Mengikut pandangan al-Imam al-Syeikh 'Abd al-Wahhab al-Sya'raniy di dalam kitab al-Anwar al-Qudsiyyah, tasawuf adalah:"beramal dengan ilmu syariat dengan ikhlas dan tulus. Kalau engkau melihat kepada ulama tasawuf dizaman silam yang mengasaskannya, mereka semuanya adalah ulama yang beramal dengan ilmu mereka dan juga merupakan para pendakwah yang mengikut al-Quran dan al-Sunnah sebab itu terpancar cahaya mereka dan kesan mereka berterusan sampai ke hari ini. Jadi tasawuf adalah mempelajari fardu ain kemudian beramal dengan ilmu tersebut untuk mendapatkan ketulusan dan keikhlasan dengan memohon bantuan Allah dan berterusan mengingati Allah dengan berzikir dan beribadah untuk membersih ruh dan menyucikan jiwa serta mengubati hati yang sakit.
Tidak dinamakan tasawuf kalau tidak berilmu, dan ilmu tidak akan bermanfaat kalau tidak disertakan amalan. Sesiapa yang mengatakan tasawuf itu tanpa ilmu dan tanpa amal maka itu bukanlah tasawuf.Untuk menjelaskan lagi tentang hakikat tasawuf, di sini akan diterangkan pandangan ulama dan para solehin tentang tasawuf:
1. Imam Ahl al-Sunnah al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada anaknya Abdullah:" Wahai anakku, hendaklah engkau menghadiri majli orang-orang tasawuf kerana mereka akan membuatkan engkau memiliki banyak ilmu, kuat muraqabah, selalu takutkan Allah, zuhud dan tinngi keazaman". Beliau juga pernah berkata:" Aku tidak mengenali orang yang lebih baik daripada mereka".
2. Imam al-Ghazali berkata:" Aku mengetahui dengan yakin bahawa orang-orang tasawuf berjalan menuju Allah, dan perjalanan mereka adalah sebaik-baik perjalanan dan jalan mereka adalah jalan yang paling benar danmereka memiliki akhlak yang amat tinggi.
3. Al-'Izz bin 'abd al-Salam berkata:"Golongan sufi adalah golongan yang betul-betul mengikuti syariat dan mereka tidak akan merosakkan dunia dan akhirat, sementara orang lain hanya hebat luaran sahaja".
4. Imam Malik berkata:"Sesiapa yang berfekah dan tidak bertasawuf maka dia telah fasiq dan sesiapa betasawuf dan tidak berfekah maka dia telah zindiq, dan sesiapa yang mengambil kedua-duanya maka dia telah menepati kehendak Allah".
5. Imam Syafie berkata:"Di dunia ini aku suka tiga perkara;pertama:Meninggalkan perkara remeh,kedua: Bergaul dengan makhluk dengan lemah lembut,ketiga: Mengikut jalan orang-orang tasawuf."
6. Mengikut pandangan Imam Sayuti, teras jalan tasawuf ada lima:
a. Bertaqwa zahir dan batin, ketika bersendiri dan di khalayak ramai.
b. Mengikut Sunnah pada perkataan dan perbuatan.
c. Menghindari percampuran dengan makhluk di dalam masalah yang tidak
berfaedah.
d. Reda dengan pemberian Allah samada banyak atau sikit.
e. Kembali kepada Allah ketika senang dan susah.
7. Imam Fakhr al-Din al-Razi:"Sesiapa yang mengkelasifikasikan manusia tanpa menyebut golongan tasawuf adalah salah, kerana mereka menyebut bahawa jalan menuju makrifah Allah ialah dengan menumpukan sepenuh perhatian dan dengan menyucikan jiwa daripada sebarang ikatan fizikal.Ini adalah jalan yang baik." Beliau juga pernah menyebut:"Kaum sufi adalah mereka yang sentiasa sibuk berfikir kebesaran Allah dan mengosongkan jiwa daripada ikatan jasmani, bersungguh-sungguh supaya dalaman dan fikiran mereka sentiasa berzikir ketika mereka bercakap dan bekerja, bersikap baik adab dengan Allah dan mereka adalah sebaik-baik makhluk.
