukhari, hadis 2215, al-Muslim 6884 dan Ahmad 2/307/308).

Bertawassul dengan sesuatu dan individu tertentu masih termasuk di dalam ketogari bertawassul dengan amalan soleh kerana sesiapa yang bertawassul dengan sesaorang, maka bererti dia bertawassul dengan amalan orang tersebut kerana dia menyukai individu tersebut dan menghargai kesolehannya, kewaliannya dan kelebihan yang ada padanya. Dia yakin individu tersebut mengasihi Allah dan Allah juga mengasihinya. Firman Allah:
يحبهم ويحبونهم
Maksudnya: Allah kasih kepada mereka dan mereka pon kasih kepa Allah
surah al-Maidah:54

Tawassul dengan orang-orang soleh berlaku kerana kecintaan sesaorang kepadanya. Apabila kita menyintai orang-orang soleh dan bertawassul dengannya, ini bererti kita bertawassul dengan amalan solehnya.

Apabila sesaorang bertawassul atau beristighathah dengan Nabi s.a.w. atau orang-orang soleh, bermakna dia bertawassul dengan kemuliaan dan kedudukan nabi s.a.w.dan orang-orang soleh di sisi Allah Taala, kerana dia beriktikad bahawa Allah telah menganigerahkan kuasa, anugerah dan pertolongan. Yang dimaksudkan dengan kedudukan di sini ialah suatu anugerah kedudukan tertinggi yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ini dinamakan صفة الإختصاص(sifat pengkhususan). Firman Allah Ta'ala:
يختص برحمته من يشاء من عباده
Maksudnya: Allah mengkhususkan nikmatnya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dikalangan hamba-hambanya.
Surah ali 'Imran:74

Kenabian, kerasulan dan kewalian adalah perkara khusus yang merupakan anugerah Allah Ta'ala kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kedudukan ini dipanggil al-jah. Firman Allah:
الله يجتبي إليه من يشاء ويهدي إليه من ينيب
Maksudnya: Allah memilih kepadaNya sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepadaNya sesiapa yang kembali.
surah al-Syura:13

Firman Allah Ta'ala lagi untuk menunjukkankan kedudukkan tertinggi di kalangan sebahagian para rasulNya dan malaikatnya, seperti yang berlaku kepada nabi Musa a.s.:
وكان عند الله وجيها
Maksudnya: dan adalah baginda(Musa a.s) di sisi Allah kedudukan yang terpuji.
Surah al-Ahzab: 13

Firman Allah Ta'ala pada menceritakan tentang kedudukan nabi Isa a.s.:
وجيها في الدنيا والآخرة ومن المقربين
Maksudnya: baginda adalah orang terkemuka di dunia dan di akhirat dan di kalangan orang-orang yang hampir dengan Allah
Surah ali 'imran: 45


Apabila manusia bertawassul kepada Allah dengan nabi atau wali bermakna dia bertawassul dengan perbuatan yang Allah izinkan kepada nabi-nabi dan wali-walinya. ini dinamakan al-jah, ataupun dengan sifatNya yang dinamakan اختصاص . Tawassul seperti ini telah disepakati oleh ulama tentang keharusannya.

Jika kita melihat kepada setiap individu muslim yang bertawassul dan beristighathah dengan nabi-nabi, rasul-rasul dan para solihin, semuanya bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah Ta'ala untuk menunaikan hajat mereka, samada hajat dunia ataupun akhirat. Mereka tahu, para nabi, rasul dan solihin juga manusia biasa, yang dapat memberi kesan hanya Allah jua. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar mengta'zim orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan terpuji di sisi Allah Ta'ala. Mereka mengta'zim Rasulullah s.a.w melebihi daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain kerana mereka tahu baginda mempunyai kedudukan yang paling mulia dan terpuji di sisi Allah Ta'ala. Selepas baginda barulah rasul lain, kemudian diikuti oleh wali-wali dan orang orang soleh. Kedudukan mereka di sisi Allah semuanya bergantung kepada ketaqwaaan masing-masing.

Mungkin juga kita tertanya-tanya, bukankah di dlam sebuah hadis Nabi s.a.w ada menyebut:
إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله
Maksudnya: ..apabila kamu hendak memohon, hendaklah kamu memohon kepada Allah, dan apabila kamu hendak meminta pertolongan, hendaklah kamu meminta daripada Allah...(al-Tirmidhi:2516, Ahmad:293/1)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini bukanlah menafikan keharusan bertawassul kepada selain daripada Allah sepertimana lafaz zahirnya. Perkara yang dilarang di dalam hadis ini ialah lalai daripada mengingati bahawa setiap asbab yang memberi kebaikan kepada kita adalah sebenarnya daripada Allah, dan perlu diingatkan bahawa semua nikmat yang yang berada di tangan makhluk adalah daripada Allah dan dengan pemberian Allah Ta'ala jua.
Makna keseluruhan daripada hadis ini, kalau sekiranya engkau hendak memohon sesuatu daripada makhluk, maka hendaklah engkau jadikan sandaran enkau hanyalah Allah, jangan sampai engkau tertipu dengan asbab, sedangkan yang memberi kesan adalah musabbab. Baik buruk, manafaat dan mudarat semuanya daripada Allah.

Kesimpulannya, di dalam hadis ini bukan bererti Rasulullah melarang secara mutlak memohon selain daripada Allah Ta'ala. Samalah kedudukan dengan hadis:
لا تصاحب إلا مؤمنا ولا يأكل إلا طعامك إلا تقي
Maksudnya: Janganlah engkau besahabat melainkan orang mukmin sahaja, dan janganlah memakan makanan engkau kecuali orang yang beriman.(Abu Daud: 4832, al-Tirmidhi:2395, Ahmad:38/3, al-Darami:1985,al-Baghawi: 3484, 128/4

Adakah di dlam hadis di atas, baginda melarang kita bersahabat dengan orang kafir dan mesti bersahabat hanya dengan orang mukmin sahaja. kalau sekiranya ada orang Islam yang bersahabat dengan orang kafir, adakah dia telah melakukan perkara haram. Adakah orang Islam diharamkan memberi makanan kepada orang kafir dan munafik. Sedangkan Allah sendiri memberi galakkan agar kita memberi makan kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan perang yang bukan Islam. Firmannya:
ويطعمون الطعام على حبه مسكينا ويتيما وأسيرا

Maksudnya: ..dan mereka memberi makanan yang mereka sukai kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan perang (orang-orang kafir).

Surah al-Insan: 8

sedutan daripada kitab al-Mausu'ah al-Yusufiyyah oleh Syekh Yusuf Khattar Muhammad.

Category : edit post

0 Response to "Tawassul (Bahagian 1)"

Followers

Pautan

Komuniti Blogger Azhari