Golongan Mujassimah seperti al-Hasyawiyyah dan al-Wahhabiyyah menafsirkan istiwa' yang terdapat di dalam al-quran dengan makna duduk(julus),tinggi(irtifa')naik(su'ud), dan tetap(istiqrar). Di antara bukti-buktinya boleh dilihat di dalam buku-buku mereka seperti:
1. Kitab "al-sunnah"yg disandarkan kepada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di halaman 5 ada menyebut "وهل يكون الإستواء إلا بجلوس" Maknanya: dan adakah makna lain bagi istiwa' selain daripada duduk. Memang sudah diketahui Golongan Wahhabi mencetak dan menyebarkannya dengan percuma.
2. Di dalam buku " al-Kawasyif al-Jaliyyah 'an ma'na al-wasitiyyah" oleh Syeikh Abd Aziz al-Muhammad al-Salman al-Madras cetakan Riad di dalam muka surat 195 ada menyebut tentang makna istiwa' dengan "ومعني الأستواء العلو والإرتفاع والإستقرار والصعود" Maksudnya: Makna istiwa adalah tinggi, terletak pada tempat yang tinggi dan tetap.
Mereka mengambil bukti daripada ayat "الرحمن على العش استوى" dan "ثم استوى على العرش"
Mengikut ulama salaf, makna istiwa' adalah sepertimana yang telah di sebut oleh Ummu Salamah isteri Baginda Rasulullah s.a.w.: istiwa; bukan majhul, cara tidak boleh difikir dengan akal dan menerima konsepnya adalah daripada iman, dan menolaknya pula adalah kufur.(lihat tafsir al-Tabari j.7, h.22.
Imam Malik berkata:"istiwa' diketahui, cara berlakunya tidak diketahui,beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bid'ah"
Imam Ahmda bin Hanbal pula menjawap ketika beliau ditanya tentang istiwa' dengan ungkapan" Dia beristiwa' sepertimana Dia memberitahu bukan seperti apa yang terlintas di pemikiran manusia".
Ketika Imam Syafie ditanya tentang istiwa' beliau menjawap "aku beriman dengan tanpa sebarang tasybih, aku membenarkan tanpa tamsil aku mencerca diriku supaya tidak menyelidikinya dan aku menahan diriku dengan bersungguh-sungguh daripada menyelam maknanya".
Di dalam kitab Ibn Jauzi "Zad al-Masir" beliau menyebut:"ulama salaf sepakat menyarankan agar ayat الرحمن على العرش استوى tidak dibaca dengan berlebihan maknanya, tidak boleh mengatakan مستوعلى العرش kerana isim fa'il ini adalah isim musytaq yang memberi makna tetap berlainan dengan lafaz fe'el(perbuatan). Kerana makna isim fa'il tentang ayat ini adalah lemah dah tidak sesuai dengan zat Allah Yang Maha Agong, dan lagi tidak boleh menukar perkataan 'ala dengan fauqa.
Imam Ibn Kathir pula mengatakan bahawa: Sesungguhnya mazhab salaf seperti Imam Malik,Auza'i, al-Thauri, al-Laithi bin saad, al-Syafi'e, Ishak bin Rahuwaih dan lain-lainya di kalangan ulama Islam dulu dan sekarang, menerima makna istiwa' tanpa menentukan cara, juga tidak menyamakannya dengan makhluk. Yang jelas di sini ialah golongan musyabbihah menafikan makna yang sebenar bagi Allah Ta'ala.
Dengan yang demikian kita dapati salaf al-soleh di kalangan para sahabat, tabi'in, ulama mujtahidin tidak menafsirkan makna istiwa dengan duduk dan tetap di atas 'arasy tetapi sebaliknya mereka menerima dan menyerah makna ayat ini dengan keadaanya tanpa sebarang tasybih dan tajsim. Mereka menganggap sesiapa yang cuba menghalusi maknanya adalah bid'ah, mereka juga menerangkan bahawa cara istiwa' tidak diketahui, tetapi wahhabiyyah yang berselindung di sebalik tabir salafi seperti Abd Rahman al-Khaliq di dalam bukunya "usul al-'ilmiyyah li al-da'wah al-salafiyyah" menempelak pandangan salaf dengan ungkapan"kononnya hidayah itu milik mereka, ini adalah pendustaan dan pembohongan mereka terhadap Allah Ta'ala". Sungguh berani wahhabi menempelak para sahabat, tabi'in dan ulama mujtahidin.
Makna Yang Sebenar bagi istiwa'
Akidah ahl al-Sunnah tidak menafikan sifat istiwa', mereka beriman dengannya tetapi mereka mengengkari tafsir golongan mujassimah yang mengatakan Allah bersifat duduk dan tetap di atas 'arasy, kerana penafsiran begini hanya layak untuk makhluk sahaja.wallahu 'alam
petikan dari al-mizan al'adl oleh Abd al-Qadir 'Isa Dayyab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Istiwa' Mengikut Pandangan Mujassimah"