8. Ibnu Taumiyyah:"...adapun orang-orang sufi yang lurus di kalangan mejoriti ulama salaf seperti Fudail bin 'Ayyad, Ibrahim Adham, Abu Sulaiman al-Darani,Ma'ruf al-Kharkhi,Sirri al-Siqti, al-Junaid bin Muhammad, Syeikh Abd Kadir al-Jailani, Syeikh Hammad, Syeikh Abu al-Bayan. Mereka tidak pernah menyarankan kepada murid agar keluar daripada suruhan dan larangan syariat sekalipun mereka boleh terbang dan berjalan di atas air.Bahkan menyarankan kepada murid agar terus berpegang dengan perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta meninggalkan perkara2 keji sehingga mati.Ini adalah benar sepertimana yang ditunjukkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah serta ijma' ulama.
9. Taj al-Din al-Subki:Allah telah memuliakan mereka, semoga Allah memasukkan kita bersama-sama mereka (Golongan sufi) ke dalam syurga.Sesungguhnya terlalu banyak ungkapan tidak benar tentang mereka akibat daripada kejahilan dan ramai yang menyamar sebagai sufi sepertimana yang telah diungkapkan oleh Syeikh Abu Muhammad al-Juwaini:"Tidak harus menghukum mereka kerana tidak ada ketentuan bagi mereka, yang pastinya mereka adalah suatu golongan yang menjauhkan diri daripada dunia semata-mata menumpukan perhatian kepada ibadah. Kesimpulannya mereka adalah Ahlillah dan hambanya istimewaNya yang mengharapkan rahmatNya daripada zikir mereka, memohon pertolongan dengan doa mereka. Moga-moga Allah meredai mereka dan kita semua.
10. Imam Syatibi:"Ramai di kalangan orang-orang jahil beriktikad bahawa golongan sufi dengan mudahnya mengikut dan beriltizam dengan apa yang tidak didatangkan oleh syara'.Moga Allah menjauhkan mereka daripada sekelian tersebut. Pertama sekali mereka membina jalan mereka dengan mengikut sunnah dan menjauhkan daripada perkara-perkara yang dilarang olehnya".
11. Ibnu Khaldun:"Ilmu ini adalah ilmu baru di dalam agama.Asalnya jalan mereka adalah jalan salaf al-saleh seperti para sahabat dan tabi'in dan orang-orang selepas mereka.Jalan ini adalah yang benar dan jalan petunjuk.Asalnya adalah jalan ibadah dan memutuskan diri daripada kemewahan dunia dan perhiasannya kerana menumpukan ibadah kepada Allah dan zuhud daripada apa yang sentiasa dikejar oleh kebanyakan orang ramai seperti cinta dunia, pangkat dan darajat, menyendiri di dalam khalwah untuk beribadah, perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada para sahabat dan salaf.Setelah manusia berbondong-bondong mengejar dunia bermuala pada kurun ke dua, maka mereka(sufi) diberi gelaran sufiyyah.
12. Abu Hassan Ali al-Nadawi:"Sesungguhnya ahli sufi mengambil bai'ah agar manusia mentauhidkan Allah, ikhlas dan mengikut sunnah, bertaubat daripada semua dosa-dosa, taat kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.,menjauhkan diri daripada perkara keji,mungkar,buruk akhlak, zalim dan kasar.Mereka gemar menghiasi diri mereka dengan akhlak mulia dan membuang sifat keji seperti ego, hasad, saling membenci, zalim dan cinta pangkat kedudukan. Mereka(sufi) membersihkan jiwa manusia dengan tarbiah dan mengajar mereka zikrullah, memberi nasihat, bersifat memadai dengan pemberian Allah dan berkorban. Yang lebih tinggi pada baiah adalah lambang hubungan kukuh di antara mursyid dan murid.Mereka selalu memberi peringatan kepada manusia dan cuba meniup bara cinta Allah di dalam hati manusia, rindu kepada keredaanNya dan amat suka memperbaiki diri serta mengubah hal mereka di sisi Allah.(Sedutan daripada http://0alsoufia.jeeran.com)
Kedudukan Ilmu Tasawuf dan Pandangan Ulama Muktabar Tentang Tasawuf
Posted by
Nabiha Al-Khalidiy
On
9:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penulisan yg baik.. teruskan menulis...